Ramai wanita takut dengan perkataan talak kerana tidak mahu memegang janda. Kebiasaannya kerana suami curang dan mempunyai perempuan lain. Tapi bukan semua isteri itu setia kerana isu curang ini sudah berlaku baik kepada perempuan mahupun lelaki.

Peguam syarie dari Tetuan Wali Azri & Associates, Nur Fatihah Azzahra berkongsi kisah seorang isteri curang hingga tahap berzina namun tidak pernah takut ditalakkan kerana kembali mengulangi tabiatnya walau suami sudah memberi amaran.
Baca perkongsiannya, moga jadi iktibar untuk mereka yang mendirikan alam rumahtangga.

Mengaku Berzina 3 Kali, Peguam Syarie Dedah Isteri  Hantar WhatsApp  Minta Suami Jatuhkan Talak
Peguam syarie dari Tetuan Wali Azri & Associates, Nur Fatihah Azzahra

“Lagi sekali awak tidur dengan dia, jatuh talaq 3.”

Lafaz takliq dibuat pada penghujung Disember, 2021.

Isteri diketahui menjalinkan hubungan sulit dengan seorang Penjawat Awam sejak awal tahun 2021. Rentetan PKP, semua rahsia terbongkar dari teks mesej sampailah gambar dan video.

Apabila ditanya sejauh mana serius hubungan dengan lelaki berstatus bujang tersebut, isteri tenang menjawab, “Sudah dua kali terlanjur sebelum ni.”

Bila ditanya sekarang nak apa, kita nak berpisah bawa hala tujuan masing-masing atau perbaiki kelemahan masing-masing, isteri membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya berusia bawah 11 tahun.

IKLAN

Kenapa buat macam ni?

Isteri beri alasan suami terlalu sibuk, takda masa dengar luahan dan cuba faham keadaan isteri.

Terakhir,

Hujung Disember, 2021 punca suami lakukan lafaz takliq adalah kerana suami tangkap isteri keluar dengan lelaki tersebut di PD. Bersaksikan anak-anak, dan lelaki tersebut sendiri.

Isteri tunduk faham, sepatah sahaja menjawab mendengar takliq yang dibuat. “Ok.”

IKLAN

Semalam, 02/1/2022,

Isteri hantar teks mesej melalui WhatsApp

“Abang, saya minta maaf. Saya bukan isteri awak lagi. Saya dan dia sudah terlanjur 1/1/2022 haritu. Kita uruskanlah apa yang patut.”

Semua benda pun orang buat main sekarang ni.

IKLAN

Lain kali, berpisahlah dahulu secara baik, baru buat hubungan lain. Professional dan berbudi bahasalah sedikit dengan hati dan perasaan orang lain. Tapi tulah, bila kita dah tawar hati, nak sedih atau hampa pun dah takda.. Kita follow the flow sahaja sebenarnya.

“Saya dah takda perasaan kecewa atau sedih sebenarnya..sebab since first time dia bagitau dia dah terlanjur, saya tahu dia akan buat lagi. I’m well prepared. Saya tak nak anak-anak hilang ibu sahaja selama ni sebab tu saya stay.”

Sedikit info,

kes-kes melibatkan takliq ataupun lafaz talak di luar Mahkamah ini perlu menjalani suatu pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah.

Dalam kes ini, apabila isteri mengaku sudah berzina dengan lelaki lain menyebabkan talaq jatuh, ia perlu menjalani siasatan penuh di hadapan Qodhie untuk direkodkan keesahan jatuhnya talaq tersebut ataupun sebaliknya.

Malaysia Baru.
#CatatanSyarie

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI