Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab, 33:57)
Ads
Dalam pada itu, terkini viral mengenai tindakan seorang tiktokers mengunakan nama Mariam.hadid yang mencetuskan kontroversi apabila selamba mengenakan kostum menampakkan bentuk tubuhnya sambil dirinya membaca Al-Quran dan bersolat.
Tindakannya jelas seperti mencabar agama.
Lebih menakutkan, dirinya menggelar dirinya sebagai Nabi wanita pertama dan tindakannya itu sangat mencetuskan kemarahan orang ramai. Ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan tiada nabi selepasnya.
Ads
Meninjau laman tik tok peribadinya, pelbagai video agak keterlaluan lucahnya terpampang termasuk aksinya memakai pakaian tidak senonoh di sebalik tudung digayakannya.
Menakutkan, katanya, tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai, namun cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi. Ternyata satu ajaran songsang lagi salah.
Ads
Dari rupa parasnya kelihatan seperti wanita Arab walau tiada pengesahan buat masa ini. Orang ramai yang berang dengan tindakannya itu menggesa akuan media sosialnya dilaporkan kepada pihak Tik Tok untuk menyekat tindakannya yang sangat luar biasa, lansung tidak mencerminkan agama Islam. Difahamkan dirinya sudah keluar dari agama, nauzubillah.
Dah kenapa bawak balik toyol dari Makkah? Ikuti perkongsian dari Dato Ustaz Daud Che Ngah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hari ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai kandungan cerita. Ada membawa banyak kebaikan dan tidak kurang dengan hal-hal lagha yang konon mengajak orang ketawa. Tanpa menyedari ia sebenarnya cuba membawa budaya salah dan melalaikan masyarakat.
Mungkin ramai beranggapan kenapa nak serius sangat kerana ia sekadar kandungan cerita?. Namun kalau budaya songsang khususnya lelaki berperwatakan wanita, wanita berperlakuan seperti lelaki tidak ditegur, ia akan menjadi normalisasi dalam masyarakat dan terus dianggap biasa sedangkan ia melanggar hukum syara’.
Hal ini mendapat teguran dari PU Syed yang melihat terlalu banyak budaya songsang di aplikasi Tik Tok dan mereka ini mengumpul ratusan ribu pengikut yang barangkali menganggap ia sekadar hiburan sedangkan ia mendatangkan dosa.
Ini perkongsiannya :-
Antara budaya songsang yang menjadi ikutan umat Islam, khususnya remaja ialah budaya perempuan menyerupai lelaki dan Begitu juga bagi golongan lelaki yang sudah mula berpakaian perempuan sama ada lakonan atau realiti sebenar.
Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan dalam buku beliau menyebut bahawa: "Pemuda-pemudi kita telah dilanda gelombang penyerupaan dan ikutan membabi buta. Justeru, semestinya tanggungjawab terhadap pendidik merawat penyakit ini dengan cara yang baik." Tanpa berprasangka, inilah antara dakyah musuh-musuh Islam untuk merosakkan kemuliaan umat Islam itu sendiri.
Dengan menginsafi apa yang dinyatakan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad: "Apabila hukum syara’ diukur dengan nilai liberal, hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syara’ boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syara’ akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan sebagai tidak sah."
Hukum tasyabbuh atau menyerupai jantina yang berlainan adalah HARAM bahkan salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah SWT melaknat orang yang melakukannya dengan lisan Nabi SAW. Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW:-
لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ
Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
Cukup-cukuplah buat lakonan yang mendatangkan dosa apatah lagi semata-mata untuk berbuat lawak dengan hukum syarak!! PU Syed
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apa saja perbuatan kita lakukan sama ada baik atau buruk, semuanya akan dicatit oleh Malaikat Raqib yang tugasnya mencatat perbuatan baik, sementara Malaikat Atid mencatat semua perbuatan buruk kita lakukan.
Allah SWT berfirman dalam Surah ar-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud: “Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya yang mengawas dan menjaganya (daripada sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”.
Di sebalik malaikat tak pernah tidur dari mencatat semua amal perbuatan kita dan kita disarankan memperbanyakkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti, ada juga yang terus bergelumang dengan dosa tanpa mahu berubah atau bertaubat kepada Allah SWT.
Tahukah, apabila kita sering bergelumang dengan dosa termasuk melakukan kemaksiatan pada mata, hati, tangan, kaki dan lain-lain anggota, ada tujuh kesan buruk akan berlaku dalam kehidupan kita. Dalam erti kata lain, Allah menarik tujuh nikmat di dunia ini jika kita tidak pernah bertaubat.
1. Hilangnya pengetahuan :- Hal pertama yang membawa kesan besar pada manusia ialah ilmu pengetahuan seseorang. Pengetahuan ibarat cahaya yang Allah masukkan ke dalam hati hamba-hamba-Nya yang bertakwa, sementara orang yang sering melakukan maksiat, cahaya ilmu pengetahuan itu akan terpadam.
2. Merasa jauh dari Allah :- Layakkah kita masih berkawan dengan seseorang yang kita sudah sakiti hatinya. Jika kita sakiti hati orang tersebut, dia pasti tidak menyukai anda dan tidak menganggap anda adalah kawan baiknya. Begitu jugalah gambaran hubungan seseorang dengan Allah. Jika sering melakukan maksiat bukannya kita lebih dekat dengan Allah, malah lebih dekat dengan syaitan.
3. Kehidupan jadi semakin sulit :- Hal selanjutnya adalah hidup menjadi sulit dan doa yang kita minta kepada Allah juga susah untuk dikabulkan. Ia satu kesan orang yang rajin melakukan maksiat.
4. Melemahkan tubuh :- Sebagai seorang mukmin, sumber kekuatan manusia itu adalah dari dalam hatinya. Oleh kerana itu, maksiat dan dosa dapat melemahkan tubuh seorang mukmin. Bahkan seorang yang rajin melakukan walau pun jiwa dan raganya kuat tapi kenyataannya, dirinya seorang yang lemah ketika menjalani ujian kehidupan.
5. Umur jadi pendek :- Seorang yang berbuat kebaikan akan dipermudah hidupnya kerana selalu diberkati. Sedangkan seseorang yang sering berbuat dosa dan maksiat tidak mendapat keberkatan dalam segala hal yang dia lakukan. Maksiat akan memendekkan umur seseorang sementara perbuatan baik akan dipanjangkan usianya dan keberkatan hidupnya.
6. Sentiasa rasa berdosa :- Melakukukan satu maksiat akan mengundang maksiat yang lainnya sehingga terasa berat bagi si hamba untuk meninggalkan maksiat dilakukannya. Namun jika seseorang sering berbuat dosa, lama-kelamaan dirinya akan merasakan dosa itu biasa baginya dan tidak ada apa-apa kesan di hatinya. Dia tidak lagi mempedulikan pandangan manusia dan tidak peduli dengan apa yang orang katakan tentangnya. Bahkan dia bangga dengan maksiat yang dilakukannya.
7. Hidup orang-orang berdosa menjadi tidak bererti :- Taat kepada Allah dilambangkan sebagai cahaya sedangkan maksiat adalah kegelapan. Orang yang sering melakukan maksiat, hatinya akan gelap. Jika kegelapan semakin banyak di hati, hatinya akan terus gelap. Bila kegelapan itu semakin pekat, maksiat akan akan menguasai dirinya dan lama-kelamaan akan merasa tidak bererti hidup di dunia ini. Sumber: Abort Islam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika diberi pilihan, memang tidak ada wanita yang ingin menjadi ibu segera sebaik bernikah dengan pasangannya. Namun suratan jodoh tiada siapa boleh menidakkan kuasa Allah. Menjadi ibu tiri adalah gelaran yang digeruni oleh ramai wanita sebenarnya.
Hanya yang cekal sahaja akan mengharungi kehidupan sebagai ibu tiri dengan tabah dan sabar. Hal ini berlaku kerana masih tebal stigma masyarakat mengaitkan mereka adalah manusia kejam yang akan menyiksa anak-anak tiri sebagaimana yang digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella atau pun drama-drama televisyen.
Bukan semuanya kejam. Mereka juga manusia yang ada perasaan halus seorang ibu walaupun masih belum dikurniakan anak kandung. Buang lah jauh-jauh tanggapan negatif dan lapuk ini. Wanita sekarang tahu tanggungjawab mereka.
Bercerita lanjut akan hal ini, Faezah Elai, pelakon jelitawan yang juga merupakan isteri kepada Pengarah Filem & Drama terkenal Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga anak tiri meluahkan pandangannya menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjadi ibu tiri bukanlah satu perkara yang mudah. Peranan dan sumbangan ibu tiri kurang mendapat pengiktirafan dan sering disalah anggap oleh masyarakat. Jika ada sesuatu hal yang tidak kena dengan anak tiri, maka merekalah yang selalu dipersalahkan.
Masyarakat akan bercakap dan mengata bahawa jika duduk dengan ibu tiri begitulah nasib anak (nasib kurang baik). Tidak sama jika duduk dengan ibu kandung.
Lebih mengecewakan apabila dia berjaya menjaga dan mendidik anak-anak tiri, tetapi pujian tetap akan diberikan kepada ibu kandung, sedangkan yang menjaga anak itu selama ini adalah ibu tiri.
Orang sekeliling akan berkata bahawa walaupun ibu tunggal, dia tetap mampu mendidik anaknya dengan baik, sungguh mengaggumkan. Pujian diberikan kepada ibu kandung sebagai wanita yang hebat. Walau pada hakikatnya anak-anak itu dijaga oleh ibu tiri.
“Mentaliti apakah ini? Ini bukan zaman Cinderella, ibu tiri menganiaya anak tirinya. Ini tahun 2020! Sekarang ini, anak tiri lebih banyak karenah, silap sikit akan diviralkan”, ujarnya. Tapi jangan salah faham, saya tidak maksudkan tentang kehidupan saya.
Saya bersyukur dikurniakan dengan tiga orang anak tiri yang sangat memahami. Ya memang benar, saya telah menjaga mereka semenjak berkahwin.
Saya sangat menghormati perasaan ibu kandung mereka dan kerana itu jugalah saya tidak berkongsi sebarang hal tentang mereka dengan ibu kandung agar dia tidak sedih atau berkecil hati.
Sepatutnya mereka juga patut dihormati sebagaimana ibu kandung lain. Mereka menghabiskan masa bersama, tenaga dan mencurahkan kasih sayang kepada anak yang bukan anaknya sendiri.
Oleh itu, kepada semua ibu, jika anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang sangat mengasihi mereka, maka anda adalah seorang ibu yang bertuah.
Beritahu lah kepada anak-anak bahawa tiada salahnya mereka menyanyangi ibu atau ayah tiri. Jangan lah menghasut mereka membenci ibu tiri yang telah membela mereka seperti anak sendiri.
https://www.instagram.com/p/CFY2wgYlphP/
Kepada semua ibu tiri, ingat satu perkara ini, semua wanita boleh menjadi ibu, namun hanya wanita yang hebat sahaja mampu menjadi ibu tiri. Untuk menjadi ibu tidak semestinya ada pertalian darah, namun ia adalah kehadiran kita di saat mereka memerlukannya.
Sebelum mengakhiri kenyataannya, Faezah sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga anak-anak tiri tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Buatlah dengan ikhlas kerana jika mengharap, nanti diri sendiri akan kecewa.
Kashoorga: Tidak ada istilah anak tiri tidak dapat menerima kehadiran ibu tiri. Jika seseorang wanita itu berstatus isteri kepada ayah mereka, maka anak tetap harus menghormati, menghargai dan berbuat baik kepada ibu tiri tersebut. Kedudukan mereka sama mulianya sebagaimana ibu kandung. Islam tidak pernah memandang rendah ibu tiri, malah mengangkat darjatnya kerana perilakunya yang baik terhadap anak tirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.