
Berdoa merupakan antara amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita amat digalakkan untuk berdoa kepada Allah sebagai tanda memohon pertolongan dan bergantung harap kepada-Nya.
Malah, Allah juga menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon daripada-Nya.
Namun begitu, ada individu yang sering berdoa dan meminta apa yang dihajati, tetapi masih tertanya-tanya mengapa doa mereka belum dimakbulkan. Adakah ini bermakna Allah tidak menyayangi mereka? Apakah lagi yang perlu mereka lakukan supaya doa kita dimakbulkan?
Imam Al-Qurtubi pernah berkata, apabila ditanyakan mengapa kita sudah banyak memanjatkan doa kepada Allah tetapi masih belum juga dikabulkan, maka jawapannya kembali kepada ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah, ayat 186.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku kepadamu, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan doa setiap orang yang berdoa kepada-Ku.”
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
Berdasarkan firman Allah SWT ini, ia tidak bermakna apa yang kita hajati akan dimakbulkan serta-merta oleh Allah. Sebaliknya, ada syarat dan hikmah di sebalik setiap doa yang dipanjatkan.
Allah SWT juga menegaskan dalam Surah al-A’raf ayat 55 yang bermaksud:
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan dengan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
Daripada ayat ini, kita dapat memahami bahawa ketika berdoa kita perlu melakukannya dengan penuh kerendahan diri dan suara yang lembut apabila meminta sesuatu daripada Allah SWT.
BACA JUGA: Memburu Lailatulqadar, Malam Penuh Rahmat Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan
Doa juga boleh menjadi lambat dimakbulkan sekiranya seseorang itu masih melakukan dosa. Ini menunjukkan kita mungkin belum merendah diri dan tunduk sepenuhnya kepada-Nya.
Perihal sama ada doa dimakbulkan sekarang atau pada masa akan datang adalah hak Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada seorang Muslim yang memanjatkan doa kepada Allah yang tidak disertai perbuatan maksiat dan memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara:
Ketiga-tiga perkara ini menunjukkan bahawa doa seseorang hamba akan dimakbulkan walaupun dengan cara yang berbeza.
Bahkan pada zaman Rasulullah SAW, baginda sendiri pernah berdoa memohon tiga perkara kepada Allah, namun hanya dua daripadanya dimakbulkan. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tafsir Al-Qurtubi.
Sebagaimana yang dikemukakan oleh seorang sahabat, Sa’ad bin Abi Waqas, beliau berkata:
“Pada suatu hari Rasulullah SAW pulang dari daerah pergunungan di Madinah. Baginda melalui sebuah masjid milik Bani Mu’awiyah lalu masuk ke dalam dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Kami para sahabat turut melakukan solat sunat bersama Rasulullah SAW.
(Hadis riwayat Muslim)
Selepas itu, Rasulullah SAW berdoa kepada Allah dengan doa yang sangat panjang. Kemudian baginda menghadap kepada kami dan bersabda:
“Aku berdoa kepada Allah mengenai tiga perkara, namun hanya dua sahaja yang dikabulkan, sementara satu lagi tidak dikabulkan oleh Allah. Aku memohon kepada Allah agar umatku tidak dihancurkan dengan musim kekurangan makanan, lalu Allah mengabulkannya.
Aku juga memohon agar umatku tidak dikalahkan oleh musuh dan Allah mengabulkannya.
Namun aku memohon agar di antara umatku tidak berlaku perselisihan, tetapi perkara ini tidak dikabulkan oleh Allah.”
Jika Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah juga ada doa yang tidak dimakbulkan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang penuh dengan dosa.
Namun ini tidak bermakna kita perlu berputus asa apabila doa belum dimakbulkan. Hakikatnya, keadaan ini menjadi peluang untuk kita terus meminta kepada Allah kerana Dia menyukai hamba-hamba-Nya yang berdoa.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dengan terus berdoa, meminta dan mengadu kepada Tuhan Yang Maha Esa mengikut cara yang dikehendaki-Nya.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok