Selalunya ungkapan ‘ugutan’ menggunakan nama Padang Mahsyar ini menggambarkan betapa tidak redhanya kita terhadap kesalahan atau perbuatan seseorang terhadap kita. Kita gunakannya untuk menakut-nakutkannya.
Benar, tiba masa nanti kita semua dikumpulkan di Padang Mahsyar. Tempat semua amalan baik dan buruk dihisab secara adil oleh Allah SWT sebelum kita dibawa ke syurga atau neraka.
Sudah tentu kita ,mahu segera dihisab. Tiada siapa mahu berlama-lama di Padang Mahsyar yang matahari hanya sejengkal dari kepala? Namun, rupa-rupanya hanya kerana kita tidak meredhai kesalahan orang lain, kita terkandas lama di sana hanya kerana ungkapan kita di atas. Rugi kan? Kita baca jawapan ustaz Mohd Ibrahim apabila diajukan soalan tentang redha.
Ads
SOALAN:
Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang telah buat ke atas kita?
JAWAPAN:
Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, kambing-kambing itu akan ditanya oleh Allah. Jika kita tak redha lantas tak mahu memaafkan orang lain, maka akibatnya kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.
“Nak ke?”,
Sikap kita yang berpegang kepada prinsip ini hanya akan melewatkan amalan kita dihisab.
“Nak ke ?”,
Proses hisab akan lambat kerana Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ini dengan orang-orang yang kita tak redha itu. Bayangkan jika ramai orang yang kita tidak redha? Yang mana, setiap seorang akan datang menghadap kita minta maaf.
Ads
Nak ke ?
Sedangkan semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke syurga, kita masih lagi berkira dan fikir-fikir lagi tentang nak meredhai ke tidak, nak mengampunkan ke tidak”
Berbanggakah kita dengan prinsip, “Merangkaklah korang cari
aku kat padang mahsyar nanti!” Sebenarnya, bukan dia sahaja tertangguh masuk ke syurga, malahan kita juga akan terlewat masuk syurga Allah SWT.
Yakinkah kita yang kita tak perlu merangkak cari orang lain? Lagi terseksa apabila kita juga kena merangkak cari orang yang kita sudah berbuat salah di dunia padanya.
Ads
Urusan kesalahan dia itu, biar Allah selayaknya membalasnya, biar Allah menghakimi, biar dia ditanya di hadapan Allah kelak.
Memaafkan orang tak boleh baiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita. Kita akan lebih tenang, InsyaAllah.
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci. Dengan memaafkan, hidup kita akan jadi tenang setenangnya. Hidup ini kan namanya persinggahan. Tak payah nak kalut nak hakim semua orang. Allah kan ada.
Kepada yang telah buat pelbagai kesalahan mahupun kesilapan dengan seseorang yang tertentu, cukuplah, hentikanlah, berubahlah, bertaubatlah. Mintalah maaf dengan sekesal-kesalnya atas perbuatan lampau.
Bebaskan lah jiwa-jiwa yang sakit dan yang terluka itu dari kekusutan.
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan memilihnya kita penghuni SyurgaNya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.
Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.
Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.
Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.
Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.
Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing. Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pasangan pengantin baharu cantik sejoli sepatutnya sedar bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua.Pasangan pengantin baharu ini juga akan lalui pelbagai dugaan sepanjang melayari bahtera. Masa bercinta memang semua indah bagi pasangan pengantin baharu.
Ketahuilah wahai pengantin baharu, apabila telah berkahwin, barulah tahu perangai sebenar pasangan. Jangan sampai merasakan perkahwinan itu satu kesilapan!
Apa kata kita kenal pasti setiap fasa daripada pakar kaunselor perkahwinan terkenal, hajah Aniz haji Anwar.
Menurut beliau dalam hantaran di laman sesawangnya, semenjak kebelakangan ini, dia menerima banyak kes pasangan yang berhadapan dengan konflik perkahwinan pada usia perkahwinan sekitar 2 hingga 10 tahun. Tempoh 10 tahun pertama ini adalah antara fasa yang paling mencabar.
Fasa paling sweet; semuanya nampak indah-indah dan molek, cantik lagi kacak belaka.
Tibalah saat dunia realiti mengambil tempat warna sebenar pasangan, hobinya, habitnya, keluarganya, pengurusan kewangan, kerjaya dan pelbagai lagi kenyataan hidup yang perlu dihadapi.
Semua perlu ditangani bersama dengan kematangan, toleransi, kerjasama dan pengertian yang pastinya tidak mampu dikuasai sepenuhnya dalam masa yang singkat. Maka tidaklah menghairan jika ramai di kalangan pasangan cenderung untuk terperangkap di fasa berikut ini.
Pertembungan nilai, hobi, keseronokan, habit, keutamaan dan sebagainya boleh menyebabkan pertengkaran dan perselisihan timbul.
Bagaimana cara bijak untuk mengatasinya? Adakan perbincangan secara matang, diplomasi, penuh kasih sayang agar tiada hati yang terguris.
Dirikan lah solat sunat dua rakaat terlebih dahulu dengan memohon pertolongan Allah SWT. Jangan sombong dengan Allah kerana ia tidak elok untuk keharmonian dan kelangsungan perkahwinan.
Menurut pakar, fasa ini merupakan satu fasa yang sukar dielakkan bahkan kematangan serta keterbukaan pasangan untuk saling belajar dan sama-sama melaluinya akan membawa mereka menguasai “the art of good fight“ yang seterusnya dapat membantu penyesuaian untuk peringkat seterusnya.
Apapun berhati-hati kerana kegagalan pasangan mengharungi fasa ini dikenal pasti antara punca terjadinya isu-isu seperti kecurangan, outlandish spending, berjauhan dan seumpamanya sebagai satu escapism untuk lari daripada masalah.
Melewati masa hubungan terus terjalin dengan pelbagai warna dan ragam yang ditempuhi bersama. Pastinya ianya juga secara tidak langsung turut mengundang bersama cabaran-cabaran baru seperti kerjaya yang berkembang, anaksemakin bertambah, rumah semakin besar dan komitmen semakin meningkat.
Pada fasa ini, pasangan seharusnya semakin matang dan bijaksana untuk sama-sama saling bertoleransi menguruskan keluarga, kewangan, kebajikan , kerjaya dan seumpamanya.
Kejujuran, ketelusan, keikhlasan untuk saling berbagi juga saling menguatkan antara satu sama lain amat diperlukan.
Jika wujud masalah bukan bertindak secara individu dan memandang sebagai musuh tetapi kerjasama. Jika gagal, risikonya sangat tinggi di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila lelah, putus asa dan tawar hati sudah mengambil tempatnya.
Fasa ini lazimnya tiba selepas 10 hingga 20 tahun berlalunya Fasa Kerjasama tamat bilamana anak-anak sudah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri iaitu komitmen sebagai induk keluarga semakin berkurangan.
Ketika inilah pasangan dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa untuk kembali menghidup dan meraikan cinta alam perkahwinan. Masa untuk menghargai satu sama lain seperti baharu berkahwin.
Fasa inilah dijangkakan boleh kita beribadah dengan lebih tenang dan fokus, sama-sama menghadiri majlis ilmu, menunaikan haji dan umrah, melancong ke luar negara dan seumpamanya.
Bagaimanapun tidak dinafikan fasa ini juga tidak terlepas daripada ujian yang tidak dijangka contoh sekiranya pasangan yang berkahwin dengan jurang usia yang agak jauh barangkali akan diuji dengan isu kesihatan, harapan dan peranan yang perlu dilakukan dalam memenuhi tuntutan lain yang sewaktu dengannya seperti kerjaya, keluarga dan lain-lain.
Tidak dinafikan jalan cerita dan garis takdir setiap dari kita ada kisah dan cabaran yang tersendiri. Pada fasa ini ada ketikanya pasangan diuji berhadapan dengan masalah kewangan, kesihatan yang kronik, jatuh bangun kerjaya atau perniagaan, kehilangan insan tercinta seperti orang tua, perebutan harta dan pertelingkahan adik beradik.
Semua ini menuntut kekuatan semangat dan keyakinan juga pengorbanan serta kasih sayang untuk saling menguatkan antara satu sama lain.
Namun tidak semua daripada kita mampu bertahan sehingga ke hujung nyawa hidup bersama.
Ada ketikanya di penghujung usia ada di kalangan pasangan yang memilih jalan perceraian khususnya yang sarat membawa bebanan emosi, kekecewaan dan kesakitan sepanjang perkahwinan mereka.
Setiap yang berlaku itu tidak pernah sia-sia begitu jugalah dengan perjalanan menyusuri alam perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan yang bahagia itu bukan kisah satu hari tetapi ia adalah hasil ketekunan, keberanian, keyakinan juga keteguhan serta komitmen pasangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika ditanya rahsia apakah yang membawa kepada kejayaan ini? Pastinya sebagai seorang muslim, halatuju dan gambaran yang jelas untuk membawa dan melihat pasangan serta ahli keluarga yang dikasihi di syurga Allah itulah senjata ajaibnya.
Mohonlah doa tulus kepada Allah SWT apa sahaja yang baik dan hebat untuk membantu perjalanan dunia dan akhirat kita.
Kesimpulannya apa sahaja yang kita pohon moga dengan anugerah yang dititipkan Ilahi itu bakal mendekatkan kita menghampiri syurgaNya bukan menjauhkan dan mengundang kemurkaan dan derhaka pada Ilahi.
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ 4:Ayat 1
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”
Hari Khamis nanti adalah hari terakhir bulan Syawal bagi mereka yang mahu menunaikan puasa enam.
Tapi mungkin ada yang bermula agak lewat dan tidak sempat menyempurnakan enam hari puasa sunat bulan Syawal ini.
Bagi yang tertanya bolehkah melengkapkan baki puasa pada bulan berikutnya menurut pandangan majoriti ulama dan pendapat mazhab Syafie kelompok ini dibenarkan berbuat demikian.
Namun meskipun dibenarkan Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Che Yaacob mengingatkan, kelebihan dan ganjaran puasa adalah tidak sama.
“Keistimewaan hanya diberikan kepada mereka yang melengkapkan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal sahaja.
“Para ulama berbeza pendapat tentang perkara (teruskan puasa bagi melengkapkan puasa enam hari pada bulan Syawal walaupun melewati Aidilfitri), namun Mazhab Syafie mensyaratkan, hanya (boleh dilakukan) untuk melengkapkan hari-hari yang tidak sempat dikerjakan dalam bulan Syawal,” demikian katanya memetik laporan dalam Sinar Islam Plus.
Tegas beliau lagi bukan semua orang boleh menggabungkan serentak antara puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.
Ini kerana terdapat golongan yang tidak dibenarkan berbuat demikian. Mereka ialah individu yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa ada keuzuran syarak, katanya.
“Kelompok ini hendaklah menggantikan puasa Ramadan tersebut dengan segera bermula 2 Syawal dan dia juga tidak dibenarkan menghimpunkannya dengan puasa sunat enam dalam bulan Syawal.
“Bahkan, dia sama sekali tidak dibolehkan untuk mendahulukan puasa sunat Syawal daripada puasa ganti.
“Apa yang dimaksudkan dengan keuzuran syarak adalah keharusan yang diberikan untuk seseorang tidak berpuasa. Antaranya disebabkan kedatangan haid, sakit atau dalam keadaan musafir dan sebagainya,” terangnya.