Kurang dari sebulan, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Ia bulan penuh keberkahan dan dinantikan oleh ramai umat Islam. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa.
Masa yang sama, Program Imuninasasi COVID-19 Kebangsaan yang sudah mula memasuki peringkat kedua bagi penerima suntikan pertama dijangka akan terus berlangsung sepanjang Ramadan ini.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada Ramadan akan datang.
Ads
Ini kerana jelasnya, ia tidak membatalkan puasa kerana bukan membabitkan rongga terbuka.
Memetik laporan Berita Harian, Mufti Kelantan ini berkata, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
Ads
"Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa.
"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," katanya ketika dihubungi di sini.
Ads
Lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, dilaporkan berkata, mereka adalah petugas pasukan barisan hadapan dan proses vaksinasi masih berlanjutan bagi kumpulan itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tular kisah seorang rider oku muda penghantar barang dan makanan di Melaka yang menarik simpati ramai netizen setelah dimuat naik di akaun facebook; Sepet Vtec. Bukan apa barang yang dibawa, tetapi kaki yang menekan pedal mencuri perhatian
Entri tersebut memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua yang dalam situasi tidak bersemangat dan letih mengharungi kehidupan penuh dugaan hari ini.
Apalah sangat dengan dugaan kita yang normal ini berbanding rider OKU yang ligat menunggang motosikal menghantar barang dan makanan kepada pelanggan.
Rider yang dimaksudkan ialah Danial Asyraf Roslan 22, yang memiliki kaki besi di kaki kanannya setelah ditimpa kemalangan jalan raya dua tahun lalu.
Akibat daripada peristiwa itu, kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut menyebabkan pergerakkanya terbatas dan lebih memilukan diberhentikan kerja berikutan keadaan fizikalnya itu.
Namun, bagi Danial Asyraf, pemuda kelahiran Alor Gajah, Melaka ini, keadaannnya yang serba kekurangan, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya meneruskan kehidupan.
“Sudah dua bulan saya bekerja sebagai rider. Pada awalnya memang sukar untuk teruskan kehidupan, namun saya mesti kuat. Saya kerja di siang hari sahaja tetapi kerana nak cari duit lebih, sekarang malam pun saya akan bekerja juga,” ujarnya yang telah diberhentikan kerja hujung tahun lalu.
Kegigihan dan semangat anak muda ini harus dicontohi apatah lagi pendapatannya tidak menentu, yang mana minimum RM25 mampu diperoleh dan RM100 paling maksimum.
Sama nasib seperti rider yang lain, rezeki bergantung kepada Allah, jika ada pelanggan Alhamdulillah jika tiada, jangan berputus asa, usaha lebih lagi.
Sebagai anak lelaki tunggal daripada empat adik beradik, Danial Asyraf tetap menggalas tangungjawabnya dengan menyara kedua orang tuanya yang sudah tua.
Walaupun penat lakukan empat kerja dalam satu masa iaitu sebagai penghantar barang sebuah syarikat di Melaka, penghanntar makanan sambilan sebuah restoran, sebagai runner kepada pelanggan yang perlukan khidmatnya dan kerja separuh masa menghantar produk susu perniagaan kakaknya, dia puas kerana mampu berdikari.
“Jika bukan saya siapa lagi? Saya tidak mahu hanya duduk mengenang nasib, menunggu bantuan dan ihsan orang lain. Saya mahu berdikari walaupun keadaan fizikal tidak sesempurna dahulu,”
Menceritakan kembali bagaimana kemalangan terjadi, Danial menjelaskan bahawa tragedi tiga tahun lalu itu masih segar dalam ingatannya. Kemalangan berlaku seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri 2017. Pada waktu itu, dia baru sahaja habis bekerja dan dalam perjalanan ke rumah di Masjid Tanah, Melaka setelah menemui rakan-rakannya.
“Dalam perjalanan itu, motosikal yang saya tunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal dan sebuah kereta. Saya dikejarkan ke hospital dan dirawat selama sebulan sebelum dimaklum dan dinasihatkan oleh doktor agar memotong kaki kanan hingga paras lutut,” katanya.
“Keputusan terpaksa dibuat kerana berlaku jangkitan kuman pada kaki kanan yang teruk tercedera. Selepas itu, saya perlu membiasakan diri memakai kaki palsu besi hingga hari ini. Walaupun agak janggal pada awalnya, namun kaki ini lah yang membantu dan memudahkan pergerakannya sehari-hari,” ujarnya lagi
Sesungguhnya kecekalan dan ketabahan Danial Asyraf telah menjentik hati ramai netizen sehinggakan kisah yang dikongsikan telah menerima lebih 8,000 tanda suka dan dikongsi lebih 1,000 pengikut.
Bukan insan biasa boleh pantas bangun daripada dugaan besar seperti ini. Namun sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu.
Setiap musibah itu juga hadir dengan kemudahan sebagaimana firman Allah;
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya, tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”(Surah al-Insyirah: Ayat 5-6)
Sesiapa yang ditimpa musibah, perlulah bersangka baik (husnuzon) dengan apa yang terjadi. Saat-saat getir dilalui dengan memperbanyakkan doa, berikhtiar, tawakal dan bersabar atas ujianNya.
Allah mengajar kita menangani musibah agar ingat akan firmanNya: (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: Ayat 156)
Kashoorga: Jika kita berkeluh kesah dan banyak menyalahkan takdir Allah, beristighfar dan mengucaplah. Lihat sekeliling kita. Lihat insan yang lebih besar dugaannya daripada kita. Hidup perlu diteruskan dengan semangat juang positif. Rider OKU ini wajar dijadikan inspirasi buat kita.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Siapa yang tidak mengenali penyanyi, pengacara serta pelakon versatil, Alif Satar. Personaliti ini dilihat sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri lengkap bergelar lelaki budiman.
Malah walaupun dia dilihat sibuk dengan aktiviti harian, tetapi itu tidak menghalang Alif untuk memenuhi tuntutan akhirat.
Jika sebelum ini viral gambarnya yang menghadiri sembahyang Jumaat tetapi kali ini dia mengambil kesempatan yang ada untuk belajar mengaji.
Dalam status di laman sosialnya, Alif telah muat naik foto bersama Bilal Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Hafiz sehingga mendapat perhatian warga net.
Dalam kapsyen yang ditulis Alif memberitahu dia menghadiri kelas malam dan baru seminggu tidak mengaji sudah berterabur.
Namun, apa yang kita hajati tidak seperti diimpikan dan sebagai hambaNya reda dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang menanti di sebaliknya.
Seperti juga pasangan pengantin baru Muhammad Hanif Hamim dan Noor Najwa San Sudin tidak menyangka akan mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.
Setahun yang lalu sebaik selepas majlis pertunangan, keduanya merancang mengadakan majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan dan sekaligus membuat majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai.
Tetapi disebakan wabak pandemik COVID-19, majlis pernikahan atau perkahwinan secara terbuka tidak dibenarkan buat masa ini.
Malah larangan sebelum itu bagi pasangan pengantin yang mahu bernikah menangguhkan seketika untuk mengadakan sebarang majlis.
Namun sebaik PKPB dilaksanakan, kelonggaran diberikan apabila pasangan yang mahu berkahwin dibenarkan bernikah melalui online atau hanya di pejabat agama.
Mengambil kesempatan yang ada, pasangan ini mengikat kata sepakat tidak mahu menangguhkan perkara baik dan bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.
Biarpun majlis akad nikah hanya dilangsungkan di pejabat agama, tetapi perasaan cemas dan debar itu sangat berbeza.
“Saya dan suami bersyukur apabila dibenarkan untuk bernikah di Pejabat Kadi Daerah Segamat. Sebaik mengetahui, perasaan berdebarnya memang lain macam. Maklumlah tiada pengalaman dari teman-teman sebelum ini yang mengadakan akad nikah di sini.
“Namun dengan sedikit pembacaan, kami telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.
“Seawal pagi kami sudah berada di pejabat agama (pergi secara berasingan) dengan ditemani ahli kelurga terdekat.
“Sebelum itu dimaklumkan hanya 10 orang sahaja dibenarkan masuk dalam bilik (untuk acara akad nikah) dan ini termasuk pihak kadi.
“Saya dan suami pasangan kedua yang akan dinikahkan. Sepanjang menunggu itu, perasaan berdebar dan cemas menanti detik diijab kabulkan. Untuk menghilangkan rasa cemas dan debar, saya tak putus berdoa agar segalanya dipermudhakan.
“Saya juga turut membawa ayat Kursi berulang kali, selawat dan beristighfar agar hati ini sentiasa tenang dan akad nikah menjadi mudah.
“Tidak cukup itu, saya turut mengingati pesan emak untuk membaca zikir ‘Ya Barik’ sebanyak 40 kali dan selebihnya saya tawakkal dan serahkan pada Allah.
“Alhamdulillah selepas hampir 30 minit berdepan rasa debar dan cemas, akhirnya kami berdua selamat diijabkabulkan. Perjalanan akad nikah juga berjalan lancar tanpa ada masalah,” jelas Najwa yang mengakui pada awalnya dia sedikit terkilan kerana apa yang dirancang (mengadakan majlis akad nikah di rumah) tidak seperti diharapkan.
“Tapi saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik. Saya bersyukur kerana Allah mudahkan urusan kami untuk membina masjid.
“Dari awal mengetahui majlis akad nikah akan dilakukan di pejabat agama, perjalanannya menjadi lancar hinggalah hari sebenar.
“Biarpun majlis akad nikah ini hanya sederhana, tetapi sangat bermakna dan akan jadi momen berharga buat kami berdua.
“Siapa sangka kami melakukan majlis akad nikah di pejabat agama dengan dihadiri beberapa orang ahli kelurga terdekat saja.
“Kami akur inilah adab dan norma baru yang perlu dipraktikkan untuk semua termasuk pasangan yang mahu berkahwin,” jelas Najwa yang turut merakamkan gambar bersama keluarga sebaik akad nikah di sebuah studio berhampiran sebagai tanda kenang-kenangan.
Dia dan suami juga berkata jika semuanya sudah dibenarkan, mereka bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai kelak.
Kashoorga: Betullah kita hanya merancang tapi, Tuhan juga yang menentukan. Apa yang penting urusan wajib sudah dilakukan dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah. Untuk mendapatkan segala keperluan pasangan boleh layari sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?