Ads

Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serahkan Wang Yang Dijumpai Pada Baitulmal

Viral di media sosial peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000  yen (RM20,755.84). Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, terkejut apabila menemui wang berkenaan ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, Kelantan.

Katanya, dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu, Kelantan dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.

JUMPA BEG DUIT WARNA HITAM

“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai bundle dalam masa terdekat sebelum menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Sejak memuat naik di FB pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.

Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serahkan Wang Yang Dijumpai Pada Baitulmal

Ads

“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

BUKAN HAK MILIK

Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Ads

Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Katanya, jika di Kelantan wang berkenaan perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan. Wang yang ditemui tidak boleh digunakan untuk peribadi termasuk perniagaan.

MUFTI MINTA SERAH PADA BAITULMAL

Ads

“Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

“Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan seorang penjual yang menemui wang tunai 550,000 yen atau lebih RM20,000 ketika membuka guni bundle yang dibelinya.

Sumber kredit: Harian Metro

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hong Leong Islamic Bank Perkenal Halatuju Baharu: Prinsip Kekayaan Patuh Syariah...

Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.