Neelofa Sumbang 15 Katil Kepada Hospital Melaka Untuk Pesakit COVID-19

Share

Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka. Hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan, Abu Hudzaifah dari bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi.
Dari perkongsiannya, doktor ini menulis, “Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.

Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.




15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.

Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.”

-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jazakallahu khairan katsira.

IKLAN