Demikian ungkapan dikongsi pengguna Facebook, Faiz Noor menerusi grup Facebook Grup Edit Apa Hari Ini yang meminta akan grup yang lain menyunting gambar asal agar beliau tampil seperti individu normal.
Faiz yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkongsi foto beliau bersama isteri dan dua orang anak memakai sepersalinan busana kuning.
UAI Tampil Bagi Sokongan
Bagaimanapun komen daripada warganet menyentuh hati. Paling menarik perhatian ialah komen daripada pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.
Ads
Alhamdulillah saya lihat awak sudah sempurna..tidak perlu edit lagi.”- USTAZ AZHAR IDRUS
Awak Dah Sempurna
Grup Edit Apa Hari Ini yang mempunyai hampir 200,000 ahli yang saling menghormati, ‘sporting’ membantu menyunting foto rakan-rakan dan dalam masa sama menyerlahkan kreativiti masing-masing.
Menerusi tinjauan, ada dalam kalangan ahli grup berkenaan meminta bantuan rakan-rakan lain menyunting latar belakang, menaikkan seri gambar yang gelap dan membaik pulih foto rosak atau kabur.
Tak Perlu Edit Lagi
Susulan perkongsian Faiz, terdapat beberapa ahli yang tampil menunaikan permintaan Faiz Noor dengan berkongsi foto-foto yang telah disunting.
Ads
Warga maya meluahkan sebak dan tersentuh serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan lelaki itu.
Tidak ada istilah cacat. Semua ciptaan ALLAH menakjubkan dan manusia adalah makhluk ciptaan-NYA yang paling sempurna. Semoga lelaki ini dikurniakan kesihatan baik yang berterusan.
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab.
Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.
Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.
Dalam masa sama Edika Yusof juga turut menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 41 tahun, yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.
Dalam satu postingnya di laman Instagram, dia mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke 41 tahun buat isterinya yang tersayang.
Isterinya itulah cinta hati dan tanpa cintanya dia tidak boleh hidup bersendirian. Ternyata kasih sayang tidak berbelah pada isteri tercinta walaupun suri hatinya tidak mampu berjalan. Dia juga mengakui akan terus menyayangi isterinya itu hingga ke jannah.
Ternyata pelakon hebat ini begitu menyayangi keluarga termasuk isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan padanya.
Dalam satu video oleh Sinar FM yang telah ditonton lebih tiga juta pelayar, Edika berkongsi pengalamannya selama 14 tahun (termasuk tahun ini) menjaga isterinya itu.
Sejak isterinya jatuh sakit dan menjadi lumpuh hingga mengakibatkan menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap.
Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.
Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.
Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya.
Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan.
Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga.
Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Dalam satu hadith lain disebut :- Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah).
Terlalu banyak kelebihan memberi orang makan khususnya di bulan puasa. Sejajar itu, Ramadan yang bakal tiba, Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Program Iftar Ala Madinah @ Karangkraf bermula dari 4 April hingga 2 Mei ini bertempat di Dataran Karangkraf, Shah Alam selama 29 hari berturut-turut.
Ketua Projek, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma dan ia terbuka kepada semua orang.
“Ramai pihak yang terjejas susulan Covid-19 hingga ada dibuang kerja selain pertambahan kos sara hidup dan harga makanan yang semakin meningkat ketika ini.
“Kami sangat menggalakkan orang ramai datang dengan ahli keluarga untuk bersama-sama berbuka puasa di sini, seolah merasai suasana berbuka puasa di Tanah Suci Makkah. Kalau nak bawa makanan sendiri pun boleh selain dikongsi dengan orang ramai,”katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu, Firdaus Hussamuddin memaklumkan, bagi yang datang dengan ahli keluarga akan ditempatkan bersama tetapi bagi yang datang dengan kawan atau bersendirian, akan diasingkan mengikut jantina.
“Paling pentin kita nak mewujudkan kembali suasana berbuka ala Madinah dan Makkah, untuk mereka yang merindukan kemeriahan dan suasana Ramadan itu sendiri, maka kita bawa konsep ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Program tazkirah sebelum majlis berbuka
Firdaus yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf berkata, menariknya program kali ini, orang ramai akan disajikan dengan pengisian tazkirah berdekatan masjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.
“Di samping itu, ada beberapa imam kita daripada Karya Bestari dan WUIF yang akan bergilir setiap hari untuk bacaan tazkirah dan mengimamkan solat maghrib dan solat terawih sepanjang program berlangsung,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan individu perseorangan yang ingin berinfaq bersama-sama untuk membantu mereka yang berada dalam kesempitan hidup.
“Kita juga galakkan pihak lain yang ingin sertai kita untuk memberi infaq makanan, barangan atau berbentuk wang tunai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun SINAR KARANGKRAF SDN BHD 564276 529068 (Maybank),” jelasnya.
Firdaus turut mengajak mana-mana individu yang ingin menjadi sukarelawan bagi mengendalikan program berkenaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi sekretariat di talian 0192133315.
“Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian yang sama,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pikat hati ini bukan satu kerja yang mudah. Dalam hubungan sesama manusia seperti antara ibu dan anak, suami dan isteri, pekerja dan majikan atau guru dan pelajar, kita akan melakukan pelbagai cara untuk pikat hati mereka.
Bagi yang berniaga pula, tentunya akan lakukan pelbagai cara marketing untuk pikat hati pelanggan. Namun, kita lupa satu perkara paling penting dalam hidup ini. Kita lupa siapa yang memegang hati manusia ini untuk menerima kita.
Gunakanlah pelbagai teknik dengan jutaan pelaburan sekali pun, jika sang Pencipta manusia tidak menggerakkan hati hambanya, segala apa yang kita usahakan tidak akan berjaya. Badan penat, hati panas.
Ikuti perkongsian ustaz Asraff Ayob bagaimana caranya kita dapat pikat hati orang lain dengan cara mudah tanpa modal. Hanya perlukan istikomah sahaja!
Menurut beliau, ada satu amalan asas yang jika dilakukan, semua teknik mengayat atau marketing yang dilakukan selepas itu akan berhasil.
Sebagai contoh terdekat untuk pengusaha produk jualan. Sebelum ingin membuat hati pelanggan ‘cair’, pastikan kita ‘cairkan hati’ Allah SWT, sang Pencipta pelanggan itu.
Kuasai teknik marketing untuk buatkan Allah ‘jatuh hati’ kepada kita. Selepas usaha itu dilakukan, InsyaAllah, semua urusan kerja dan hajat kita akan dipermudahkan.
Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan agar sukakan produk kita. Jika Allah tidak gerakkan walau seinci pun, kita belanjakanlah ribuan ringgit untuk usaha mempromosi, pelanggan tetap hanya ‘Touch & Go’, tanpa beli satu pun produk jualan kita. Bukan kah itu menyedihkan?
Amalan mudah ini perlu dilakukan secara konsisten. Tidak boleh culas. Teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka.
Mulakan dengan usaha yang kecil tetapi mempunyai impak sangat besar iaitu:
Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir Istighfar sekurang-kurangnya 100 kali dan 100 kali selawat sehari. Kedua-dua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki.
Andai culas? Maka gunakan teknik ini:
Kita tetapkan minda setiap pagi dengan unjuran ‘BERHUTANG DENGAN ALLAH’ Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tidak boleh ‘carry forward’. Dilarang tidur sebelum jelaskan ‘hutang’ ini.
Jika tidak, kita denda diri sendiri dengan 5 kali ganda zikir tadi. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500 kali istighfar dan selawat.
Memang, zikir ini perlu ‘paksarela’ sebelum sampai ke tahap sukarela. Tetapi, ia pasti bertukar sukarela bila kita melihat rezeki tidak putus-putus datang nanti. Believe it!
Kredit Ustaz Asraff Ayob
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.