Pemain Rugby NZ, Sonny Bill Williams Rindu Nak Solat Terawih Di Masjid. Isi Masa Kuarantin Belajar Sirah Rasulullah Bersama Keluarga!

Share

Tidak dinafikan, sejak wabak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, semua rumah ibadah termasuk Masjid untuk umat Islam ditutup untuk melakukan sebarang majlis keagamaan.

Ini adalah bagi mengekang penularan rantaian jaringan koronavirus ini. Situasi ini berlangsung lebih dua bulan lalu hinggalah kehadiran Ramadan.

Ramai yang merindui untuk solat berjemaah di masjid lebih-lebih lagi dengan kehadiran ramadan mubarak.

Tidak terkecuali juga buat bintang Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, yang telah hampir 10 tahun bergelar sebagai Muslim, meluahkan kerinduannya untuk melaksanakan solat tarawih di masjid pada bulan Ramadan.

Walau bagaimanapun, momen untuk bersolat Tarawih secara jemaah tahun ini pastinya tidak akan dapat dilaksanakan.

Biarpun menyedari situasi itu, bagi Sonny ia bukanlah penghalang untuk umat Islam terus mendekatkan diri kepada Allah.

 

“Tidak dapat menunaikan solat di masjid pastinya sangat sukar kepada semua tetapi insya-Allah ia tidak akan menghentikan kami daripada ‘berhubung’ dengan pencipta…”

Malah sepanjang kuarantin ini, dia memanfaatkan masa yang ada untuk mendalami ilmu agama dan menbaca Mengenai Sirah Rasulullah bersama keluarga.

Terhyata Sonny adalah salah seorang ikon yang bukan sahaja dikenali ramai, tetapi juga sangat kisahnya sangat berinspirasi dalam mengamalkan ajaran Islam yang baik dan jadi teladan kepada masayarakat lain.

IKLAN