Pengakhiran yang dicemburui…Kisah kematian seorang pemuda dari Indonesia ini jadi bualan ramai apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat selepas Maghrib.
Dalam rakaman video tular, Allahyarham dikatakan baru sahaja selesai menjadi imam solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, kemudian melakukan solat sunat selepas Maghrib.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi, ketika sujud terakhir solat sunat berkenaan, Allahyarham secara tiba-tiba terdiam dalam sujudnya dan tidak lagi bernyawa.
“Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib.
Ads
“Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Kejadian kemudian disahkan berlaku pada Ahad, Allahyarham dikenali sebagai Dedi Fauzi yang juga merupakan Imam Masjid Darul Falah Cijoho.
Ads
Allahyarham sempat dibawa ke hospital terdekat, bagaimanapun kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Menurut penduduk setempat, Allahyarham dikenali sebagai seorang lelaki yang baik.
Ads
Selain menjadi imam beliau juga merupakan tenaga pengajar al-Quran kepada kanak-kanak di masjid tersebut.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak, beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam setempat.
‘Tanpa guru, hanya belajar seni khat dari YouTube.’ Anak diuji autisme, tapi allah anugerahkan bakat ternilai. Allah Maha Adil, biarpun anak istimewa ini disahkan autisme tetapi dia celik Al-Quran dan berbakat dalam menghasilkan tulisan khat.
Sejuk perut ibu mengandung melihat perkembangan positif sang anak. Walaupun dia autism tetapi kemampuannya cukup luar biasa dan pencapaiannya cukup membanggakan di kalangan anak-anak sebayanya.
Malah lebih mengagumkan, anak istimewa berusia 12 tahun itu hanya mempelajari seni khat menerusi YouTube, bukan menerima pendidikan khusus daripada pakar atau mana-mana guru.
Paling teruja, dia juga kini menjual karyanya pada harga serendah RM10 hingga RM50 secara dalam talian selepas hasil tangan itu dikongsi ibunya, Shazlita Yusoff, 36, di Facebook (FB).
Menurut Shazlita, bakat anaknya disedari seawal usia enam tahun apabila Muhammad Zul Muazzam sering menghafaz surah al-Quran sambil menulis potongan ayat berkenaan pada kertas.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menyediakan alat menulis khat supaya dia tidak bosan dan dapat memanfaatkan masa terluang. Tidak sangka, hasil tangannya semakin ‘menjadi’, malah mendapat pujian ramai.
“Dia bukan sahaja boleh melakar pelbagai zikir, tetapi juga ayat suci al-Quran mengikut kreativiti sendiri selain mengenakan tona warna yang menarik sebagai latar belakang lukisan.
“Semua tulisan khat yang dihasilkan daripada ilham sendiri tanpa tekapan (daripada khat sedia ada).
“Anak saya seorang yang ceria namun agak terbatas untuk berkomunikasi dua hala dan saya dapat rasakan penulisan khat ini seperti terapi buat dirinya sebagai penghidap autisme,” katanya.
Tambah Shazlita, anak sulung daripada empat adik beradik itu dihantar mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur, Bukit Tinggi di Klang, Selangor.
Jelas suri rumah itu, dia sangat tidak menyangka hasil tangan Muhammad Zul Muazzam menjadi tarikan orang ramai selepas dikongsi di FB.
“Selain itu, anak saya juga mampu menghafal al-Quran serta membacanya secara bertaranum dengan baik. Jika saya sendiri terlupa halaman muka surat surah tertentu, dia boleh memberitahunya dengan tepat.
“Antara surah yang sering dibaca ialah al-Waqiah, Ar-Rahman, Sajadah, al-Mulk, al-Kahfi dan Yaasin.
“Alhamdulillah, dia juga tidak pernah lupa mengerjakan solat lima waktu serta sering mengingatkan kami sekeluarga agar sembahyang di awal waktu,” katanya.
Menurutnya, tiada sebarang petua dalam mendidik anaknya itu, tetapi sudah mendedahkan mereka dengan al-Quran sejak kecil.
“Bakat Muhammad Zul Muazzam pula saya kira sebagai anugerah Allah selepas diuji menghidap autisme,” katanya yang berharap anak istimewanya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan lain dan boleh menjadikan seni khat sebagai kerjayanya kelak.
Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka. Hal ini dikongsikan oleh seorang doktor pakar perubatan, Abu Hudzaifah dari bahagian kecemasan hospital berkenaan menerusi laman sosial Instagram miliknya malam tadi. Dari perkongsiannya, doktor ini menulis, “Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit Covid di Hospital Melaka.
Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.
15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta merta untuk merawat pesakit Covid 19.
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barang siapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jazakallahu khairan katsira.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan memijak al-Quran di platform media sosial Threads menggunakan nama akaun ryandaselva, yang disifatkan sebagai perbuatan biadab serta mencabar keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Fahmi menegaskan perbuatan tersebut bukan sahaja menghina agama Islam, malah menyentuh sensitiviti umat Islam serta berpotensi menggugat ketenteraman awam sekiranya tidak ditangani secara tegas dan segera.
Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap kandungan yang tular itu.
Dalam masa sama, katanya, MCMC turut akan menyelaras kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan menyeluruh dapat diambil terhadap individu terlibat berdasarkan undang-undang sedia ada. Langkah tersebut penting bagi menjamin ruang digital negara tidak disalahgunakan sehingga mencetuskan ketegangan antara masyarakat berbilang agama dan kaum.
“Sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama dan mengancam keharmonian masyarakat berbilang kaum tidak boleh diterima sama sekali,” katanya sambil menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan persekitaran media sosial kekal beretika serta bertanggungjawab.
Tinjauan di ruangan komen media sosial pula mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan pemuda berkenaan, malah ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran agar perkara seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?