Pengakhiran yang dicemburui…Kisah kematian seorang pemuda dari Indonesia ini jadi bualan ramai apabila dia meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat selepas Maghrib.
Dalam rakaman video tular, Allahyarham dikatakan baru sahaja selesai menjadi imam solat Maghrib di Masjid Darul Falah Kelurahan Cijoho, Kabupaten Kuningan, Jawa Barat, kemudian melakukan solat sunat selepas Maghrib.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Falah, Didi Taryadi, ketika sujud terakhir solat sunat berkenaan, Allahyarham secara tiba-tiba terdiam dalam sujudnya dan tidak lagi bernyawa.
“Beliau baru selesai menjadi imam solat Maghrib sehinggalah habis memimpin doa, kemudian Allahyarham melanjutkan dengan solat sunat selepas Maghrib.
Ads
“Pada masa sujud di rakaat terakhir, beliau tidak bangun-bangun lagi, hinggalah didapati sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Kejadian kemudian disahkan berlaku pada Ahad, Allahyarham dikenali sebagai Dedi Fauzi yang juga merupakan Imam Masjid Darul Falah Cijoho.
Ads
Allahyarham sempat dibawa ke hospital terdekat, bagaimanapun kemudiannya disahkan telah meninggal dunia.
Menurut penduduk setempat, Allahyarham dikenali sebagai seorang lelaki yang baik.
Dalam kesibukan hidup seharian, ada masanya kita merasa sukar untuk melakukan ibadah yang besar pahalanya. Kadangkala, kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan tanggungjawab harian, kita mula rasa diri tidak mampu untuk melakukan amalan-amalan besar seperti yang diimpikan.
Contohnya, ada yang masih berusaha untuk menunaikan solat fardu lima waktu pada awal waktu. Ada juga yang terlalu sibuk bekerja sehingga jarang dapat pulang menjenguk ibu bapa di kampung. Keadaan ini kadangkala membuatkan seseorang rasa serba kekurangan dalam beramal.
Namun begitu, jangan sesekali berputus asa. Jika belum mampu melakukan amalan yang besar, mulakan dahulu dengan amalan yang kecil.
Amalan kecil yang dilakukan secara berterusan mampu menjadi latihan kepada diri dan motivasi untuk kita melangkah kepada amalan yang lebih besar pada masa akan datang.
Ketika menjalani aktiviti harian, biasakan lidah dengan zikir. Ucapkan tasbih, tahmid dan takbir walaupun ringkas.
Jika berasa gembira atau menerima nikmat tertentu, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Allah SWT.
Amalan yang nampak mudah ini sebenarnya sangat besar nilainya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Selain itu, sambil berjalan atau melakukan kerja, kita juga boleh memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja besar ganjarannya, malah hati juga akan terasa lebih tenang dan lapang.
Antara amalan paling mudah yang boleh dilakukan ialah dengan memberi senyuman kepada orang lain. Dalam Islam, senyuman juga dianggap sebagai satu sedekah.
Walaupun kecil, ia mampu memberi kegembiraan dan aura positif kepada orang di sekeliling kita.
Begitu juga dengan memberi salam terlebih dahulu. Ia mungkin nampak remeh, tetapi amalan ini sangat baik untuk membina ukhuwah dan menunjukkan akhlak yang mulia.
Apabila tiba di tempat kerja atau bertemu sesiapa sahaja, tidak salah untuk kita memulakan dengan ucapan salam sebagai tanda mesra dan kasih sayang sesama insan.
Jangan pernah merasakan diri terlalu kerdil hanya kerana baru mampu melakukan amalan-amalan kecil. Setiap kebaikan yang dilakukan, walau sekecil mana sekalipun, tetap akan dihitung di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Zalzalah ayat 7:
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) !
Bahkan, langkah kecil itulah yang menunjukkan usaha dalam diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Tidak semua orang mampu melakukan amalan besar pada setiap masa. Namun, amalan kecil yang istiqamah boleh menjadi asbab datangnya keberkatan hidup daripada Allah SWT.
Yang paling penting, kita tidak pernah mengalah dalam mencari rahmat dan redha-Nya, walaupun langkah yang dimulakan itu hanya sekecil-kecil usaha.
Kesimpulannya, jangan pandang remeh amalan kecil. Boleh jadi amalan yang nampak sederhana itulah yang menjadi sebab hidup kita lebih tenang dan semakin dekat dengan Allah SWT. Mulakanlah dengan apa yang termampu, kerana setiap langkah kecil menuju kebaikan pasti bernilai di sisi-Nya.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selain cheese cake, kek coklat juga antara yang jadi pilihan kita untuk menikmati juadah minum petang bersama keluarga.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga akhir April ini menyebabkan keinginan untuk membelinya di kedai kek terpaksa dilupakan.
Walaupun begitu, kek coklat yang sedap dan rasa lebih moist ini boleh kita buat sendiri di rumah. Lebih puas, jimat dan paling penting selamat.
Ayuh kita lihat perkongsian dari June Ahmad cara membuat kek Coklat Moist @lembab dengan rasa yang lemak manis kaya bercoklat. Bagi yang tak percaya boleh membuatnya sendiri.
Menurutnya kek ini memang sangat disukai seluruh ahli keluarga dan telah mencuba banyak kali untuk disajikan buat pemanis minum petang.
Kami share gambaq lepas2 la noo… hat baru buat td xdan nak ambik gambaq bagai dah… anak2 pakat makan dah pun bapa ketoi…
Suka resepi nih dr dulu kini n selamanya… mmg sedap… lemak maneh semua cukup… moist ja kek dia… xcaya hampa try nah…
Resepi asal dr (Munira Baharum)
– 1 cwn serbuk koko (3/4 cwn pun ok)
– 1 cwn susu cair
– 3/4 cwn susu pekat
– 3/4 cwn gula
– 1 cwn minyak msk
– semua bhn di atas gaul sebati n msk atas api perlahan…
– rehatkan kejap bila bhn dh sebati…
– 3/4 cwn tepung gandum
– 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
– 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
– semua bhn ni diayak k…
Bahan C:
– 4 bj telor (blender jer)
– Satukan bhn B dan C ke dlm bhn A…
– Secara berselang seli n gaul ngan senduk jer…
– Bila dh sebati, taruk jer dlm loyang yg disapu minyak…
– Kukus dlm 30-45 minit…(bergantung saiz loyang)…
– nak test, cucuk dgn lidi… kalau xmelekat adunan kat lidi tuh kira kek dah masak ler…
Viral minggu ini gara-gara hantaran di laman sosial twitter daripada Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan Salah menunjukkan amalan baik dengan membaca Al-Quran dalam kapal terbang.
Yang lucunya ramai salah anggap kerana memperrtikaikan adalah Salah membaca Al-Quran ketika dalam penerbangan.
Sebaik muat naik berkenaan, ramai netizen keliru dan mempertikaikan kenyataan Menteri Agama mengapa membaca kitab suci dalam kapal terbang itu salah sedangkan dituntut oleh agama.
Namun rupa-rupanya kenyataan itu akhirnya terjawab, apabila lelaki yang dipaparkan membaca Al-Quran itu adalah merupakan bintang Liverpool kelahiran Mesir bernama Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly atau lebih sinonim dipangil Salah di kalangan peminatnya seluruh dunia.
Bintang Liverpool ini juga menjadi inspirasi dan ikon kerana antara pemain bola sepak Muslim yang terang-terangan menunjukkan identiti agama Islamnya.
Dalam situas itu, Salah dikatakan dirakamkan oleh lensa kamera bersama senaskhah Al-Quran tergenggam erat di tangan.
Dalam foto yang lain juga menunjukkan pemain mahal ini juga sambil mengenakan jersey bersama dengan sweater biru, ia tampak berjalan dengan membawa kitab suci Al-Quran.
Kashoorga: Mencari barangan keperluan untuk pasangan di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jangan jadikan usia anak sebagai alasan mengabaikan hak orang lain. Ketahui mengapa adab di tempat awam perlu diajar dari rumah dan 3 tip praktikal untuk ibu bapa mengawal tingkah laku anak ketika berada di luar.