
Alam rumah tangga amat indah bila saling sayang menyayangi. Tak kira apa kekurangannya, semua itu ditutupi dengan satu iaitu perasaan cinta yang mendalam. Mencari wanita yang setia itu ramai namun mencari lelaki yang setia itu limited edition.
Berkongsi dari satu akaun Tik Tok @MnzNsr atau pemilik nama Zamanie, dirinya sering membuat perkongsian bahagia di sisi isterinya, Nur Syakirah Razali yang baru dinikahi tahun lalu.
Apa yang membuatkan ramai teruja dan mengagumi dirinya yang terlihat kacak, wajahnya isterinya kelihatan breakout kerana pernah menggunakan kosmetik yang tidak sesuai suatu ketika dahulu hingga banyak jerawat batu tumbuh.
Kisahnya pernah menjadi viral tahun lalu dan sering menjadi mangsa face shaming kerana masalah jerawat batu ini hingga mengalami krisis kepercayaan dalam dirinya. Dan kini wajah isterinya dalam proses semakin baik berbanding tahun lalu.
Namun ia sedikit pun tidak memberi kesan pada Zamanie kerana di akaun Tik Toknya, dia sering memuji kecantikan isterinya (memang cantik) dan mengatakan dirinya tidak akan selingkuh hanya kerana adanya “sedikit kekurangan” pada wajah isterinya itu.
Perkongsian di video akad nikahnya sudah menerima tontonan 1.4 juta orang dan dirinya meminta orang ramai mendoakan rumahtangganya kekal hingga akhirat.

Dalam pada itu, selepas memuat nak video berkenaan, ramai memberikan komen bahawa wanita sebenarnya akan cantik bila kena lelaki yang tahu menghargai “sisi wanita” itu sendiri. Dan wanita juga akan nampak cantik pada lelaki yang tepat. Bahkan ramai memuji isterinya sangat cantik hingga ada yang bergurau di mana mahu mencari lelaki sepertinya (begitu menghargai isteri dan tidak melihat kepada luaran).
Adat rumahtangga, tidak semua sempurna, luaran hanya fizikal tapi hati yang tulus ikhlas adalah frasa kepercayaan. Kita memang tak sempurna tapi kita akan saling melengkapi dan menghargai pasangan, barulah hidup bahagia.
https://www.tiktok.com/@mnznsr97/video/7082997748345179419?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
“Dihalau Keluar Rumah Oleh Housemate Kerana Positif Covid-19, Pesakit Bukannya Penjenayah!”- Abanglong

Dihalau dari rumah oleh rakan serumah bukanlah satu pengalaman yang menggembirakan, apatah lagi ketika itu disahkan positif Covid-19. Hendak mencari sahabat baik atau sejati di dunia ini memang sukar, sulit dan boleh dikira.
Sahabat baik adalah insan yang paling rapat dengan kita; tempat berkongsi suka dan duka, jujur dan ikhlas dan paling utama selalu ada ketika kita memerlukan pertolongan dan sokongan.
Malah Nabi SAW pernah bersabda;
”Sebaik-baik sahabat di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis Riwayat al-Hakim)
Dalam Islam sahabat yang baik ialah mereka yang sentiasa mengingatkan kita untuk melakukan amal ibadah dan kebaikan selain sanggup bersusah payah dan berkongsi suka duka bersama.
Artikel berkaitan: Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
Artikel berkaitan: Rupanya Berpurdah Atau Niqab Tak Mampu Halang Jangkitan Covid-19, Mereka Dinasihat Pakai Pelitup Muka Dr Noor Hisham
Selain itu, sahabat yang baik akan melindungi kita. Jika kita perlukan pertolongan daripadanya , maka dia akan sedaya upaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
Persahabatan adalah jambatan untuk kita ke syurga. Allah SWT sangat menyukai seorang mukmin yang mengasihi manusia lain serta memelihara silaturahim.
Namun dalam perhubungan apa pun, akan ada ujian daripada Allah. Dia mahu melihat sejauh mana ketakwaan kita terhadapnya dan reda dengan ketentuanNya.
Tidak semua bernasib baik dikurniakan rezeki sahabat baik. Ramai juga yang mendekati saat kita senang dan menjauh saat kita susah.
Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19. Sedih, berduka dan hilang arah tuju seketika apabila dihalau oleh rakan serumah tatkala dimaklumkan dia disahkan positif Covid-19. Perkongsian menerusi videonya ini telah ditonton lebih 50 ribu pelayar.
Untuk mengetahui lanjut kisahnya, kita ikuti catatan Abanglong Nafidz Razak di akaun Instagramnya tentang kisah sedih seorang pemuda yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 menelefonnya di klinik yang buntu tidak tahu harus berbuat apa.
Baru-baru ini tiba-tiba ada seorang pesakit yang baru sahaja disahkan positif Covid-19 datang ke klinik beritahu baru sahaja dihalau oleh housemate sebab takut dijangkiti Covid.
Allahu… macam mana sanggup korang buat macam itu kat orang yang sedang diuji dengan berat?
Korang bayangkan perasaan orang itu macam mana, tengah bersedih nak melawan penyakit, tiba-tiba disuruh pulak keluar dari rumah.
Melawan penyakit ni memerlukan motivasi yang cukup kuat. Kita orang sekeliling sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam membantu pesakit-pesakit ini, bukan membuang mereka seolah-olah mereka telah melakukan satu jenayah yang besar..
Terima kasih tak terhingga buat pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah banyak membantu dalam mempercepatkan proses pesakit dihantar ke hospital.
Abanglong cukup teruja dengan kakitangan PKD yang cukup tenang dan sabar dalam menjalankan tugas walaupun sudah lewat malam.

Dan mereka ini memang nampak keletihan tapi kerana semangat nak membantu semua rakyat Malaysia, maka mereka sanggup korbankan rehat mereka untuk kita semua.
Semoga Allah balas segala jasa kalian.
Jom kita doakan agar Allah segera memberi kesembuhan buat semua pesakit Covid-19 dan semoga Allah jauhkan kita dari penyakit Covid-19 ini dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kashoorga: Allah akan menguji kita dengan pelbagai cara. Bagaimana kita menghadapinya adalah penentu ketakwaan kita terhadapNya dan ia termasuklah ujian dalam hubungan persahabatan.
Kisah ini perlu dijadikan sempadan agar kita tahu bagaimana untuk bereaksi tatkala dikhabarkan dengan berita seumpamanya. Bayangkan kalau kita adalah pemuda itu.
Jodoh Itu Aturan Allah. Daripada Sahabat Baik Akhirnya Ardell & Nadzmi Sah Sebagai Pasangan Suami Isteri!

Segala urusan rezeki, ajal maut dan jodoh itu adalah urusan Allah. Siapalah kita sebagai hamba-Nya untuk menidakkan kekuasaan Allah. Jika itu yang telah tertulis di lukh mahfuz, kita perlu reda dan menerimanya dengan reda.
Seperti juga kita selebriti Ardell Aryana yang sebelum ini dikatakan tidak sihat yang kemudiannya melakukan penghijrahan dalam hidupnya apabila selesa memilih pakaian longgar serta mengenakan hijab labuh dan sesekali berniqab dalam penampilan sehariannya.

Dia yang juga sebelum ini rapat dengan seorang selebriti lelaki, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi hingga dianggap sebagai friendzone akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya.
Pasangan ini sudah saling mengenali sejak 8 tahun lalu dan hubungan mereka sebelum ini atas kapasiti kawan baik sahaja.
Walaupun Nadzmi dilihat sering berada di samping Ardell untuk menjaga sahabatnya yang dikatakan tidak sihat, namun pelakon kecil molek ini lebih selesa berkawan saja.
Namun akhirnya kedua akur dengan jodoh yang telah diatur oleh Allah. Pada 1 September lalu menyaksikan keduanya disatukan dalam satu majlis pernikahan cukup ringkas.
Hanya sekali lafaz Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri dengan pemberian wang mas kahwin RM300 serta senaskhah al-Quran daripada suami tercinta.

Majlis dilakukan di rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan dengan dihadiri sanak saudara serta sahabat terdekat pasangan ini.
Ardell dan Nadzmi yang bersahabat baik ini turut menyifatkan penyatuan mereka adalah atas doa orang ramai.
Mengenai Ardell, Nadzmi memberitahu isterinya itu sebagai insan yang sangat istimewa.
“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.
“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga.
“Malah, keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan tudung Alwadellhijab,” katanya yang pernah muncul dengan single Wanitaku berkisar perhubungan mereka kepada Berita Harian Online.
Walaupun tiada majlis pertunangan, tetapi keluarga Nadzmi ada mengadakan majlis khatam Quran pada Jumaat lepas.
Dalam satu foto dimuat naik juga menyaksikan Ardell begitu manis duduk di pelamin ditemani ibunya yang juga merupakan seorang Cina mualaf memeluk Islam.
Semoga perkahwinan dibina ini berkekalan hingga ke jannah. Akan terasa lebih manisnya pasangan berada di sisi tidak kira dalam situasi apa sekalipun.
Mungkin baik Ardell atau Nadzmi akan lebih bercinta selepas nikah kerana ia lebih indah dan HALAL.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NADZMI ADHWA, AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY & JAYDEESM
‘Syurga Seorang Suami Pada Ibunya.’ Tak Salah Hormati Mak, Tapi Perasaan Isteri Tetap Kena Jaga

‘Syurga seorang suami pada ibunya.’ Tak salah hormati mak, tapi perasaan isteri tetap kena jaga. Janganlah disebabkan hormat dan sayangkan emak, segala perbuatan emaknya yang salah sekalipun ditelan bulat-bulat.
Masing-masing kena main peranan, tak kiralah suami, isteri atau emak. Jika saling bertolak ansur, insyallah segalanya lebih mudah dan tiada pihak terasa diabaikan.
Tidak dinafikan ramai di antara kita terutamanya menantu perempuan berdepan dilemma bila mana seorang suami mengutamakan ibunya dalam segala hal hingga meminggirkan tannggungjawabnya kepada isteri.
Artikel Berkaitan:
Syurga Seorang Suami Pada Ibunya
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia saja dari saya.”
Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.
Tak Salah Hormati Mak
Begini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.
Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri.
Kadang mak mertua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak dia. Padahal si menantu tak punya niat yang macam itu pun.
Tapi Perasaan Isteri
Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mertua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam itu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.
Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar. Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.
Tetap Kena Jaga
Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dan lain-lain.
2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki.
3) Buat benda yang awak boleh kontrol saja, yang di luar kawalan awak, biarkan saja.
Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mertua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. Insyallah.
#circleustazahasmakhusin
#inspirasikeluargabahagia
Baca Di Sini:
Siapakah Suami Di Syurga Kepada Seorang Isteri Yang Pernah Berkahwin Lebih Daripada Sekali
Pesanan Buat Suami, Cukup-Cukuplah Jadikan Agama Sebagai Alasan Menutup Silap Sendiri
Kashoorga : Semoga setiap daripada kita dikurniakan ibu mertua yang memahami dan dapat menerima kita seperti anaknya. Insyallah.
Sumber/ Foto : Ustazah Asmak Husin
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!