Sahabat sampai syurga. Begitulah nasib lima pelajar yang rentung dalam kebakaran rumah kedai yang berlaku pada Selasa lalu. Hujan renyai mengiringi pengebumian lima sahabat yang terkorban dalam tragedi kebakaran sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam.

Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16; Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu dan Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari pada jam 8 malam tadi.

Sebelum itu, semua jenazah disembahyangkan di Masjid Idrisiah Kampung Kuala Pari oleh lebih 100 jemaah.

SUASANA PILU

Mayat kesemua mangsa dibenarkan dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai pada jam 3.30 petang semalam.

Kesemua jenazah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6.10 petang menggunakan lima van jenazah diiringi polis.

IKLAN

Kira-kira 300 orang terdiri ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Suasana pilu dan tangisan ahli keluarga kedengaran sebaik jenazah dimasukkan ke liang lahad.

Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, menyatakan rasa syukur apabila semua proses bedah siasat dan pengecaman dapat diselesaikan dalam tempoh satu hari.

Katanya, ahli keluarga diminta untuk membuat ujian DNA dan membawa bersama laporan pergigian untuk membantu kenal pasti identiti mangsa.

IKLAN

Pilu! Jenazah Lima Sahabat Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

“Kalau tunggu hasil DNA, mungkin kena tunggu seminggu, itu yang kami risaukan, alhamdulillah kami sudah dibenarkan tuntut jenazah dan sempurnakan pengebumian hari ini,” katanya.

Dia dan ahli keluarga lain dimaklumkan oleh polis untuk menuntut jenazah di Jabatan Forensik HRPB sekitar jam 4.45 petang.

LEGA DAPAT TUNTUT JENAZAH

IKLAN

Aminuddin Tan, 50, pula berkata, sebaik selesai proses dokumentasi, dia dan isteri dibenarkan melihat jenazah anaknya di HRPB.

“Kami semua lega apabila urusan menuntut jenazah dapat dilakukan hari ini,” katanya.

Dalam kejadian 1.50 selasa lalu, lima rakan baik yang bekerja sambilan sempena cuti sekolah itu ditemui rentung dalam kebakaran yang berpunca daripada bahan letupan.

Turut terkorban, pemilik premis, P Thiagarajan, 40, ketika kejadian mereka dipercayai sedang membuat persiapan krismas di tingkat atas bangunan.

Sumber kredit: Sinar Harian, GPS Bestari dan Bernama

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI