Menunaikan ibadat umrah bersama anak-anak kecil tentu bukan mudah. Tambahan pula jika ibu sedang hamil, ia tentunya mencabar. Inilah pengalaman yang dilalui oleh isteri kesayangan Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana. Serius tidak mudah untuk seorang ibu yang hamil mengerjakan ibadah umrah ditambah pula dengan keadaan anak sulung yang masih kecil.
Ikuti perkongsian Puteri Sarah Liyana seperti yang dimuat naik di laman Instagramnya.
It ain’t easy and extremely tired when u’re 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy ? Nak2 time solat pun nak berdukung. Tapi alhamdulillah suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul. Allah permudahkan semua kerana niat nak beribadah.
Doctor banyak kali pesan JANGAN PERGI tapi nak jugak sebab taknak ketinggalan nak ikut family beribadat sama2. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile – ?? (pls take note preggy mums. Persiapkan diri anda ask ur gynae apa vaccines BOLEH & KENA AMBIL. U don’t wanna take the risk pergi empty handed je )
Ads
Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul taknak dekat orang lain nak mama dia jugak. Adik syaikhul pun boleh tahan. Kicking everytime ☺️ Tapi hati puas , happy Allah sahaja yang tau ❤️❤️
Walau bagaimanapun kepuasan kerana dapat melakukan tawaf seakan dapat menggantikan segala dugaan yang dilalui. Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin beribadah.
Sumber kredit: @puterisarahliyana
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tentunya ada ujian dan cabaran yang perlu dilalui. Tinggal hanya bagaimana kita mengendalikan sebuah perkahwinan itu dengan baik atau pun sebaliknya.
Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Reda Allah yang kita minta.
DUGAAN RUMAH TANGGA
Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.
Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.
Kebahagian rumah tangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.
Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..
SEMAI CINTA IKUT SYARIAT
Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat. Jangan biarkan ia suram.
Cintalah pasangan kita setiap masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya.
Gosip melampau boleh menyebabkan sesebuah rumahtangga goyah. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut, yang belum tentu benarnya, boleh menjadi barah sehingga membuatkan suami isteri bergaduh sesama sendiri.
Sikap suka suka bercerita mengenai orang lain atau jaga tepi kain orang boleh mengundang padah. Bercerita dan kemudian menyampaikan cerita kepada orang lain. Lalu akhirnya semua orang bercerita mengenai rumahtangga kita tanpa tahu sama ada betul atau tidak kesahihan cerita itu.
Ditambah pula sikap cemburu buta. Hal ini boleh menyebabkan rumahtangga goyah apabila sudah tiada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Inilah bahayanya gosip yang disampaikan tanpa usul periksa.
Lakukan tip di bawah untuk meredakan keadaan.
TENANG
Sikap tenang disarankan apabila anda mendengar gosip mengenai pasangan anda. Jangan terus menerjah pasangan anda dengan soalan-soalan yang boleh membangkitkan kemarahan. Ada kala gosip hanya menyebabkan rumahtangga jadi huru-hara.
Menyerang pasangan yang digosip sebenarnya menyebabkan ketenangan hidup anda terganggu. Sikap tenang bukan sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga anda. Namun ketenangan anda itu mungkin boleh menjadikan pasangan anda berubah menjadi baik jika gosip dia curang itu sebenarnya memang betul-betul berlaku.
Ketenangan seorang pasangan boleh membuatkan pasangannya mampu berfikir secara rasional. Justeru usah terus menyerang pasangan anda kerana ianya boleh merosakkan hubungan rumahtangga.
JANGAN MUDAH PERCAYA
Apabila mendengar gosip mengenai pasangan, cuba selidik dahulu. Memang agak menyakitkan hati jika kita dengar gosip mengenai kecurangan pasangan. Terasa terus mahu menerjahnya dengan soalan demi soalan.
Lebih buruk lagi jika soalan itu ditanya menggunakan mesej di telefon bimbit. Anda dinasihatkan supaya jangan sesekali berkomunikasi hal-hal penting di telefon bimbit. Ini hanya menjadikan hubungan anda lebih teruk.
Mempercayai gosip samalah seperti anda mempercayai surat layang. Walaupun ada kalanya berita gosip itu betul, namun pokok pangkalnya ialah cara anda menangani gosip yang disampaikan. Jangan terus mempercayai namun gunakan kebijaksanaan anda.
JANGAN HILANG HORMAT
Mempercayai gosip boleh membuatkan anda hilang hormat kepada pasangan. Jangan sampai hal tersebut berlaku. Rasa hormat perlu dipertahankan di samping perasaan kasih sayang dan cinta. Segala hal buruk boleh dielakkan daripada berlaku dalam rumahtangga selagi masih wujud rasa hormat, sayang dan cinta.
Justeru jangan sesekali hilang perasaan tersebut kerana kesannya sangat besar. Jangan biarkan gosip menyebabkan rumahtangga anda runtuh. Gosip hanyalah khabar angin yang berpunca daripada orang sekeliling yang membuat telahan semata-mata.
Gosip yang disampaikan boleh menjadikan anda dan pasangan berperang sesama sendiri lalu membawa kepada kesan lebih besar. Kekalkan rasa hormat, bertutur dengan baik, berkomunikasi secara bersemuka, elakkan bermesej di telefon bimbit membincangkan hal penting; In Sha Allah rumahtangga akan selamat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap hidup. Namun tidak semua pasangan bernasib baik memiliki cahaya mata yang didambakan. Jika masih gagal mempunyai zuriat, usahlah berputus asa untuk berusaha. Di samping itu teruskan berdoa agar segera dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Berikut perkongsian daripada coretan Syahr Musafir laman Facebooknya.
Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata perempuan.
Dalam segala kegembiraan dan kesyukuran ini kita ‘terlupa’ bahawa suaminya, Dato’ Khalid menanti zuriat perempuan selama lebih 20 tahun selepas punya 4 orang anak lelaki.
11 tahun vs lebih 20 tahun…
DUGAAN TAK SAMA
Ada pasangan suami isteri sudah 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya anak lelaki. Pasangan ini tertunggu-tunggu bilalah nak dapat anak perempuan pula. Mungkinkah anak ke-6 mereka adalah anak perempuan?
Ada pasangan suami isteri yang sudah 15 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemua anak adalah anak perempuan. Pasangan ini berharap-harap agar nanti dapatlah pula anak lelaki. Si suami masih mahu mencuba mana tahu anak ke-6 mereka adalah anak lelaki nanti, tetapi dilema besar kerana si isteri sudah tidak mahu mengandung lagi…
Ada pula pasangan suami isteri yang baru bernikah 4 tahun punya 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, mereka ini kata cukuplah 2 orang anak kerana sudah ada seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka rasa lengkap sudah sebuah keluarga kecil mereka.
Ada pula pasangan suami isteri yang bernikah lebih 9 tahun tetapi zuriat belum kunjung tiba, pelbagai usaha sudah dicuba, belum melekat lagi…
Kisah benar yang pelbagai, realiti yang tak sukar mengundang air mata.
Apabila menyebut tentang anak kita perlu benar-benar yakin kita tak mampu nak buat apa-apa sebab semuanya datang daripada Allah SWT.
Subur macam mana pun kita, kalau Allah tak nak bagi, memang takkan dapat anak.
Tak subur macam mana pun kita, kalau Allah nak bagi, memang akan dapat anak.
Cubalah teknik apa pun, kalau Allah tak nak bagi anak lelaki, kita memang akan dapat anak perempuan je.
Cubalah cara bagaimana pun, kalau Allah tak nak bagi anak perempuan, kita perlu redha anak-anak kita semuanya lelaki.
TAK SEMESTINYA APA YANG KITA NAK KITA DAPAT
Bukan bermaksud kita tak perlu atau tak boleh usaha, tetapi ini satu pesanan bahawa apa yang kita mahukan tak bererti itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu.
Anak-anak lelaki yang kita ada sedangkan kita kepingin anak perempuan, seorang anak perempuan pun jadilah, percayalah anak-anak lelaki itu tidak ada satu kekurangan atau kelemahan pun berbanding jika kita ada anak perempuan.
Anak-anak perempuan yang kita ada sedangkan kita berharap ada sekurang-kurangnya anak lelaki, percayalah anak-anak perempuan yang kita ada itu juga mampu membuatkan kita gembira sebagaimana kegembiraan kita sekiranya punya anak lelaki.
Dan sekiranya kita belum punya anak, tidak bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding pasangan suami isteri yang sudah punya anak. Allah beri luang dan ruang kita bercinta sesama suami isteri lebih lama, lebih panjang, dan mungkin itulah peluang untuk kita menimba ilmu dan sebagainya untuk lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa apabila dikurniakan zuriat kelak.
Apa yang kita ada, kita perlu syukuri. #SyukurSelalu
Apa yang kita tak ada, tak pernah bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding orang yang lebih ada.
Punya anak adalah ujian, punya anak lelaki adalah ujian, punya anak perempuan adalah ujian dan tidak punya anak juga adalah ujian. Siapalah kita untuk menidakkan ujian Allah..
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.