Tidak dinafikan selain nasi ayam, nasi minyak atau nasi arab, hidangan nasi ayam penyet juga sangat popular dan diminati ramai.
Tahap kepedasan sambalnya menjadikan hidangan ini jadi pilihan setiap kali makan tengahari bersama teman-teman ketika bukan pada bulan ramadan.
Jadi untuk saiian berbuka apa kata kita hidangkan nasi ayam penyet. Resipi dikongsi di laman sosial Facebook ini oleh Puan Jida Jat sangat mudah dibuat dan rasanya juga seperti di kedai.
Siap Memasak …Nasi Ayam Penyet..
Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1Labu
Bawang Putih 3Ulas
Cabai Merah 4Biji
Cabai Melaka Hijau 20biji
Ads
Tomato 3Biji
Belacan Sikit(Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh…
Goreng Bhan2 Cabai penyet tuu..Mcm Dalam Gambar d atas..Dah layu.Toskan.. Boleh Belender@Tumbuk..Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa
Bahan Ayam Goreng
Tepung Gandum 4Sudu
Ads
Tepung Jagung 4 Sudu
Kunyit sikt+Rempah Kari Daging Sikit..Dan Perasa..
Gaul2Kan Ayam Tadi Dan Goreng..
Ads
Bahan Tempe..
Hampa p beli hat siap Kat kedai..Balik Gorengg jaa..Tak yah dok Qendam soya bagai nk BT pulakk..
Bahan2 ulamnya
Salad
Kacang Panjang
Timun
Ringkas2 jaaa… Selamat Mencuba Gaiss
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dan baru-baru ini, Istana Negara mencatat peristiwa bersejarah apabila Kundang (Pembantu) Peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk Islam di Surau Utama Istana Negara pada 13 Mac lalu.
Majlis Pengislaman Kundang (Pembantu) Peribadi, Cik Cristine atau nama Islamnya Nur Shakira itu berlangsung dalam suasana ringkas.
Proses pengislaman itu disaksikan anakanda Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatulla, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pegawai istana.
Sebaik Cristine mengucapkan kalimah dua syahadah, Tunku Azizah dilihat menitis air mata.
Peristiwa itu dikongsi Dr. Zulkifli di Facebooknya yang memberitahu majlis itu berlangsung dalam suasana yang ringkas dan penuh kesyahduan.
“Menjunjung kasih Tuanku atas usaha dakwah yang dilakukan di dalam Istana. Dirgahayu Tuanku,” katanya.
Begitu juga posting di laman sosial Facebook House Of Pahang yang turut mendoakan agar Cik Nur Shakira terus istiqamah mendalami agama Islam dan berusaha menjadi muslimah yang kukuh akidah dan teguh peribadi.
Pengislaman Cik Nur Shakira juga turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing turut menitiskan air mata sambil mendoakan saudara baru ini mendapat bimbingan berterusan dan terus dilindungi dalam rahmat Allah.
Faziah JaafarAlhamdulillah. Diharap usah ditinggalkan saudara baru kita, biar dapat bimbingan berterusan agar dengannya layaklah menjadi Muslim yang Mukmin. Aamiiinnn.
Wan JefryAllahuakbar..
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt terbaik tuanku permaisuri..besar ganjarannya..semoga kesemuanya di limpahi rahmatnya dan semoga saudara baru dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat juga dilindungi dlm rahmat Allah swt..Aamiin
Cikama Rama MelatiAllahuakhbar….air mata sis pun ikut mengalir…Alhamdulillah semoga saudara baru ni terus dibimbing dan terus istiqomah dlm menjalani agama islam …bertuahnya apabila permaisuri agong sendri yg mengislamkannya…
Aminah Binte Abdul SamadAlhamdullillah Pelihara Tuanku dan mereka semua hingga ke Jannah. Cik Christine bertuah kamu dunia Akhirat.Aaamiin
Iena AzlinaAlhamdulillah.. Sungguh hidayah itu milik Allah.. Tahniah tuanku mengislamkan seorg lg umat Muhammad SAW disaksikan para ulama
Bie LebiyanaAlhamdulillah hidayah itu milik Allah..semuga terus istiqamah..n semuga mnjadi seorang mukmin yg sejati
Budin MD IsaKita sama2 mendoakan semoga Cik Shakira saudara baru kita terus diberikan hidayah dan keberkatan atas jalan kebenaran yang dipilihnya. Tahniah juga kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung yang mengendalikan upacara pengislaman ini. Lebih jauh dari itu telah mengembalikan semula institusi istana saperti mana yang diamalkan dizaman dulu kala sebagai pusat penyebaran ugama lslam.Semoga ada ramai lagi yang kembali ke jalan Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semakin banyak bicara bahawa dunia sudah menghampiri penghujungnya. Ini kerana sudah semakin tanda-tanda kiamat kecil muncul antaranya fitnah yang melata. Bahkan sudah semakin ramai alim ulama serata dunia meninggal dunia selain banyak lagi tanda-tanda lain mulai muncul termasuklah Sungai Eufrat di Syria yang semakin surut.
Dalam menghadapi dunia akhir zaman ini, seeloknya kita memperbanyakkan amal ibadah kerana itulah saja bekalan mampu kita bawa di alam akhirat.
Di kongsikan 11 amalan oleh ulamak Tok Wali dari Bukit Tembaga, Kuala Nerang Pak Su Mid atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Hamid untuk kita sama-sama beramal, insya Allah. Antara pesanan yang sentiasa diingatkan olehnya selain menjadi amalan hidupnya ialah membaca Al-Quran & puasa setiap hari dan tidak pernah tinggal sejak 30 tahun lalu.
Berikut adalah amalan akhir zaman daipada Al ArifBillah Paksu Mid :-
1. Seeloknya makan hanya nasi, telur dan sayur sahaja.
2. Tidak makan di luar.
3. Tidak makan makanan proses seperti bihun, kueteow dan mee.
4. Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
5. Pakaian selalu bersih dan suci dari najis.
7. Solat tidak boleh tertinggal satu waktu pun, maknanya tiada istilah qada.
8. Kurangkan pergaulan dengan masyarakat sekeliling.
9. Sentiasa dalam berwuduk. Selepas batal ambil semula dan solat sunat 2 rakaat.
10. Lazimkan membaca Al Quran setiap hari. Jangan keluar rumah sebelum menatap wajah dan membaca Al Quran terlebih dahulu.
11. Sentiasa berselawat kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi.
Dalam pada itu, satu perkongsian di fb Ahbab Jaulah Ulama Malaysia yang ditulis oleh Tengku Yusuff, ada dikisahkan latar belakang wali Allah ini untuk pengetahuan kita bersama.
Satu hari satu ulama
Tok Wali Pak Su Mid (1926- sekarang)
Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan beliau dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah pada tahun 1926. Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudah pun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.
Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah. Di antara guru beliau ialah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok.
Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.
Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.
Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah: 1) Hilyatul Auliyak 2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi 3) Khozinatul Asror
Beliau pernah berkata bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.
Amalan utama Pak Su Mid hanya lah Al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan Al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.
Ramai ulama' yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.
Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.
Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.
Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah:-
1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.
2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang Al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.
3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.
4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.
5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.
6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.
7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.
Adab untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran, pen & kertas.
Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau. Aamiin.
*Sumber – FB Tok Bomoh Kampung
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Pasti kita semua pernah mendengar kisah Qarun yang tenggelam dengan harta-hartanya. Kisah Qarun ada disebut dalam surah Al-Qasas ayat 76-82. Dek kerana sombong dengan harta diperolehnya kerana beranggapan itu usaha keras dan kebijaksanaannya, Allah memberi pengajaran buat kita agar setiap harta yang kita peroleh hari ini ada hak orang lain di dalamnya iaitu dengan membayar zakat. Masa yang sama kita diajar agar tidak ada perasaan riak dan sombong dengan harta sedia ada.
Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu) (Al-Qasas ayat 76).
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas ayat 77)
Dahulu sebelum menjadi kaya raya, Qarun asalnya ialah seorang cendekiawan pada zaman Nabi Musa, yang mendalami Kitab Taurat. Beliau adalah seorang yang miskin dan orang soleh dan masa yang sama amat suka membantu orang lain. Hinggalah orang-orang miskin lain begitu mengharapkan bantuannya dan Qarun merasakan adalah tanggungjawabnya untuk menjadi kaya dan membantu orang-orang miskin ini. Maka beliau berjumpa Nabi Musa dan meminta Baginda mendoakannya agar menjadi kaya. Begitu juga rakan-rakannya yang miskin mendoakan Qarun agar menjadi kaya.
Akhirnya Allah telah mengurniakan kekayaan, kemewahan yang tidak ada tolok banding kepada Qarun. Namun sayangnya, hasratnya untuk membantu orang lain telah bertukar. Qarun gelap mata dengan harta kekayaannya, malah tidak sedikitpun bersyukur atas kurniaan Allah.
Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (Al-Qasas ayat 78)
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.(Al-Qasas ayat 79)
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar. (Al-Qasas ayat 80).
Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan dia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. (Al-Qasas ayat 81)
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya! (al-Qasas ayat 82).
Dalam hidup begitulah, jangan sesekali riak dengan harta sedia ada kerana semuanya milik Allah. Di saat kita menayang harta ada lagi orang terkesan dengan kehidupannya. Dan berdosa jika kita tidak membantu mereka dengan harta kita ada.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...