
Kalau dah namanya rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Seorang warga emas berusia 94 tahun diundang pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Haji yang merupakan Rukun Islam Ke lima.
Selepas melihat video seorang warga emas bernama Uhi yang berasal dari Indonesia tular di media sosial dan menjadi bualan di negaranya, Raja dan Putera Mahkota Arab Saudi telah mengundang warga emas itu untuk menunaikan ibadah Haji.
Dalam video yang tular itu Uhi bersama beberapa anggota keluarganya meminta Raja Salman dan Putera Mahkota agar menunaikan hasrat mereka yang mahu menunaikan ibadah Haji di Makkah. Selepas video itu viral selama dua minggu lalu ia sampai ke pengetahuan Raja Salman dan Putera Mahkota.
KHABAR GEMBIRA
“Mereka juga mendakwa bahawa lelaki warga emas itu sudah berusia 130 tahun,” menurut keterangan tertulis dari Kedutaan Besar Arab Saudi di Indonesia yang diterima di Jakarta.
#خادم_الحرمين_الشريفين #الملك_سلمان حفظه الله يوجه باستضافة المسن الذي قدم مناشدة لأداء مناسك الحج ، ضيفاً عزيزاً مكرماً على نفقة الملك الله يحفظه #ضيوف_الرحمن #ضيوف_خادم_الحرمين . pic.twitter.com/CjRcUpxBtj
— ⚖️ أحمد الناقي KSA??MBS (@Ahmadbinnaqi) July 17, 2019
Raja Salman dan Putera Mahkota telah mengarahkan supaya warga emas itu bersama sejumlah anggota keluarganya dijemput menjadi tetamu ibadah Haji bagi tahun 2019. Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Esam Abid Althaqafi telah mengundang Pakcik Uhi dan keluarganya untuk datang ke Kedutaan Besar Arab Saudi yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan.
Undangan itu dilakukan untuk menyampaikan khabar gembira bahawa Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam dan Putera Mahkota Arab Saudi telah mengeluarkan arahan setelah melihat video itu.
“Kedua-duanya mengarahkan agar proses keberangkatan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji dilakukan segera,” kata Esam Abid Althaqafi dipetik dari Antara.
Sumber kredit: Liputan Enam
VIDEO KASHOORGA:
Isu Tak Solat Dan Tak Puasa Faiz Roslan, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Ajak Bersua Muka

Isu tentang seorang anak muda bernama Muhammad Faiz Roslan atau lebih dikenali dengan panggilan Faiz Roslan tidak pernah surut. Ada-ada sahaja perlakuannya yang menjadi ‘kemarahan’ netizen. Tidak dapat dinafikan ramai yang mempersoalkan mengapa Faiz tidak pernah ditegur oleh mana-mana mufti.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memberikan kata dua kepada Faiz. Disampaikan dalam nada penuh kelembutan ibarat menarik rambut di dalam tepung, tetapi tepung tidak bersepah, mufti meminta Faiz kembali semula kepada kepada kefahaman Al-Quran dan Al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam.
Berikut seperti yang tertulis di dalam Facebook milik Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
*******************************************************************************************************
1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.
3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.
4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.
5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
10 Tahun Menanti & 17 Kali Rawatan Kesuburan, Tunku Azizah Tekad Bantu Pasangan Tiada Zuriat

Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebanagi lambang kasih sayang antara suami isteri. Namun tidak semua pasangan bertuah dan memiliki anak dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun, tak kurang yang harus melalui pelbagai rawatan dan ubat demi merealisasikan impian untuk memiliki cahaya mata yang amat diidam-idamkan.
Kisah ketabahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar benar-benar mengkagumkan. Sifat cekal dan tabah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar wajar dijadikan inspirasi buat wanita dan bakal ibu yang dalam usaha mendapat zuriat. Walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
BOLEH TUNKU CERITAKAN MENGENAI YAYASAN FERTILITI TUNKU AZIZAH?
Semua tahu bagaimana susahnya saya nak dapat anak. Empat anak saya hasil rawatan IVF. Idea mewujudkan yayasan ini, saya dapat ketika mahu lancar buku masakan. Pada masa itu saya ditanya ke mana mahu salurkan hasil jualan meja-meja.
Masa itulah tercetus idea nak buat yayasan menolong mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu nak bayar kos rawatan fertiliti antara RM20,000 dan RM30,000. Apa yang Allah kurniakan, saya nak beri balik untuk menolong.

Alhamdulillah saya ada 115 cucu. Insya-Allah bulan depan sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke-60, saya niat nak hantar 60 orang buat rawatan.

BERAPA RAMAI YANG TELAH DAPAT FAEDAH MENERUSI YAYASAN ITU?
Hampir 500-600 pasangan through out the years. Duit hasil penjualan buku dan majlis makan malam, 100 peratus disalurkan kepada yayasan. Saya bantu tidak kira bangsa, agama tetapi mesti berkahwin dan gaji RM5,000 ke bawah, combine income.
Saya selalu tumpu kepada golongan 35 hingga 43 tahun kerana mereka sudah berumur give them hope and chance, yang muda-muda saya kata tunggu sekejap. Dalam hal ini, ia bukan masalah isteri sahaja, 50 peratus masalah suami, jadi jangan salahkan orang perempuan sahaja. You men have problem as well. Kita beri mereka harapan kerana saya tahu apa rasanya seorang perempuan berkahwin dan tak boleh dapat anak, semua orang akan tanya apatah lagi saya kahwin dengan Tengku Mahkota yang patut melahirkan waris ganti.
It was a pressure on me, saya faham. Saya tahu perasaan apabila setiap kali mengalami keguguran, rasa sedih, patah hati, menangis. Sudahlah nak dapat anak susah. Setiap kali saya mendapatkan rawatan tidak semestinya setiap rawatan itu berjaya. Sebanyak 17 kali saya buat rawatan baru dapat Hassanal. Dalam 17 kali saya nak dapatkan Hasanal, tengah buat rawatan, doktor cakap I’m sorry I think I have to abandon. It’s not working. Dalam tempoh rawatan dua minggu, kita sudah tahu mengandung atau tidak. Hati berdebar-debar, alih-alih dapat keputusan tak mengandung. Menangis lagi, patah hati. Ayahanda dan bonda saya, merekalah yang rasa lebih bila dia tengok saya.
Saya masih ingat ketika melahirkan anak kembar sudah tiga kali. Ayahanda cakap pada saya, Azizah cukuplah, abah dah tak sanggup tengok Azizah derita lagi. Ayahanda tahu setiap kali rawatan, apa yang perlu saya lalui. Saya kena pergi Singapura ulang alik, kena baring enam bulan.
Ayahanda cakap, Azizah, Allah sudah kurniakan empat anak cukuplah, tapi tahun depan itu mengandung pula. Saya tak tahu mana pula datangnya. Saya kata tak tahulah abah, rezeki. Ayahanda cakap itulah orang sabar, god has tested you in many ways. Among all of my children, you are the strongest. You are very strong, I pray for you.
APA YANG BERI KEKUATAN KEPADA TUNKU BERUSAHA UNTUK DAPATKAN ANAK?
Nenda saya Sultanah Aminah, 12 tahun kahwin baru dapat anak. Saya tengok dia sebagai something yang I look up. Nenda enam kali gugur, lahirkan anak umur setahun meninggal. Ayahanda saya itu anak yang ke-4. 12 tahun baru hidup. Saya lihat diri sebagai tok saya sendiri kerana saya enam kali gugur dan melahirkan enam orang anak. Kalau tak saya ada 12 anak juga. Tok saya kalau tak, ada 13 anak. Apabila saya melalui semua ini, saya fikirkan tok saya. Dia kahwin tahun 1920, masa tu umurnya 14 tahun, hanya pada tahun 1932 baru ada seorang anak hidup. Punya susah hendak dapat anak. Saya selalu fikir jika nenda boleh lakukan, saya juga boleh. Ayahanda selalu cakap Azizah macam tok.
Apabila saya melawat Yayasan Fertiliti, saya turut menangis kerana tahu perasaan mereka. Ada satu pasangan, sudah 22 tahun kahwin, umurnya 44, dia pun tak sangka dapat anak kembar.
Saya peluk dia menangis. Saya kata saya sembilan tahun lebih kahwin pun macam hendak putus asa, 17 kali buat rawatan. Setiap kali saya mengandung, saya kena baring enam bulan tak turun daripada katil. Doktor buat pelbagai suntikan kiri kanan. Ayahanda saya pun susah hati kerana anakandanya kahwin dengan anak Sultan Pahang, patut beri anak, tapi tak keluar-keluar anak. Hanya orang yang melalui tahu apa perasaannya.

Sebab itu bila saya dengar orang susah (nak dapat anak) saya mesti cakap pergilah buat rawatan, jangan putus asa. Itu semua kuasa Allah. Kita boleh cuba macam mana pun tetapi saya selalu beritahu mereka, Allah ada, doa solat hajat, baca surah Maryam. Ada ayat-ayat dalam al-Quran yang boleh menolong kita dapat zuriat. Sebanyak mana pun kita buat rawatan tapi yang menentukannya hanya Allah. Saya bersyukur tak sangka lepas dapat seorang anak, saya boleh dapat empat lagi anak. Tak terlintas dalam kepala.
APA YANG MENDORONG TUNKU UNTUK HAMIL LAGI WALAUPUN PROSESNYA SUSAH?
Semasa saya lahirkan Hassanal, saya kata Alhamdulilah, tapi takkan seorang sahaja, jadi saya pergi jumpa doktor. Mula dia periksa dan tanya Tuanku hendak cuba lagi? Dia kata, saya rasa Tuanku dah tak boleh dapat anak. Umur saya 36 tahun diberitahu saya mungkin tak ada harapan dapat anak lagi. Saya terus balik ke Singapura, saya doa dan buat rawatan, saya dapat Tengku Muhammad itu kembar tapi gugur satu. Selepas itu sudah dapat dua, Tuanku tanya nak cuba lagi lepas ini? Masa itu (rawatan) hanya di Singapura sahaja di Malaysia tidak ada.
Pada mulanya tak nak cuba dah, tapi saya kata ada frozen embryo lagi lima, kalau buang kira macam saya menggugurkan, saya berdosa. Letak sajalah, kalau jadi, jadilah, kalau tak jadi, tak apalah Allah sudah kurniakan dua orang anak. Kemudian bila dapat tahu kembar pula. Bila lahirkan kembar, doktor tanya masa itu dah tiga kali caesarean, doktor tanya nak ikat atau tak?
Saya cakap saya hendak mengandung kena cari doktor buat rawatan. Doktor itu usik saya kalau tahun depan mengandung jangan marah. Betul-betul apabila 1st birthday anak kembar, saya mengandung dan beritahu doktor itu, dia takut. Alhamdulillah dapat yang kecil sekali, kemudian doktor suruh ikat, masa itu saya 42 tahun. Alhamdulillah ini kurniaan tak disangka-sangka.
PESANAN TUNKU UNTUK RAKYAT?
Saya hanya minta kesejahteraan untuk Tuanku dan kebahagiaan Tuanku dengan saya. Dapat menyempurnakan tugas-tugas berbakti. Itu tanggungjawab cukup besar bagi Tuanku. Saya hanya sebagai seorang isteri yang menolong dari belakang.
KASHOORGA: DOA AGAR DIKURNIAKAN ZURIAT
Sumber kredit: Utusan Online @istana negara dan Portal Diraja Pahang
VIDEO KASHOORGA:
Subhanallah Bas Ini Terbakar Tapi Al-Quran Tak Hangus. Berkat Pemandunya Rajin Baca Ketika Berhenti Solat!

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar Dan Maha Bijaksana. Jika Dia berkehendak begitu, maka akan jadilah apa yang dihajati.
Baru-baru ini viral sebuah naskhah Al-Quran yang ditemui masih dalam keadaan baik, walaupun bas ekspress yang membawa 12 penumpang musnah dalam kebakaran di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Sungai Perak.
Dalam laporan Sinat Harian Online, dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu kelihatan kandungan al-Quran itu masih berkeadaan baik tanpa satu ayat pun terkena api kecuali bahagian kulit muka dan belakang sahaja terdapat kesan terbakar.

Pemandunya, Nuzul Hakimi Anuar, 31, berkata, menjadi rutin dia bersama rakan setugas Mohd Tarmizi Mohd Faad, 30, membaca al-Quran di waktu lapang ketika berhenti solat.
“Kalam itu disimpan elok pada papan pemuka bersama surah Yasin. Sepanjang bertugas, naskhah ini akan dibawa bersama ketika berhenti solat.
“Selepas operasi pemadaman oleh anggota bomba selesai, saya terkejut apabila naskhah ini tidak terjejas sedangkan papan muka bas ini sudah cair,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Menurutnya, dia bersyukur apabila penumpang dan rakannya berjaya menyelamatkan diri tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
“Kejadian itu disedari apabila saya turun bas dan ternampak asap di bahagian belakang. Kami menggunakan lima tong pemadam api namun tidak berjaya.
“Dengan bantuan rakan-rakan pemandu lori dan bas sedia ada, mereka juga dapat selamatkan beg-beg penumpang daripada hangus,” katanya.

Nuzul Hakimi berkata, kesemua penumpang telah meneruskan perjalanan ke Kuala Nerang dan Pendang, Kedah.
Dalam kejadian itu, dua pemandu dan 12 penumpang terselamat apabila kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin telah memusnahkan 80 peratus bas dua tingkat itu.