
Rapper terkenal dari United Kingdom, Central Cee, mengejutkan peminat apabila secara terbuka mengumumkan dirinya telah memeluk agama Islam menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Central Cee atau nama sebenarnya Oakley Neil Caesar-Su ketika berinteraksi bersama pencipta kandungan digital, PlaqueBoyMax.
Dalam siaran tersebut, penyanyi genre UK drill itu memaklumkan bahawa beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah dan kini bergelar seorang Muslim.
Menurut rakaman yang tular di media sosial, Central Cee turut menyatakan bahawa beliau telah menukar namanya kepada nama Islam sebagai sebahagian daripada fasa baharu dalam perjalanan hidup dan spiritualnya.
Namun begitu, artis berusia 27 tahun itu tidak memperincikan secara mendalam faktor yang mendorong kepada keputusannya untuk memeluk Islam.

Central Cee merupakan antara nama besar dalam industri muzik rap Britain dan antarabangsa, khususnya menerusi lagu-lagu hit seperti Loading dan Doja yang mencatatkan jutaan penstriman di pelbagai platform digital.
Anak jati Shepherd’s Bush, London itu mula mencipta nama sejak awal 2010-an sebelum melonjak sebagai salah seorang rapper UK paling berpengaruh generasi baharu.
Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan masyarakat global, khususnya dalam kalangan komuniti Islam yang menyambut baik berita berkenaan.
Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Central Cee terus istiqamah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi lanjut dikeluarkan oleh pihak pengurusan artis berkenaan mengenai perubahan tersebut.
Namun, keputusan Central Cee untuk berkongsi secara terbuka dilihat sebagai langkah berani, sekali gus mencerminkan fasa penting dalam kehidupan peribadi penyanyi itu.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?





