Luar Negara

Rapper Terkenal Lil Jon Peluk Peluk Islam Minggu Pertama Ramadan Ikut Langkah Shaun King

Share

Lil Jon, penyanyi rap, DJ dan penerbit muzik terkenal di Amerika Syarikat dilaporkan memeluk Islam pada Ahad lalu.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Lil Jon atau nama sebenar Jonathan H Smith, 52, dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris pada Jumaat di sebuah masjid di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Dalam video yang dimuat naik di portal Media Hiburan, penyanyi rap itu mengumumkan keputusannya itu di hadapan jemaah yang besar.

Lil Jon, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram, berkongsi berita gembira itu melalui aplikasi media sosial berkenaan pada Ahad.

“Terima kasih semua atas mesej kasih sayang dan reaksi positif,” tulis beliau dalam satu hantaran.

Penyanyi Lil Jon terkenal melalui beberapa lagu dan kolaborasi dengan artis lain termasuk Yeah oleh Usher yang turut memaparkan Ludacris.

Sebelum ini beberapa selebriti dan personaliti terkenal dilaporkan telah memeluk agama Islam. Pada minggu pertama Ramadan, saintis sel stem terkemuka, Henry Larson dilihat melafazkan kalimah syahadah dalam satu video tular di media sosial.

Begitu juga aktivis terkenal Shaun King mendapat perhatian media antarabangsa atas keputusannya memeluk agama Islam pada awal Ramadan lalu.

 

Sumber: Astro Awani

IKLAN