Sebagai hambaNya kita perlu tunaikan Rukun Islam dan salah satunya adalah solat. Solat itu tiang agama dan kita wajib lakukannya tidak kira dalam ada jua situasi, lokasi asalkan saja sihat tubuh badan dan waras akal fikiran.
Biarpun kita berada di daratan, lautan atau udara suruhan Allah yang satu ini wajib kita laksanakan.
Seperti perkongsian Pendakwah Bebas Ebit Lew pagi tadi laman instagramnya di mana beliau dan keluarga yang dalam perjalanan ke negara matahari terbit tidak lupa menunaikan solat di dalam kapal terbang.
Menurutnya sebelum tidur beliau memberitahu pada pramugari bertugas untuk solat Subuh dan apabila masuk waktunya beliau telah dikejutkan.
Tanpa membuang masa beliau melaksanakan solat Subuh bersama isteri dan anak-anaknya yang dilayan secara baik oleh pramugari MAS yang bertugas.
Ternyata Pendakwah Bebas ini bersyukur kepada Allah dapat melaksanakan suruhanNya ini dan beliau memberitahu dirinya tenang dapat melakukan solat Subuh berkenaan.
Ads
Ustaz Ebit Lew juga turut mengingatkan warganet untuk mengingati Allah tidak kira di mana berada, dalam keadaan sihat, sakit, berdiri dan di mana sahaja dalam apa keadaan dan tempat.
Masa dalam flight Solat Subuh. Sebelum tidur saya kata pada pramugara nanti Subuh saya nak solat yer. Sekali masuk waktu solat Subuh pramugara datang dan kata ustaz dah boleh Subuh. Baiknya beliau ingatkan. Terima kaseh yer
Baik-baik semua pramugara mas ini melayan dan membantu saya, isteri, anak-anak saya solat. Terima kaseh yer. Syukur pada Allah. Dapat berkongsi nasihat dan kebaikan.
Rasa tenang bila dapat Subuh dan ingat Allah dimana sahaja. Dalam keadaan sihat, sakit, berdiri, duduk,dimana sahaja dalam apa keadaan dan tempat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab hidayah dan kebaikan-ebitlew
Sangat mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya.
Ternyta perkongsianya di waktu pagi ini sangat menyenangkan dan turut mendapat respon positif dari warganet. Masing-masing
Perginya seorang murabbi ummah dan sebutir permata hati Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz begitu mengesankan.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada Subuh 1 Mei 2019 bersamaan 25 Syaaban 1440H. Mulia sungguh pengakhirannya, Allahuakbar.
‘Andainya ini Ramadan Terakhir’ adalah kuliah Maghrib terakhir disampaikan ayah saya malam sebelum pemergiannya,” demikian menurut Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, anak sulung kepada Allahyaram Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz,72.
Menurutnya, pada kebiasaan ayahnya akan bermalam di kawasan tempat ceramah, namun malam itu, Allahyarham pulang ke rumah bersama ibunya kerana pagi 1 Mei 2019 beliau perlu menghadiri satu lagi sesi ceramah di Ipoh, Perak.
UNGKAPAN TERAKHIR
‘Selepas malam ini tiada lagi soalan’ adalah ungkapan terakhir yang menjadi kenangan dalam kalangan 150 jemaah Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan.
Pada akhir kuliah itu, Allahyarham telah meminta para jemaah surau itu mengajukan soalan kepadanya dan melafazkan ungkapan itu selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa.
Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham tiba di surau berkenaan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.
Katanya, Allahyarham hanya mengadu mengenai kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur ke sini sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.
“Kami semua mendengar kuliahnya yang sememangnya sentiasa menarik minat kepada sesiapa pun,” katanya.
Jelasnya, tiada yang aneh mengenai kuliah Allahyarham atau semasa para jemaah menemuinya dalam jamuan makan yang dihidangkan oleh surau selepas majlis tersebut.
“Allahyarham memberitahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih.
“Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.
Allaudin Shah memberitahu, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian Abu Hassan
HIDAP PARU-PARU BERAIR
Reda dengan pemergian ayahnya, Mohamad Yusri berkata, tahap kesihatan Allahyarham berada dalam keadaan kurang baik selepas doktor sahkan paru-parunya berair.
“Kalau ikut sejarah kesihatan, ayah pernah buat pintasan jantung sekitar 20 tahun lalu. Sebulan sekali ayah buat pemeriksaan kesihatan.
“Tak ada yang major… cuma itulah paru-paru berair dan doktor nasihatkan jaga makan dan minum je,” katanya.
Melihat susuk tubuh Allahyarham, ramai tidak menyangka Allahyarham kurang sihat.
Mohamad Yusri juga mengakui perkara itu apatah lagi, dengan ada masalah jantung, paru-paru berair dan terkini buah pinggang kurang berfungsi, Allahyarham masih aktif menyampaikan kuliah mahupun ceramah di serata negeri walaupun kurang sihat.
REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH
Menceritakan detik Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Mohamad Yusri berkata, ketika itu Allahyarham sedang bersiap untuk ke Ipoh bagi sesi ceramah tengah hari ini.
“Masa tu lepas solat Subuh. Ayah rebah. Ibu telefon bagi tahu keadaan ayah sebab ibu pun tak tau nak buat apa.
“Saya minta dua adik saya tengokkan keadaan ayah sebab tak tinggal sekali dengan ayah sementara saya sampai.
“Pernafasan ayah lemah dan mukanya dah pucat sewaktu berada di rumah lagi.
“Ambulans datang rumah dan bawa ayah ke hospital. Masa di rumah, doktor ada buat bantuan kecemasan dan CPR. Dalam ambulans pun buat, di hospital pun buat juga.
“Sampai di ICU (unit rawatan rapi) Hospital Kuala Lumpur, doktor cuba sedaya mungkin bantu ayah.
“Kami tengok pada mesin tu… kami reda sewaktu doktor maklumkan denyutan nadi telah berhenti ketika sampai ke hospital,” katanya.
PENGAKHIRAN YANG MUDAH
Sebagai anak sulung, Mohamd Yusri turut memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada yang tersinggung dengan Allahyarham ayahnya.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.
Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.
Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Utusan Online
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kematian Ustazah Taslimah dicemburui. ‘Guru mengaji, meninggal ketika memimpin bacaan Surah Al-Baqarah.’ Guru mengaji ini di dalam sebuah majlis dan dia pergi di saat berbuat kebaikan. Allahuakbar!
Pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran disifatkan kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.
Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.
Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.
Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.
Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi kejadian.
Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.
Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.
“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.
Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.
“Allahyarham meninggal pada pagi antara jam 7.30 (waktu tempatan). Dirinya sedang bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.
“Sebelum itu, dia telah pun membacakan surah-surah lain. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan mulai melemah. Tetapi dia tetap berusaha,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.
Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.
Sebelum meninggal, Alwy menjelaskan bahawa keadaan tubuh badan dan kesihatan Taslimah kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.
Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6.00 pagi lagi.
Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum memulakan majlis tersebut.
“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.
Kashoorga : Menjadi harapan setiap orang muslim meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan di saat berbuat kebaikan. Al-Fatihah buat Ustazah Taslimah.
Masalah kewangan kerap kali menjadi konflik suami isteri, malah hingga membawa kepada perceraian juga.
Namun sedarlah kita bahawa ketika ujian ini melanda suami isteri Tuhan sedang menduga kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini pastinya akan memberi kita kesedaran betapa kita ini hanyalah hambaNya yang lemah.
Hanya dengan Taqwa mampu memberi ketenangan berpanjangan dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini.
Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati.
Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.
Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.
Satu persatu dugaan datang melanda: – Duit tak berapa nak ada. – Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja. – Pasangan mula buat perangai mengada-ngada. – Diganggu oleh orang ketiga. – Dipandang hina oleh ahli keluarga.
Dan macam-macam lagi mehnah menerpa.
Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan.
Saudara-saudari,
Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.
Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.