“Setiap Hari Kena Ada ‘Charity Day’, Belanja Kawan Makan Ke” Kongsi Tip Murah Rezeki Diamalkan Jutawan Terkenal

Share

Ramai yang sangat sayangkan Abam Bocey kerana sewaktu hayatnya dia sangat murah rezeki pada orang sekeliling.

Malah dikatakan ada seorang wanita sanggup datang malam-malam untuk menziarahi kubur arwah kerana menurut wanita ini Abam yang selama ini menyara perbelanjaaan sekolah anak-anaknya.

Memang banyak fadilatnya jika kita bersedekah dengan orang lain, terutama kepada yang memerlukan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter wanita ini @efaperfume  memberi tip murah rezeki daripada pakciknya yang juga seorang orang kenamaan popular bergelar Tan Sri serta dianggap sebagai jutawan.

Menurutnya pakcik dia memberi tip murah rezeki, semuanya bermula dengan perkara yang basic.

Katanya setiap hari kena ada ‘charity day’ tidak kisahlah sama ada belanja kawan makan atau apa saja.

Walaupun jumlahnya kecil tetapi pastikan amalan itu berterusan. Dan pastikan amalan itu menadi kebiasaan dalam rutin kehidupan.

 

Ternyata perkongsian ini juga turut mendapat perhatian warganet yang juga memberi perkongsian menarik tentang rezeki.

3 cara rezeki turun kepada kita

Bagus juga kalau dapat belanja ahli keluarga

Sedekah seperti magic, bahagiakan ayah ibu dan adik beradik

IKLAN