Simpan Niat Dah Lama, Hannah Delisha Akhirnya Tekad Berhijab. Akui Jiwa Makin Tenang!

Share

Nampaknya semakin ramai selebriti wanita yang telah melakukan penghijrahan dengan memakai tudung.

Jika sebelum ini kita menyaksikan, Dahlia Syazwan, Ezlynn, Ernie Zakri, Cik Manggis, Kilafairy, Zila Bakarin, Mawar dan terbaru pula adalah pelakon si cantik manis, Hannah Delisha.

Artikel Berkaitan: “Saya Berhijrah Kerana Allah & Tuntutan Agama” – Rupanya Dah 3 Bulan Penyanyi Ezlynn Berhijab. Kini Aktif Buat Kerja Sukarelawan!

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch memberitau sudah simpan lama niat untuk berhijrah dan akhirnya impiannya menjadi kenyataan.

“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu.

“Walau bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

Artikel Berkaitan: “Rasa Selamat Bila Keluar Rumah Bertudung” – Zila Bakarin Akui Keinginan Berhijab Datang Tiba-Tiba

“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

“Saya mula bertudung sejak beberapa hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, selepas itu,” katanya.

Memberitahu perubahan yang dirasai, Hannah berkata jiwanya kini terasa lebih tenang.

“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.

“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya yang menyangkal dakwaan berhijab kerana mahu berkahwin.

Sejak muat naik fotonya berhijab, Hannah mendapat pujian warganet. Rata-rata bersyukur dengan penghijrahan dilakukan dan mendoakan dirinya terus istiqamah.

nurhelizahelmi Aamiiin! MasyaAllah cantikkk..
naurashamim so happy for u my baby! i will doa the best for u my love! in shaa Allah, love u miss u!!! takecare of yourself sayang

aishahazman8 Alhamdulillah babe! Im so happy for you Moga dipermudahkan segalanya

jannah.normy_ You’re so beautiful!!!!

hannahdelishas_lovers Baby so cantik. Semoga kekal istiqamah dear. So happy for you. I doakan you sentiasa dilindungi Allah. Amin Ya Rabbal Alamin

Artikel Berkaitan: Lepas 2 Bulan Belajar Agama Di Kelantan, Mawar Rashid Nekad Berhijab Sempena Maal Hijrah Lalu. Alhamdulilah!

Kredit Foto: Instagram Hannah Delisha

Sumber: Berita Harian

IKLAN