Sportingnya, Johan Tilawah Al-Quran & Adik Beradik Buat #TarannumChallange. Sangat Merdu & Mengasyikkan!

Share

Siapa tidak mengenali gadis comel ini, Johan Qariah Peringkat Antarabangsa kali ke 61, Nur Farhatul Fairuzah Panut.

Bukan saja memiliki sepasang wajah yang cantik, tetapi juga dikurniakan suara yang sangat merdu, lebih-lebih apabila mengaji dan bertarannum.

Dalam perkongsian terbaru di laman sosial Instagram Farhatul Fairuzah telah membuat tarannum challange dengan adik beradiknya yang lain.

Menurutnya bukan selalu dia dapat melakukan #tarannumchallenge dengan adik beradiknya. Ternyata video ini mendapat tontonan lebih setengah juta daripada warganet.

Masing-masing teruja melihat perkongsian ini dan turut memuji cara adik beradik ini untuk menarik minat remaja dan orang lain untuk mengikuti pengajian tarannum seperti yang dilakukannya di media sosial miliknya.

Anak sulung.

Video viral yang dilakukan di tepi pantai bersama adik beradiknya ini telah menarik lebih 600 ribu orang untuk menyaksikan tarannum challange ini.

Anak kedua.

Ternyata dia bersama adik berdaiknya bertarannum dengan begitu bagus sekali, malah membuktikan bahawa mereka adik beradik sangat mencintai Al-Quran.

Anak ketiga.

Apa yang bagusnya dia turut mengajak warganet untuk turut sama-sama membuat tarannum challange ini bersama ahli keluarga lain.

Anak keempat.

Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing memuji suara merdu adik-beradik ini kala bertarannum.

sihati_berdarah MashaAllah..Video mcm ni la ptut di viralkan ..dri vdeo yg merepek2. tahniah.alhamdulillah.smga kluarga kamu dikurniakn darjat yg tinggi serta dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T Aamiin
mohainijalil Alhamdulillah… Satu family terdidik dengan baik… Saya mencemburi kalian semua… Semoga saya satu hari nnti dpt membaca dengan lancar seperti kalian… Aamiin
meisteramir Masyaallah…kesemuanya handal bertarannum masyaallah…
sherry_saari Alhamdulillah.sejuk perut ibu mengandung anak2 semua suara sedap. Tahniah
abdan_tarigan2405 MasyaAllah keluarge Ahlul Qur’an
IKLAN