Suami Terkedu Lihat Cik Manggis Berhijab, Tapi Momen Paling Menggembirakan Seumur Hidupnya. Mohon Doakan Terus Istiqamah!

Share

Nampaknya ramai selebriti yang sudah mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Kalau sebelum ini ketika musim PKP, kita lihat beberapa selebriti sudah berhijab seperti Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Shiera Ijoy, Ieda Moin dan Kilafairy.

Malah dilihat juga Fatiya Latif yang turut diberi peluang oleh Allah untuk kembali berhijab setelah kembali ‘free hair’ sebelum itu untuk beberapa ketika.

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” – Hikmah COVID-19, Ernie Zakri Ambil Keputusan Bertudung Sepenuhnya

Dan terbaru seorang lagi artis turut mengenakan hijab, iaitu Cik Manggis dari kumpulan Defam.

Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31 tahun sudah lama memasang niat untuk betrhijab sepenuhnya.

“Betul saya sudah berhijab. Alhamdulillah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut. Tak boleh nak terus berubah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Lepas Bincang Hati Ke Hati Dengan Ibu, Fatiya Latiff Kembali Bertudung. Padam Semua Foto Free Hair Di IG

Menurutnya, dia berhijrah secara perlahan-lahan agar dirinya bersedia untuk berhijab dan kekal istiqomah.

“Kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari kita mahu menjadi yang lebih baik.

“Jadi saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagi aspek,” katanya.

Bagaimanapun, Cik Manggis menegaskan penghijarahannya itu bukan halangan untuknya terus aktif dalam dunia seni dan akan terus bersama kumpulan De Fam dengan projek terbaharu mereka yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Penampilan terbaharu Cik Manggis bukan sahaja mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Syazmin Firdaus Aminudin, tetapi juga rakan-rakan artis dan peminat yang tidak ketinggalan memuji dan menitipkan doa agar terus istiqamah.

Tambah Cik Manggis, suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi insan paling gembira dengan imej baharu itu.

“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.

“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” katanya yang berkahwin pada Oktober 2014.

Dalam satu postingnya di laman Instagram, Cik Manggis mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan atas penghijrahannya.

Malah dia juga turut berdoa agar dirinya kekal istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.

“I am deeply overwhelmed by the love & support I received from each & everyone of you. Secara jujurnya tak terfikir pun bahawa penghijrahan Manggis ni matter sampai ada yang sudi spend time to write about it, comments, DM & share and for that I thank you all.

“To my media friends, thank you sebab tulis yang baik2 untuk Manggis & maaf Manggis tak dapat nak accept more interviews demi menjaga niat & diri Manggis yang serba kurang ini.

“Semoga kita terus berusaha & berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. In shaa Allah.

IKLAN