Subhanallah, Lepas 85 Tahun Jadi Muzium, Hagia Sophia Kembali Jadi Masjid Semula

Share

Siapa tidak mengenali Pencetus Ummah, PU Rahmat di media sosial. Beliau sangat aktif di media sosial menyebarkan ilmu secara maya kepada pengikutnya dan umat Islam sejagat.

Terbaru PU Rahmat memberitahu kita satu berita yang sangat menggembirakan. Dalam posting terbarunya, PU Rahmat memberitahu bahawa pembatalan keputusan Hagia Sophia di Istanbul, Turki sebagai Muzium sebelum itu pada zaman Mustafa Kemal Atartuk.

Artikel Berkaitan: Ini Rupanya 5 Selebriti Lelaki Tanahair Dikurnia Suara Merdu Laungkan Azan. Syahdunya Menusuk Hati!

Menurutnya, Hagia Sophia akan menjadi status asalnya yang rasmi iaitu sebuah masjid setelah kemenangan di zaman Sultan Muhammad bin Murad Al Fateh membuka semula Constantinople.

Pernah jadi masjid dulu. Foto: Sumber Google

Jadi menurut PU Rahmat, selepas ini jika ke sana, ambillah peluang untuk bersolat jemaah tanpa perlu membayar tiket mahal kerana dijadikan muzium sebelum ini.

Hagia Sophia asalnya adalah salah sebuah gereja terbesar di dunia yang dibina pada kurun keenam masehi oleh Empayar Byzantine.

Artikel Berkaitan: Hikmah COVID-19, Lepas 500 Tahun Azan Mula Berkumandang Di Sepanyol. Allahuakbar Syahdu Alunannya!

Ternyata keputusan ini menjadi kegembiraan buat umat Islam seluruhnya dan Janji Allah itu pasti. Akan ada kemenngan yang Allah beri kepada umatNya yang bersabar selama ini.

Dalam pada itu melalui satu laporan akhbar, sejam selepas keputusan tersebut, Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan mengisytiharkan bahawa Hagia Sofia dibuka kepada umat Islam untuk beribadat.

Kemudian ditukar jadi muzium selama 85 tahun. Foto: Sumber Google

Malah pengurusan Hagia Sofia diserahkan kembali kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Keputusan Mahkamah Turki tersebut membuka jalan kepada Hagia Sofia untuk dibuka semula sebagai masjid dan menjadi mercu tanda umat Islam di Turki setelah lebih 85 tahun dijadikan muzium.

“Alhamdulilah akhirnya secara sah telah diputuskan pembatalan keputusan Hagia Sofia, Istanbul sebagai muzium pada 1934 oleh Mustafa Kemal Ataturk.

“Hagia Sofia akan menjadi status asalnya yang rasmi iaitu sebuah masjid setelah kemenangan Sultan Muhammad bin Murad Al Fateh membuka semula Constantinople.

“Penukaran Hagia Sofia dari sebuah gereja byzantine kepada masjid pada tahun 1453 semasa pembukaan Kota Costantinopel adalah keputusan sah berdasarkan perundangan pada zaman itu

“Lepas ni insyaAllah bila ke Istanbul, boleh solat berjemaah di Hagia Sofia tanpa perlu membayar tiket mahal2 nak masuk muzium macam sebelum ini

ps : masjid belakang saya bukan Hagia sofea tetapi Masjid Sultan Sulaiman

Kebanggaan umat Islam suatu ketika dulu. Foto: Sumber Google

Artikel Berkaitan: Subhanallah, Laungan Azan Buat Pertama Kali Bergema Di Kota Parma Itali Sambut Kedatangan Ramadan

IKLAN