Dalam kehidupan rumahtangga, ada pasang dan surutnya. Ia tidak selalunya indah sama seperti pada malam pertama perkahwinan kerana kala itu perasaan masih menggebu-gebu. Namun selepas bertahun-tahun sebumbung, pastinya ada beberapa sikap pasangan yang tidak disenangi. Wahai isteri, tahukah bahawa ada beberapa sifat dalam diri kita yang akan menimbukan kebencian di hati suami. Untuk membuatkan rumahtangga sentiasa sakinah dan mawaddah.

Apakah tujuh sifat isteri yang tidak disukai suami.

1.Isteri yang sibuk dengan dirinya sendiri :- Isteri seperti ini biasanya menjauhi segala urusan suami dan lebih mementingkan urusan serta kegemarannya sendiri.

2.Isteri yang suka mendominasi:- Isteri seperti ini adalah isteri yang mengabaikan kewujudan suami sendiri di dalam rumah. Sentiasa lakukan semua urusan keluarga dan rumahtanga tanpa meminta pendapat suami. Dalam hal ini, suami akan merasakan bahawa jati dirinya sebagai ketua keluarga hilang.

3. Isteri yang suka berbohong :- Satu satu maksud perkahwinan ialah membina kepercayaan dan kejujuran dalam semua perkara. Jujur adalah resipi kebahagiaan rumahtangga. Meski terkadang kita bercakap bohong untuk mengelak pergaduhan tetapi berbohong adalah tidak digalakkan.

4. Isteri yang sentiasa mahu bermusuh :- Sikap sebegini amat merusuhkan hati suami. Ini kerana karektornya yang amat keras malah dalam setiap perbincangan kata-katanya amat menyakitkan hati. Hal ini mungkin berterusan di hadapan adik ipar, ahli keluarga, jiran tetangga dan banyak lagi. Sikap isteri begini bukan saja mendatangkan masalah kepada suami tapi juga anak-anak kerana di dalamnya tidak ada sifat keibuan.

5. Isteri yang selalu buat sulit :-
Setiap kata yang dikeluarkan dari mulut suami merupakan satu perintah yang wajib isteri lakukan. Tapi dengan sikapnya, arahan suami biasanya akan diketapikan begitu saja oleh isteri yang tidak hormat sama sekali. Dalam hal ini biasanya suami akan keluar dari rumah atau kalau duduk di rumah akan terikut-ikut dengan sikap buruk isterinya.

6.Isteri yang pasif :-
Isteri begini biasanya akan membiar dan menyerahkan segala urusan rumahtangga kepada suaminya seolah terlalu hormat. Hinggakan semua urusan rumahtangga terletak pada keputusan suami. Isteri hanya berperanan menurut saja, tidak membantah atau menyokong hingga rumah tangga menjadi bosan kerana tidak sekufu sedangkan hakikatnya, isteri adalah pasangan hidup bagi suaminya.

7. Isteri yang keras kepala :- Isteri semacam ini adalah isteri yang bersikap keras kepala dalam segala hal. Dan biasanya dia akan terus berlindung di sebalik sifatnya yang keras kepala itu. Sebabnya, isteri merasakan selamat dalam segala serbi menurut pendapatnya sendiri walau pun keputusannya itu salah sama sekali.

Harus diingat, perkara pertama dalam sebuah perkahwinan adalah membetulkan niat iaitu mencari keredhaan Allah SWT. Perkahwinan bukan tujuan untuk suka-suka dibina. Antara tujuan murni sebuah perkahwinan ialah :-

  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW.
  • Mendapatkan zuriat solehah.
  • Memelihara maruah diri.
  • Mencari sakinah (ketenangan jiwa).
  • Memperoleh rahmah.
  • Menghasilkan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Inilah sebahagian cita-cita dan tujuan perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah SWT:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (Surah Al-Rum: 21).

Jadilah seorang isteri yang solehah walau agak sukar dicari kerana ramai wanita yang kecundang apabila disuruh mentaati suaminya. Hadis Rasulullah SAW menyebut ramai wanita masuk ke dalam neraka kerana menderhakai suaminya :

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى امْرَأَةٍ لَا تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لَا تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada seorang wanita yang enggan berterima kasih kepada suaminya dan kepada wanita yang tidak merasa memerlukan suaminya” Riwayat al-Nasa’ie (9086) dan al-Baihaqi (7/294

Jadi, jika rumahtangga agak hambar dan ingin kembalikan kebahagiaan di awal perkahwinan, sama-samalah suami isteri bermuhasabah dalam hal ini.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI