Sesungguhnya hidup kita di dunia ini adalah untuk diuji. Tujuannya ialah mengukur sejauh manakah tahap iman dan kesabaran yang ada pada diri seseorang itu. Sifat sabar yang ada pada diri seseorang itu menjadikan diri lebih kuat dan tabah.
Ya! Sabar itu mudah disebut di bibir tanpa menghadirkan rasa simpati yang tinggi dalam hati. Tanpa disedari, sabar itu sebenarnya suatu sifat yang menuntut kepada mujahadah dan ketahanan pada aras tinggi.
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 2999)
Ads
Pengajaran:
1. Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
Ads
2. Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak reda walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.
Ads
3. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
Ayuh kita usahakan agar memiliki sifat SYUKUR dan SABAR dalam hidup ini.
Sumber: Imam Muda Azlan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Zaman sekarang, bab pilih pasangan hidup kebanyakan generasi millennial jauh lebih maju daripada era Baby Boomers. Sekarang dunia serba moden dengan gaya hidup kontemporari, anak-anak muda lebih suka pilih pasangan hidup sendiri.
Jika ada jodoh yang diuruskan keluarga, ia sudah tidak banyak. Masakan tidak, generasi millennial ini lebih berani dan canggih apabila ada yang bertemu jodoh di sosial media. Ini semua kemudahan yang telah dimanfaatkan.
Cuma jangan dipinggirkan pula nilai-nilai Islam yang perlu dipegang sepanjang misi mencari dan memilih pasangan hidup. Ya lah kita ini kalau berkahwin, bukan untuk sebulan dua, tapi hingga ke akhir hayat; membentuk keluarga sakinah.
Untuk penjelasan ringkas yang lebih mudah difahami untuk anda yang tengah sibuk mencari dan memilih teman sehidup semati, kita tambahkan ilmu menerusi tulisan Abdullah Hussin, menerusi entri facebooknya. Satu nukilan yang sangat baik untuk pengetahuan semua.
“Islam meletakkan garis panduan yang dinamik bagi lelaki dan wanita dalam memilih pasangan hidup masing-masing. Bagi lelaki, Rasulullah SAW berpesan supaya memilih wanita yang kuat agama, memiliki jiwa yang penuh dengan kasih sayang dan mampu melahirkan zuriat yang ramai,”ujarnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Nikahilah wanita yang penyayang yang subur punya banyak keturunan karena aku bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat kelak.” (HR. Abu Daud no. 2050 dan An Nasai no. 3229. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits tersebut hasan)
Wadud bermaksud seorang yang penyayang. Walud pula bermaksud seorang yang mampu melahirkan zuriat yang ramai.
Namun begitu, asas utama pemilihan adalah berdasarkan agama dan akhlak yang ada pada diri seseorang muslimah.
“Dikahwini wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beruntung.”
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menjelaskan kelebihan memilih isteri yang beragama iaitu dia akan lebih setia kepada suaminya. Pemilihan agama dan akhlak seseorang muslimah hendaklah menjadi prioriti utama dalam membuat keputusan.
“Jangan hanya terpesona dengan kecantikan fizikal semata-mata, lantas membutakan mata daripada melihat kecantikan dan keindahan akhlak budi pekerti
“Kecantikan zahir akan membuat matamu terpesona buat seketika, namun keindahan akhlak akan membuatmu bahagia dan tenang jiwa selamanya”
Bagi perempuan pula, Rasulullah SAW ada meninggalkan garis panduan untuk menerima atau menolak lelaki.
Sabda Nabi SAW : إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير
Hadis Riwayat Tirmizi.
“Bila datang kepada kamu seseorang yang kamu redha agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak, akan terjadi fitnah di bumi dan fasad yang besar.”
“Hadis ini merupakan khitab Rasulullah kepada wali agar mengahwinkan anak perempuan sekiranya ada lelaki yang masuk meminang. Lihat agama dan akhlaknya. Jika agamanya kurang, maka tolaklah dengan baik. Jika diredhai agamanya, maka terima dia seadanya.
“Soal sekufu adalah hak bagi pihak perempuan. Ianya sangat penting bagi memastikan kedua pasangan serasi. Bahkan dalam fekah, seorang perempuan boleh menolak pilihan wali mujbir untuk mengkahwinkannya dengan seseorang yang tidak sekufu baginya,”ulasnya lanjut
‘Berhati-hati dalam memilih, namun jangan sampai merumitkan. Pemilihan nakhoda sangat penting dalam sebuah pelayaran. Sebab itu dalam bahtera rumah tangga, suami memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkannya.
“Adakah rumah tangga yang dibina berdasarkan adab dan nilai Islam, atau Islam hanya pada akad nikah sahaja. Sehubungan dengan itu, pemilihan fikrah cara berfikir juga penting bagi memastikan hubungan kedua mempelai bertahan lama.
Pilihlah seseorang yang boleh mendokong cita-cita dan impian kita. Jika dia tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya tidak menghalang.
Jika berkahwin dengan pejuang agama, separuh masanya untuk umat, sepenuh jiwanya untuk Islam, seluruh cintanya untuk Allah dan Rasul.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tugas seorang isteri itu perlulah sentiasa di sisi suami tidak kira di mana dan bila. Menjadi kewajipan kita untuk menyediakan keperluan zahir dan batinnya sebaik sah lafaz ijab dan kabul.
Justeru sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya, sanggup berkorban apa jua termasuk kerjaya asalkan sentiasa berada di samping suaminya.
Perkongsian Instafamous atau influencer terkenal, Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor memberitahu di laman sosialnya dia bakal menamatkan kerjaya sebagai Pharmacist.
Ini adalah bagi mengikut suaminya yang berhijrah ke United Kingdom kerana menyambung Master dalam bidang Structural Engineering di University Of Manchester.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga sekitar Mei lalu. Siti Awe memang popular di media sosial kerana dia selalu berkongsi info berkaitan kesihatan dengan loghat kedah yang cukup pekat. Dia juga turut mengacarakan rancangan Siti Aware di Astro Oasis.
Biarpun terpaksa mengorbankan kerjayanya, namun Siti Awe tidak menyesal dan sedih dengan keputusan dibuat.
Walaupun tidak lagi berkerja makan gaji, tetapi baginya dia mempunyai lebih banyak masa bersama suami selain akan menumpukan perhatian dengan membuat pelbagai lagi content berguna di medium sosial.
Ternyata keputusan untuk berhenti kerja dan berada di samping suaminya ini mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari warga net.
Malah ramai yang terinspirasi dengan keberaniannya mengorbankan kerjaya disayangi. Pelbagai komen diberikan sebaik dia muat naik postingnya di laman twitter.
Kepada kaum wanita lain, jadilah wanita dan isteri sepertinya. Hidup berumahtangga ini bukanlah bermakna kita perlu tinggal berasingan dan berjauhan (kecuali jika ada perkara tidak dapat dielakkan). Ini kerana lelaki dan perempuan itu ditakdirkan untuk saling melengkapi satu sama lain.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Suami dan isteri sememangnya saling memerlukan. Hidup berumah tangga perlu sikap saling bantu-membantu, toleransi dan bekerjasama. Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, pastinya hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri. Sering merindui isteri dan keluarganya, perasaan rindu yang lahir dari dalam dirinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seringkali perasaan itu diungkapkan di laman sosial miliknya.
Kagum apabila dia sebagai seorang suami begitu menghargai insan bernama isteri.
Berikut catatan Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak.. Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari dompet. Sambil cakap aduh camne yer.. Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer..ish..takperlah
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz..saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.. Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu.. Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal..Sampai dekat rumah dah lewat juga.
Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.. Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang..i love u too sayang bidadariku.sedih..
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah..Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Jadikanlah kami ketua keluarga yang baik-ebitlew
Kesimpulannya hargailah isteri masing-masing selagi masih ada. Jangan sampai apabila sudah kehilangannya baru hendak menyesal, semuanya sudah terlambat.
Kredit: Instagram Ebit Lew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?