Ibu adalah insan yang paling mulia dan kehadirannya sangat membahagiakan. Apatah lagi jika insan ini masih hidup, bolehlah kita menumpang manja dan berterusan untuk berkasih sayang.
Selagi kita hidup, selagi itulah kita akan terus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Meraikannyanya dalam apa jua majlis termasuk sambutan hari lahir.
Seperti perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu mengkagumi ibunya yang dipanggil Mak Salmah.
Menurut Siti yang baru meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ke 41 tahun, dalam banyak-banyak gambar dimuat naik, foto bersama ibunya inilah paling istimewa sekali.
Sebagai ibu, Siti mengharapakan beliau akan dapat mendidik anaknya Aafiyah sebagaimana ibu tersayang mendidik dirinya dari kecil hinggalah sekarang.
Ternyata Siti begitu mengkagumi wanita bernama Mak Salmah ini kerana insan hebat dan mempunyai hati baik.
Sememangnya penyanyi lagu Anta Permana ini sangat bertuah kerana memiliki ibu sehebat ibu kesayangannya ini.
Gambar paling istimewa… Baru dapat dari anak sedara sbb dia yang ambilkan gambar ni.. Saya harap Saya boleh didik Aafiyah sebagaimana Mak Salmah didik saya sampai sekarang..Mak Salmah Ibu yang hebat & Hatinya sangat baik.. Bertuah saya punya ibu sehebat Mak Salmah..Sayang Mak!
Sebelum itu pada penghujung tahun lalu, Siti juga turut menitipkan kata-kata istimewa sempena ulang tahun kelahiran ibunya ini.
Menurut Siti, ibunya inilah insan paling bermakna kerana telah melahirkan dan membesarkan beliau hingga menjadi siapa dirinya sekarang.
Ads
Malah doa ibu tercinta ini adalah segalanya untuk Siti dan penyanyi kesayangan ramai ini tidak akan lupa untuk mendoakan ibunya dalam setiap sujud.
Siti turut berdoa agar Allah sentiasa memelihara ibunya ini kerana wanita bernama Siti Salmah Bachik ini seorang insan yang berhati mulia dan penyayang.
Alhamdullillah, Hari ini hari insan paling bermakna dalam hidup saya .. Melahirkan saya & membesarkan saya hingga saya menjadi siapa saya kini.. Doa Mak segalanya buat Siti ..Sannah Helwah ibuku Siti Salmah Bachik ..Doa buat Mak takkan Siti lupa disetiap sujudku.. Allah SWT pelihara Mak selalu sebab Mak insan hati mulia & penyayang .. #gengcapricorn#likemotherlikedaughter
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).” Surah al-Qasas (56)
Dian Sastrowardoyo antara pelakon terkenal Indonesia yang cukup dikenali peminatnya di sini. Filem lakonannya Ada Apa Dengan Cinta berjaya menambat hati perhatian peminatnya. Memiliki wajah cantik dan keperibadian menarik, sudah pasti cerita mengenainya memeluk Islam menarik perhatian peminat. Mengucap dua kalimah syahadah pada 2002 dahulu, namun tidak ramai tahu kisah di sebalik pengislamannya.
Lahir di Indonesia, negara ini sememangnya terkenal dengan banyaknya agama kepercayaan. Ada menganut Islam, Kristian, Katolik, Hindu hingga Buddha di mana toleransi agama kerap diperbincangkan di negara ini. Ayahnya sendiri beragama Buddha sedangkan ibunya masih berpegang pada agama Katolik.
Dipetik dari saluran YouTube Daniel Mananta, Dian berkongsi bagaimana penghijrahan agamanya bermula.
Dari usia 17 tahun mencari jawaban mengenai persoalan kiamat
Sejak dari usianya 17 tahun lagi, Dian sudah bertanyakan persoalan mengenai kiamat. Antara jawaban dicarinya kalau hari kiamat itu kalau suatu hari dunia hancur kenapa manusia itu diciptakan?
“Saya mencari semua jawaban itu dari pelbagai penganut termasuk Buddha, pendeta Kristian, Hindu dan dirinya menemui berbagai jawaban namun tiada satu pun logik pada pemikirannya. Sehinggalah pada satu hari saudaranya mengajak bertemu seorang Ustaz untuk mengikuti pengajian agama.
Di kesempatan bertemu Ustaz inilah, persoalan mengenai kiamat ditanyakannya kembali.
“Jawaban diberikan Ustaz benar-benar logik pada pemikiran saya dan dari situ saya mula mendalami Islam sedikit demi sedikit sebelum mengucap dua kalimah syahadah pada usia 22 tahun. Lima tahun saya mencari jawaban ini dan akhirnya bertemu apa yang saya mahukan,” katanya lagi.
Malah jika kita lahir sebagai seorang beragama Islam sentiasalah berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati kita dan sentiasa berpegang teguh kepada yang Maha Esa.
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah petunjuk kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk, Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan, Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan, Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, Dan selamatkan aku dengan rahmat-Mu dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan. Amin. Riwayat Abu Daud (1425), al-Tirmizi (464), al-Nasaie (1745), Ibn Majah (1178) dan Ahmad (1718)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai beranggapan anak perempuan yang perlu belajar ilmu untuk menguruskan selok belok urusan rumahtangga.
Namun sebenarnya kerja berkaitan keperluan rumah ini boleh diajar kepada anak-anak lelaki agar boleh dijadikan panduan apabila mereka dewasa kelak.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Taufiq berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja.
Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ni Secepatnya Sebelum Dia Menjadi Remaja
1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri
– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita
2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility
– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak
3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness
– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness
– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing
4. Ajar anak lelaki Coping Skills
– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke
– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak
5. Ajar anak lelaki tentang Empathy
– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu
– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? “
– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi
Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab saya rasa masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni
Dr Malar tegur wanita islam ikut tema Bollywood. Ini nasihat PU Syed, ‘nak tiru jangan sampai tergugat akidah.’
Memang dalam Islam sendiri ada hadnya nak ikut sesuatu, jangan berlebihan hingga menyerupai sesuatu kaum. Ini respon PU Syed kepada teguran Dr Malar. Dari awal lagi PU Syed begitu terbuka menerima teguran Dr Malar.
Teguran Dr Malar khusus kepada umat Islam Malaysia yang selalu hendak tiru adat dan ibadat agama hindu. Terima kasih kepada Dr Malar atas penerangannya.
Sebelum itu tular video Dr Malar yang menegur segelintir umat Islam yang selamba mengenakan tema Bollywood dari komponen agama. Niatnya cuma satu untuk memperbetulkan keadaan.
Kongsi Dr Malar:
Wanita Islam
Kita baru saja habis perayaan Deepavali baru-baru ini, saya tengok ramai yang berpakaian bertemakan Bollywood dan banyak majlis-majlis dianjurkan tema Bollywood. Jadi saya rasa terpanggil untuk tegur sedikit.
Bila you all mengenakan pakaian tema Bollywood itu terutamanya golongan wanita. Pemakaian tema Bollywood ini ada dua komponen, pertama komponen bangsa India dan kedua adalah komponen aama Hindu.
Jadi kalau anda nak pakai tikka yang cantik itu, selalunya diletakkan di bahagian dahi dan kepala yang bersambung, itu adalah budaya. Memang tiada masalah.
Atau nak pakai sari, leena itu adalah budaya. Juga tiada masalah.
Ikut Tema Bollywood
Kemudian, you nak pakai rantai cantik-cantik ataupun gelang. Hendak pakai cincin, hidung, subang itu adalah budaya. Memang tiada masalah.
Tetapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam ada yang pakai pottu. Yang itu memang tak boleh ya guys. Pemakaian pottu adalah berkait dengan agama Hindu.
Sebenarnya untuk wanita berkahwin bagi agama Hindu akan pakai pottu warna merah. Sebaliknya yang belum berkahwin memakai warna hitam.
Tapi perkara ini pun berubah-rubah mengikut kawasan geografi mereka di India. Namun secara umumnya, memang pottu merah untuk yang telah berkahwin dan hitam untuk tak berkahwin.
Namun sekarang makin dimodenkan, jika saya pakai baju biru, pakai pottu pun warna biru. Kalau saya pakai baju hijau, saya pakai pottu hijau kerana sudah dimodenkan sikit walaupun ia adalah komponen agama.
Ini Nasihat PU Syed
Sama juga dengan pemakaian tudung, pakai shawl boleh lilit-lilit, boleh pakai macam turbanlah kerana telah dimodenkan. Begitu juga dengan sindhu dan bindhi, ini pun komponen a gama juga. Sekali lagi saya tegaskan ini bukan komponen budaya, ini adalah komponen agama.
Oleh itu you all saya ingatkan, jaga bila ikut tema Bollywood ini terutamanya bila pakai pottu dan sindhu ini takut jatuh apa-apa hukum.
Saya tak pastilah dari segi agama Islam jatuh hukum syirik ke atau apa, you all kena check dengan ustaz dan ustazah. Perkara itu saya tak pasti, cuma sebagai oran beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang Islam Melayu.
Terutamanya kawan-kawan saya, saya tahu mereka sangat menjaga hukum syirik, murtad, halal dan haram semuanya kerana sangat-sangat penting untuk you all.
Jadi be carefull bila mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar. Ambil yan g bangsa dan budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu.
Jika ada apa-apa yang saya tegur ini ada salah, silap minta maaf. Saya juga minta kalau ada ustaz, ustazah atau PU boleh betulkan.
Perkon gsian video tersebut telah mendapat perhatian war ganet dan PU Syed terpanggil untuk ulas perkara ini.
Ini penjelasan PU Syed dan kongsinya,
Terima kasih kepada Dr Malar atas penerangannya tentang ikutan masyarakat kita (Islam) berkaitan adat, budaya dan ritual agama Hindu.
Teguran daripada Dr Malar adalah untuk kita semua yang beragama Islam, meman g malu dan terima kasih sekali lagi kepada Dr Malar kerana sudi menegur bahawa ada perbezaan di antara perkara yang boleh kita ikut dan tak boleh kita ikuti.
Tergugat Akidah
Nabi Muhammad melarang kita menyerupai kaum lain, jadi kita tak boleh sesuka menikut tatacara orang bukan Islam. Jesteru itu berhati-hati wahai kaum muslimin dan muslimat agar tidak buat satu perkara yang menyebabkan akidah kita tergugat.
Nak tiru style, tirulah style yang boleh tiru. Jangan kita buat sesuatu yang tak boleh ditiru akhirnya menyebabkan akidah tergugat dan kesudahannya kita dianggap sebagai orang yang derhaka pada Allah SWT.
Kashoorga : Terima kasih atas keprihatinan dan teguran ini. Jadi berhati-hati ya kalau nak nampak style sekalipun.
Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan...