Berita

Tiada Lagi Hiburan Dalam Pesawat, Pakistan International Airlines Alunkan Ayat Suci Al-Quran Dan Selawat

Share

Pakistan International Airlines (PIA) melarang hiburan dalam pesawat dimainkan untuk jemaah ke Jeddah dan Madinah. Sebaliknya sebagai penyedap halwa telinga, pihak syarikat penerbangan akan mengalunkan rakaman ayat-ayat suci al-Quran dan selawat.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan sentimen penumpang, kata jurucakap PIA, Mashhood Tajawar.

“Keputusan memasang ayat al-Quran dan selawat ketika bergerak perlahan untuk melakukan penerbangan dan pendaratan ke Jeddah dan Madinah diambil berdasarkan sentimen orang ramai,” kata Tajawar.

HANYA UNTUK PENERBANGAN KE JEDDAH DAN MADINAH

Tiada muzik akan dimainkan dalam sistem hiburan dalam pesawat. Walau bagaimanapun dakwaan PIA mengharamkan muzik ke semua laluan adalah tidak tepat.

“Ia cuma untuk Jeddah dan Madinah kerana mereka ke sana untuk tujuan beribadat.

“Jadi, muzik atau lagu dalam perjalanan ke sana tidak sesuai,” katanya sambil menambah penumpang penerbangan lain boleh mengakses kepada sistem hiburan dalaman yang tersedia.

PIA juga memutuskan untuk menyambut penumpang memasuki pesawat dengan Qasidah dimainkan sebagai latar belakang.

“Qasidah akan dimainkan ketika penumpang memasuki pesawat PIA untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Amalan yang boleh dilakukan ketika berada dalam penerbangan:

* Berselawat

*Berzikir

*Membaca al-Quran

*Membaca buku-buku agama

Sumber kredit: Berita Harian

IKLAN