Soal nikah, kahwin ini tak boleh dibuat main. Hukum tetap hukum, jangan meringankan.

Tidak pernah bercerai, masih suami dan isteri. ‘Tergamak dia madukan saya.’ Lelaki ini hanya mengetahui yang isterinya telah berkahwin lain melalui media sosial.

Sudahnya isteri menghilang sejak sekian lama, tiba-tiba apabila ditemui isterinya telah menduakan dirinya. Tentu saja perkara ini mengejutkan pihak sang suami.

Artikel Berkaitan:

‘30 Tahun Kahwin, Tiada Rezeki DiKurniakan Zuriat.’ Isteri Rela Dimadukan, Suami Pilih Setia Hingga Hujung Nyawa

Tidak Pernah Bercerai

Seorang wanita didakwa ‘memadukan’ suaminya selepas perkahwinan keduanya di Terengganu, April lalu diketahui suami pertama.

Peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, 47, mendedahkan dia berkahwin dengan wanita berusia 32 tahun itu pada Januari 2019 di Narathiwat, Thailand, sebelum isterinya menghilangkan diri selepas keluar dari rumah, Januari lalu.

Menurutnya, perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.

“Bagaimanapun selepas kehilangan isteri Januari lalu, saya mendapat tahu di media sosial pada April lalu bahawa dia berkahwin dan perkara itu agak mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikannya… kami masih suami isteri.

“Selepas saya membuat semakan, saya dapati isteri ada membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April lalu.

“Dia dipercayai menggunakan surat cerai dengan suami terdahulu iaitu sebelum berkahwin dengan saya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Masih Suami & Isteri

Ulas Rahaman, susulan mengetahui dia ‘dimadukan’ isteri, dia memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.

“Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isteri saya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.

“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.

Terdahulu, Rahaman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.

Hakim, Ahmad Hariri Mohd Saat kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.

‘Tergamak Dia Madukan Saya.’

Rahaman yang diwakili peguam, Marzuqi Muhamad menegaskan, dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya sebagaimana yang didakwa dan sehingga kini mereka masih suami isteri.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan isteri. Empat tahun kami berkahwin, baru beberapa bulan saya mendapat sijil nikah, namun akhirnya saya ‘dimadukan’.

“Saya percaya pejabat agama mengeluarkan kebenaran berkahwin terhadap isteri saya dengan suami keduanya kerana perkahwinan kami di luar negara dalam proses pengesahan di sini,” katanya.

Baca Di Sini:

Berdosa, Bertentangan Dengan Ajaran Islam. ‘Wanita Dua Suami Tinggal Sebumbung Dihalau Penduduk.’

Kashoorga: Soal nikah, kahwin ini tak boleh dibuat main. Hukum tetap hukum, jangan meringankan.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI