Al-Quran yang diturunkan sejak 1400 tahun dahulu menjadi panduan umat islam untuk dibaca, diamalkan dan difahamkan.
Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis diriwayatkan Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan).
Malah kelebihan mengamalkan Al-Quran walau hanya dibacakan satu ayat, ia akan dilipatgandakan menjadi 10 kebajikan. Dalam satu hadis, Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi).
Malah dalam satu hadis diriyawatkan oleh Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim).
Ternyata orang yang memuliakan al-Quran, Allah memuliakan dirinya termasuk di alam baqa.
Ads
Di media sosial, tular kisah sepasang suami isteri, Haji Md Raof yang jenazahnya masih utuh termasuk kuburnya berbau harum meskipun sudah 11 tahun dikebumikan. Penemuan jasad ini mula tular ketika proses penggalian semula kubur lama bagi pembinaan Projek Lebuhraya Segamat.
Jasd pasangan suami isteri yang mengajar al-Quran ini ditemui masih elok, tidak mereput seperti mana proses semulajadi jasad yang akan mula pecah perut selepas tiga hari dikebumikan malah kain kapan yang membalut jenazah ini masih utuh (cuma diselaputi lumpur tanah).
Dari perkongsian orang ramai yang menyaksikan kerja pengalihan kubur lama itu, mereka mengakui ianya adalah kejadian benar. Kata mereka yang menyaksikan kejadian ini, jasadnya berbau harum semerbak dalam lingkungan perkuburan itu. Malah mereka memaklumkan kain kapan membalut jenazah ini tidak sebersih ditularkan di media sosial sebaliknya apa yang berlaku ialah kain kapan masih selain jasad berbau harum.
Ads
Salah cucu kepada guru mengaji ini, Danial-Saini turut berkongsi kisah ini di instagramnya.
“Ada beberapa yang ditemui mempunyai jasad sempurna, kapan ditukar baru. Tapi selepas mereka jumpa 1st jasad sempurna, banyak ahli keluarga cuba elakan bagitau. Pasal orang terlampau ramai berkemurun yang akan menyusahkan kami utk uruskan jenazah…
Ads
Arwah tokbak 1st time 1998 kebumi oleh anak anak dia, kali ke-2 2013 oleh cucu2 dia.
Arwah tok topah pula 1999 dikebumi oleh cicit2 dia 2013
Alhamdulillah dapat pegang dan kedua-dua jasad lepaskan rindu.
Tp kita keluarga anggap semua sama, takan nak cakap sedara lain tak cukup amalan kan? Dorg sedara kami jugak.
Apa yang pasti, setiap kejadian adalah atas aturan Allah taala. Malah Allah turut berjanji, siapa yang melebihkan akhirat dan tidak mengejar dunia akan diberikan kelebihannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Salah satu tanda kita berkomunikasi dengan Allah adalah melalui doa. Ia satu bentuk curahan hati secara terus kepada Ya Rabb. Luahlah, bicaralah kerana Allah itu Maha Mendengar.
Malah Rasulullah, kekasih hati Allah Taala turut sama berdoa biarpun sudah ada jaminan Baginda Nabi akan masuk ke syurga. Malah kita juga disarankan berdoa agar dapat ke syurga terutama syurga paling dekat dengan Arsy iaitu syurga Firdaus.
Mungkin ramai yang ingin tahu, apakah doa yang paling banyak dan kerap Rasulullah minta kepada Allah? Dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, inilah doa paling banyak Rasulullah sebut di hadapan Allah.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. (Lihat al-Azkar oleh al-Nawawi, hlm. 395) Ia juga diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul. (Lihat Jawami’ al-Du’a min al-Qur’an wa al-Sunnah oleh Muhammad Sayyid Tantawi, hlm. 5)
Allah SWT sangat menyukai hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya sepertimana yang disebut di dalam nas-nas Ilahi. Antaranya, firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah al-Baqarah: 186)
Ibnu Kathir menjelaskan, ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakan doa orang yang memanjatkan doa kepada-Nya. Dia tidak menolak dan mengabaikan doa seseorang, bahkan Dia Maha Mendengar doa. Di dalam pengertian ini terkandung anjuran untuk sentiasa berdoa, dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa yang dipanjatkan kepada-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/506)
Menjawab soalan di atas, kami nukilkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas R.A, beliau berkata:
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)
Maksudnya: “Apabila Anas hendak berdoa dengan satu doa, maka dia berdoa dengan doa tersebut. Apabila dia hendak berdoa dengan banyak doa, maka dia menyertakan doa tersebut di dalamnya.”
Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:
Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW selalu mengucapkan: “يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك” (Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?” Baginda menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya.”
Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du’a (1261).
Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:
Maksudnya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?” Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) – “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” – Ummu Salamah berkata: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: “Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya.” Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)
Kesimpulan
Oleh itu, berdasarkan nas-nas yang dinyatakan, dapat disimpulkan, antara doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW ialah, antaranya:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Maksudnya: Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Walaubagaimanapun, ini bukan bererti bahawa doa itu hanya terbatas kepada doa-doa tersebut, akan tetapi kita digalakkan untuk mengamalkan semua doa yang ma’thur sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.
Semoga kita dapat melazimi dan memperbanyakkan doa dalam kehidupan seharian serta dikabulkan permintaan kita kepada-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita kerap didedahkan dengan perkataan penungang agama. Ia biasanya dikaitkan dengan perwatakan individu yang tampak alim namun memiliki sifat jelik (sengaja disembunyikan) di sebalik imej baik dipakainya.
Filem Penunggang Agama ini diarahkan oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Show. Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus. Berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman Syafiq sendiri, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Nasir Bilal Khas, Sabrina Ali dan Azira Shafinaz. Filem ini mula ditayangkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.
Namun ulasan dari seorang individu Hafiz Suib di fbnya menjadi viral kerana di sebalik sebuah penceritaan ia mengajar kita untuk tidak mempercayai individu lain yang mungkin nampak alim pada luarannya namun mereka inilah yang berselindung. Malah jangan juga mudah mempercayai kata-kata pengamal perubatan hingga jatuh syirik.
Dosa Syirik
Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)
Ibn Kathir berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik yaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.
Rasulullah SAW bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6919) (sumber Mufti Wilayah).
Baca ulasan dikongsinya.
Alhamdulillah baru selesai tgok cerita penunggang agama. Terbaik cerita begini dibuat sebagai pengajaran. Dalam cerita tu banyak pengajarannya.
Pertama: Jangan mudah percaya orang hanya dari cara pakaiannya. Dukun zaman sekarang semua dah pakai jubah berserban.
Kedua: Jika nak dapatkan perawat, pastikan yang syarie dengan menggunakan ayat quran dan doa-doa yang didengari dengan jelas dan bukannya hanya dengar angin dari mulut yang terkumat kamit.
Ketiga: Jauhi kekufuran dan kesyirikan. Sesungguhnya kekufuran atau kesyirikan hanya akan mengundang syaitan di dalam diri kita.
Keempat: Amalkan doa-doa atau zikir dan rajinkan membaca Al-Quran terutama surah Al Baqarah dan Ali Imran di dalam rumah agar syaitan tidak mampu masuk ke dalam rumah.Kerana Nabi SAW menyebut dalam hadisnya “sesungguhnya syaitan tidak mampu masuk ke dalam rumah yang d bacakan Al Baqarah di dalamnya. Dan tukang-tukang sihir tidak mampu mengalahkan orang yang membacakan Al-Baqarah.
Kelima: Jangan percaya dengan orang yang boleh melihat benda ghaib itu sebagai kasyaf. Itu adalah gangguan jin. Rujuk Al-Quran surah Al- Araaf ayat 27 dan Ali imran ayat 179.
Keenam: Sesungguhnya syaitan atau tukang sihir tidak mampu memudaratkan kita jika bukan izin Allah. Rujuk surah Taha ayat 69 dan Al Baqarah ayat 102.
Ketujuh: Jangan terus percaya dengan kata-kata perawat yang mengatakan anda kena sihir. Boleh jadi itu hanya fitnah syaitan yang nak memecah belahkan ummat Nabi Muhammad. Apa lagi kalau dari mulut orang yang tengah kerasukan. Jangan dipercaya langsung.
Dan banyak lagi pengajaran yang kita boleh ambil. Dari segi jalan cerita memang menarik cuma kalau dari segi bacaan ayat ruqyah/quran masih tak dapat lawan cerita Munafik. Lebih banyak ayat-ayat Quran dibaca dlm filem itu . Tapi apa pun memang terbaik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa hari ini. Namun ada juga negara Islam seperti Brunei yang akan mula berpuasa esok. Ramadhan bulan terpenting dalam Islam, malah ayat al-Quran yang pertama juga pertama diturunkan dalam bulan Ramadhan.
Setiap tahun berjuta umat Islam menyambut Ramadhan di seluruh dunia dengan waktu dan situasi yang berbeza. Waktu berpuasa bergantung di negara mana kita tinggal dan berada. Malah pernah di Antartika mencatatkan puasa lebih 20 jam. Di Malaysia sendiri, kadar waktu kita berpuasa di antara 13 ke 14-14 jam.
Negara manakah berpuasa paling lama dan negara mana pula berpuasa paling singkat di seluruh dunia. Ini sekadar panduan untuk pengetahuan kita
Negara paling singkat berpuasa 2021
Sumber :- THE ISLAMIC INFORMATION
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...