Juara dunia kelas ringan UFC Khabib Nurmagomedov memuat naik foto bersama ayahnya Abdulmanap Nurmagomedov usai memenangi pertarungan penuh dramatik melawan Conor McGregor di Las Vegas. Juara dunia sambo dua kali itu berjaya mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas, kelmarin.

https://www.instagram.com/p/Bon6Y-SngU7/?utm_source=ig_web_copy_link


“Ini (melakukan serangan setelah pertandingan) tentu bukan yang ayah ajarkan padaku tapi hanya soal kehormatan. Kemenangan adalah milik kami dan ‘champion belt’ ada di tangan kami,” tulis Khabib di akaun Instagram dengan pose bersama ayahnya.

“Ketika Allah bersamamu, tak ada yang boleh menghancurkanmu. Tak seorang pun. Terima kasih banyak teman-teman atas sokongan yang diberikan,” sambungnya.


Setelah memenangi pertandingan, Khabib telah menyerang penyokong McGregor yang dianggap telah melakukan provokasi menjelang pertandingan. Khabib berang kerana pasukan McGregor telah menghina agama Islam dan ayahnya menjelang pertarungan.

IKLAN

McGregor juga menuduh pengurus Khabib, Ali Abdelaziz, sebagai ‘terrorist.’ Walau bagaimanapun petarung yang berasal dari Rusia itu mengaku perilaku sedemikian bukan didikan ayahnya. Namun, dia terpaksa melakukannya demi kehormatan kerana pasukan McGregor terlalu melampau dalam melakukan provokasi.

https://www.instagram.com/p/Boi2O5HngMO/?utm_source=ig_web_copy_link

Khabib berkata bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov pasti tidak gembira dengan tindakannya meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor McGregor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.

IKLAN

“Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti,” katanya.

Tambahnya; “Bapa ajar saya supaya sentiasa menghormati orang lain, tapi mereka (kem McGregor) sudah melampaui batas.”

https://www.instagram.com/p/BolS9svnpyX/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).

Pemuda berusia 30 tahun ini adalah anak kedua dari tiga bersaudara. Kakaknya bernama Magomed dan adik perempuannya bernama Amina. Keluarga ayahnya telah berpindah dari Sildi, Kabupaten Tsumadinsky ke Kirovau. Khabib dibesarkan dengan saudara dan sepupunya. Minatnya dalam seni bela diri bermula ketika melihat siswa mengadakan latihan di ruang olahraga.

Khabib mula berjinak-jinak dengan dunia ‘gelanggang pertarungan ‘seawal’ usia enam tahun di bawah asuhan ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov, seorang atlet dan seorang bekas tentera. Khabib berkahwin pada Jun 2013.  Hasil perkahwinan tersebut, Khabib memiliki seorang puteri dan seorang putera.

Sumber: CNN dan Instagram Khabib Nurmagomedov.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI