Jasanya kepada rakyat Malaysia cukup besar. Malah dirinya disanjung kerana tidak memerlukan populariti sebaliknya “bergerak sepantas kilat” sebaik mengetahui ada masyarakat diuji dengan kesusahan hidup selain menyampaikan dakwah dengan turun ke jalanan bagi memastikan tiada golongan terpinggir.
Tidak kira di mana, baik di negara sendiri malah Ustaz Ebit Lew turut menyumbang kepada negara luar seperti Afrika dan terkini berada di bumi anbia, Palestin bagi memberi bantuan sebaik negara itu dibedil zionis Isreal dalam peperangan awal Syawal lalu.
Ramai mengucapkan rasa syukur dengan misi bantuan yang diberi Ustaz Ebit kepada masyarakat di sana. Bahkan ramai mendoakan dirinya selamat pergi dan balik kerana jiwanya sangat murni membantu sesama Muslim yang dilanda ujian berat.
Ads
Malah dalam status terakhir di kemas kini di fbnya ialah pada 27 Mei lalu di mana Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya berada di Mesir dan bekerja sama dengan pihak di sana bagi menyalur bantuan ke Palestin.
Ads
Kongsinya, “Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 trelar besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini. Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua. Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra bersama membantu sepanjang misi.
Namun mulai malam ini, nama Ustaz disayangi ramai ini kembali popular dalam carian enjin di FB kerana fbnya dilihat tidak dikemas kini pada tarikh terakhir itu sekaligus ramai yang berada risau di mana keberadaan Ustaz dan pasukannya pemberi bantuan itu berada sekarang.
Ads
Ini kerana amat jarang dirinya tidak mengemas kini misi bantuan dilakukan sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan dirinya dan apakah yang telah terjadi?
Mari kita doakan agar dirinya dan pasukannya sentiasa selamat dalam jagaan Allah di negara orang. Ini kerana ramai yang sayangkan dirinya. Gambar: FB Ustaz Ebit Lew.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lisa Surihani takut dengan pujian manusia, segala yang berlaku sebenarnya datang dari Allah. Oleh sebab itu selebriti ini bimbang bila dipuji manusia.
Dirinya cuma cuba berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dengan menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi apa yang berlaku pada dirinya adalah dengan izin Allah SWT.
Tatkala pelakon jelita Lisa Surihani memilih untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu, perkara yang paling ditakuti adalah bagaimana dirinya dapat terus kekal istiqamah.
Sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah dalam melayari kehidupan yang serba mencabar ini. Lisa mengaku pernah berdepan fasa ‘tergelincir’ tetapi Lisa pantas bangkit agar tidak berputus asa dalam memastikan dirinya menjadi insan terbaik disisi-Nya.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Walau apa jua keadaan sekali pun, saya cuba pertahankan sesetengah prinsip.
“Ya. Ini satu pengorbanan yang berat terutama sekali untuk terus kekal istiqamah. Tapi saya harus mencuba sebaiknya, ada waktunya tersungkur tetapi perlahan-lahan saya bangkit supaya tidak berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Selain itu tambah Lisa, sejak mengenakan hijab satu hal lain yang ditakuti juga adalah hanyut dalam pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya dari Allah. Sejujurnya saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang terlahirnya perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan tetapi semua itu datangnya dari Allah,” katanya.
Menyentuh mengenai karier seni lakonan, Lisa tidak menafikan sejak mengenakan hijab, tawaran lakonannya semakin kurang.
Kata Lisa, dia juga bersyukur apabila suaminya yang juga pengarah terkenal, Datuk Yusry Halim tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin terus berlakon.
“Tahun lalu memang ada tawaran tetapi dianjakkan ke tahun ini, tapi sampai saat ini belum ada sebarang ‘update’.
“Memang sejak tampil berhijab, secara semula jadi tawaran lakonan juga menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu tetapi saya tidak terlalu kisahkan sangat.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan dan saya ingin belajar untuk perbaiki lagi diri dalam bidang itu.
“Bagi kerjaya lakonan pula, sekiranya ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya Allah saya pertimbangkan,” katanya.
Ramai mendambakan syurga apabila di hari akhirat nanti. Tapi bagaiamana untuk memperoleh syurga yang diinginkan ini?
Untuk ke syurga Allah, ia antara sebahagian 10 faktor membawa kita masuk ke syurga.
Allah berfirman:
إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ كانَت لَهُم جَنّاتُ الفِردَوسِ نُزُلًا* خالِدينَ فيها لا يَبغونَ عَنها حِوَلً
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.” (QS Al-Kahfi 107-108).
Ia termasuklah tidak melanggar apa yang Allah perintahkan serta ada rasa takut kepada Allah. Orang yang selalu menjaga perintah Allah dan tidak melampaui apa ditetapkan apa masuk ke dalam syurga Allah.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ* هَـذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ
“Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Kepada mereka dikatakan), “Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang senantiasa bertaubat (kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).” (QS Qaf ayat 31-32)
Ini adalah salah satu ketaatan terbesar di mana seorang Muslim semakin dekat dengan Allah di mana dirinya menyebarkan kedamaian dan belas kasihan pada orang miskin, yatim piatu dan orang-orang yang memerlukannya. Rasulullah SAW bersabda:
يا أيُّها النَّاسُ، أفشوا السَّلامَ، وأطعِموا الطَّعامَ، وصلُّوا باللَّيلِ والنَّاسُ نيامٌ؛ تدخلوا الجنَّةَ بسلامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturahim, solatla di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR At Tirmidzi)
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.” (QS Fussilat ayat 30).
Dengan hanya selalu mengukir senyuman, menyapa orang lain, melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan, menziarahi orang sakit, menghadiri orang meninggal dan banyak perbuatan baik lainnya sudah cukup membawa kita ke syurga Allah.
Apa yang membezakan sebuah perbuatan ialah hati. Bagi calon penghuni syurga akan selalu mencegah dirinya dari berbuat dosa hatta kalau diberi wang secara tidak halal, dirinya akan menolak.
Ada banyak ayat-ayat berbicara mengenai syurga dan antara sifat-sifat umum yang ditulis di dalam Al-Quran selalu mengaitkannya agar bertakwa kepada Allah dan kita akan masuk syurga. Allah berfirman:-
“Ahli syurga itu tiga golongan, iaitu orang yang memiliki kekuasaan yang adil dan disukai rakyatnya, lelaki yang lemah lembut hatinya terhadap ahli keluarga dan saudara Muslimnya dan orang miskin yang menjaga kehormatan keluarganya.” (HR Muslim).
Kedua-dua ibadah ini diperintahkan Allah kepada hamba-Nya dan menjadi salah satu hal terbesar yang akan dibawa seorang Muslim kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
وما تَقَرَّبَ إلَيَّ عَبْدِي بشيءٍ أحَبَّ إلَيَّ ممَّا افْتَرَضْتُ عليه
“Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal soleh) yang lebih Aku cintai dari pada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (dalam Islam).”
Sumber : MAWDOO3
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Alhamdulillah, tindakan hero sebenar.’ Remaja ini berani kayuh sampan, redah ombak besar selamatkan nyawa budak lemas. Tentu saja emak dan ayahnya bangga dengan tindakan pantas remaja ini.
Walaupun usianya setahun jagung namun fikirannya yang matang, prihatin dan pantas mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Sejuk perut ibu mengandung bila melihat anaknya yang makin membesar menjadi remaja yang prihatin dengan masalah orang lain.
Remaja ini baharu mencecah 14 tahun, namun ternyata dia memiliki jiwa yang besar kerana sanggup menongkah ombak yang ganas demi menyelamatkan kanak-kanak nyaris lemas.
Bayangkan tanpa bantuan enjin, hanya menggunakan pendayung, Muhammad Zulfikal Asmadi tekad menongkah arus deras demi menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang hampir lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu baru-baru ini.
Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan tindakan pantas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal itu tular di laman sosial meraih pujian netizen. Rata-rata netizen memuji tindakan berani remaja ini. Antaranya,
“Terbaik keberanian adik ini, berperikemanusiaan dan prihatin.”
“Tidak mudah panik, adik ini berpotensi jadi pegawai bomba dan penyelamat.”
“Anak muda yang hebat. Tahniah dik.”
“Alhamdulillah. Semoga dikurniakan ganjaran pahala yang besar atas usaha yang dilakukan. Semoga bahagia hidup didunia dan akhirat. Jadi anak soleh.”
“Patut diberi penghargaan yang sesuai sebagai contoh teladan kepada orang lain.”
Hebat tindakan spontan anak muda ini. Berbekalkan kemahiran yang ada, dia tidak berfikir panjang, sanggup bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa orang lain. Berikut 10 info menarik mengenainya:
1-Muhammad Zulfikal bin Asmadi berusia 14 tahun merupakan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal.
2-Anak sulung daripada empat adik-beradik itu telah berjaya menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang nyaris lemas.
3-Ketika kejadian, Muhammad Zulfikal yang kebetulan berada di pantai telah melihat seorang kanak-kanak yang terkapai – kapai meminta pertolongan.
4-“Sebaik tahu ada mangsa lemas, saya dan penduduk bergegas ke pantai. Dari jauh saya nampak budak perempuan itu tenggelam timbul beberapa kali. Dalam situasi cemas itu saya hanya fikir satu sahaja iaitu ingin menyelamatkan nyawa dia.
5-“Pada mulanya, saya nekad untuk meredah ombak, namun selepas ternampak perahu yang ditinggalkan nelayan, saya terus ambil perahu itu dan mendayung mengharungi ombak sejauh 100 meter dari pantai,”katanya.
6-Muhammad Zulfikal mengharungi ombak sejauh 150 meter. Sebaik menghampiri mangsa, beliau meminta kanak-kanak itu berpaut pada perahu sementara mendayung ke persisir pantai.
7-“Disebabkan perahu yang saya gunakan itu bersaiz kecil, saya tidak berani bawa kanak-kanak itu naik ke atas perahu kerana bimbang ia terbalik,” katanya.
8-Kemahiran mengendalikan sampan pada usia muda menarik perhatian ramai. Muhammad Zulfikal rupanya sering mengikut bapanya, Asmadi Ripin, 42, yang juga seorang nelayan turun ke laut menangkap ikan sejak berusia 12 tahun.
9-“Saya biasa ikut ayah tangkap ikan dan sering terjun dari bot untuk buang objek yang terlekat pada pukat,” ujarnya.
10-Bapanya Asmadi berkata, dia bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas anaknya dan mangsa lemas berjaya diselamatkan.
Sejuk perut ibu mengandung melihatkan anak berbakti kepada orang lain. Ibu Muhammad Zulfikal, Nur Ismidatul Akmal Ismail menitipkan doa agar cahaya matanya menjadi orang yang berjasa dan disenangi.
“Alhamdulillah ALLAH hantarkan anakanda Abang Long selamatkan nyawa mangsa yang hampir lemas petang kelmarin. Terima kasih kepada semua yang PM berikan kata-kata dan doa yang baik untuk untuk Abang Long.
Umi doakan semoga Abang Long menjadi anak yang berjasa kepada orang tua, disenangi dan disayangi ramai, amiin,” titipnya.
Hebatnya semangat dan sikap positif Muhammad Zulfikal ini membantu orang lain biarpun tidak dikenali. Ketangkasan dan sifat beraninya wajar dijadikan contoh buat anak muda lain.