Home 'Potong Gaji, Solusi Suami Culas Bayar Nafkah Isteri'

‘Potong Gaji, Solusi Suami Culas Bayar Nafkah Isteri’

Syarak menetapkan, tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan yang munasabah dan tidak bercanggah dengan syarak.
Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yang sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan atau di luar upaya suami.
Namun bagaimana pula dengan suami yang culas membayar nafkah walaupun sudah diingatkan berkali-kali. Ikuti kupasan topik ‘Potong Gaji, Solusi Suami Culas Bayar Nafkah Isteri’ bersama Puan Rabiatul Adawiyah Ramli, Pengamal Undang-undang dari Rabiatul Adawiyah & Associates.