Ads
Home Usia Semakin Tua, Malu Belajar Mengaji Al Quran?

Usia Semakin Tua, Malu Belajar Mengaji Al Quran?

Tidak dapat dinafikan ada individu yang malu kerana merasakan diri sudah terlalu tua atau usia sudah lanjut untuk mula belajar Al Quran. Malah, malu untuk belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Setuju dengan pendapat Ustazah Aisyah Baa’in yang merupakan seorang guru Quran profesional kaedah Azdan, bahawa kita tidak perlu malu dengan manusia untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama yang menjadi panduan dalam hidup kita.

Sesungguhnya, Allah telah menjanjikan ganjaran kebaikan buat hambaNya yang berusaha untuk belajar membaca Al-Quran.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf

(Hadis riwayat Tirmizi)

#kashoorga #jalankesyurga #sebarkanmanfaat #belajarmengaji #ustazahaisyahbaain #belajarmengaji #kelasmengaji #guruquran #kaedahazdan



Video Berkaitan