
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal akan ditekankan dalam World #Quran Convention 2025 (WQC 2025) yang berlangsung selama dua hari pada 6 hingga 7 Disember nanti.
Mengajak umat Islam seluruh dunia membina semula tamadun berasaskan wahyu melalui tema “The Power of Unity: Economic Transformation through Surah Al-Saff.” WQC 2025 kali ini mengetengahkan konsep Tijarah dengan Allah (al-Saff:10) perdagangan yang tidak akan rugi, di mana kejujuran, ihsan dan keseimbangan menjadi asas kepada ekonomi yang berkat dan mampan.
Dalam membincangkan perkara ini konvensyen yang akan berlangsung di MITI Kuala Lumpur ini akan menampilkan tokoh tempatan dan antarabangsa, antaranya Dr Imran Alvi (Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Intellect), Nouman Ali Khan (pengasas Bayyinah Institute), serta Fazrul Ismail (Ketua Kandungan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas).
Mereka bakal membincangkan bagaimana Surah Al-Saff bukan sekadar menyeru kepada perpaduan dalam perjuangan, tetapi juga menyediakan panduan strategik bagi kepimpinan, sinergi organisasi dan pembangunan ekonomi berteraskan iman.
WQC dijangka menarik peserta dari dalam dan luar negara, sekaligus meneruskan legasinya sebagai salah satu platform paling berpengaruh di rantau ini dalam mempertemukan cendekiawan, ahli ekonomi, pemimpin dan pendakwah untuk memahami hikmah al-Quran dalam konteks kontemporari.
Bagi yang berminat untuk menyertai konvensyen ini terdapat dua pakej tiket disediakan.
Pakej individu berharga RM500 yang merangkumi pas konvensyen selama dua hari, makan, goodie bag, sijil, Amazing Quran bernilai RM145 dan juga rakaman penuh konvesyen.
Selain itu terdapat juga pakej berkumpulan berharga RM10,000 untuk 20 orang peserta dengan pas dua hari konvensyen, makanan, goodie bags, sijil, Amazing Quran untuk semua peserta. Pakej berkumpulan turut menerima rakaman penuh konvensyen selain 3 bulan HTE online coaching session bernilai RM6,000
Untuk info lanjut layari https://worldquranconvention.com/