Jika masih belum bertemu jodohnya lagi teruskan berdoa. Tidak ada yang mustahil kerana Allah nescaya akan makbulkan setiap permintaan hambaNya selagi kita percaya dan taat pada suruhanNya.
Urusan rezeki, maut pertemuan dan jodoh itu semua menjadi rahsia Allah. Jadi jangan sombong untuk tidak memohon kepadaNya kerana hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Ads
Ads
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Ya Allah, Jika Memang Benar Dia Tercipta Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku Jika Dia Memang Untukku, Berikanlah Keyakinan Didalam Hati Kami Bahwa Kami Diciptakan Untuk Saling Memiliki Namun Jika Dia Memang Bukan Jodohku, Maka Damaikanlah Hatiku Dengan Ketetapan-Mu
Ikhlaskanlah Hatiku Dengan Semua Ketentuan-Mu, Agar Bisa Menerima Kenyataan Ini
Damaikanlah Hatiku Agar Tidak Merasa Kecewa Dengan Ketentuan-Mu Jikalau Dia Memang Bukan Jodohku…
Setiap dari kita pastinya memasang impian untuk berkahwin, walaupun tidak tahu siapa bakal jodoh kita kelak.
Namun tidak ada salahnya jika kita berangan sesuatu untuk majlis perkahwinan itu nanti. Misalnya gubahan hantaran, mas kahwin, idea pelamin atau sebagainya.
Seperti perkongsian lelaki ini di laman twitter mengenai rasa terujanya menyimpan mas kahwin buat bakal isterinya walaupun ketika itu dirinya masih single.
Gubahan mas kahwin ini hanya menggunakan nombor siri dan angka wang kertas yang dipaparkan pada sebuah bingkai gambar, ia tersusun cantik memaparkan tarikh pernikahan beserta nama kedua-dua pengantin.
Menurut empunya diri, Abu Bakar Ramlay, idea untuk gubahan mas kahwin ini tercetus kira-kira tujuh tahun lalu.
“Kira-kira tujuh tahun lalu saya ternampak posting di internet mengenai gubahan mas kahwin menerusi nombor siri wang kertas.
“Masa itu terdetik hati saya, kalau nanti bertemu seseorang untuk dijadikan isteri, saya akan buat mas kahwin dnegan gubahan itu,” katanya kepada Mstar.
Dia hanya memulakan misi mengumpul mas kahwin dengan nombor siri sepadan itu sejak setahun lalu.
Ini apabila kedua-dua pihak bersetuju memilih tarikh 20 Februari 2020 bagi melangsungkan pernikahan mereka.
Dan dia mula mengenali isterinya itu Najat Nadhirah kira-kira empat tahun lalu sebelum bersetuju untuk bertunang Julai 2019.
Dia kemudiannya mencari jalan penyelesaian dengan mencari nombor siri yang mempunyai dua huruf nama mereka bagi meminimumkan penggunaan wang kertas berkenaan.
Menurutnya gubahan mas kahwin bernilai RM300 itu terdiri daripada kepingan RM20, RM10 sebanyak 19 keping termasuk hiasan tambahan dua keping not RM5.
Biarpun tahu sukar untuk menyempurnakan misi ini, dia yang bekerja sebagai eksekutif kewangan di sebuah bank akhirnya berjaya mengumpul semua wang kertas berkenaan. Dan misi ini disempurnakan kira-kira sebulan sebelum hari pernikahannya.
Dan menurutnya lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai kejutan buat isteri. Malah dia yang membuat gubahan dengan bantuan adiknya itu membuatkan perasaan teruja dan gembira untuk bernikah.
Walaupun tidak berniat untuk berkongsi dengan umum, tetapi bagi dirinya, gubahan hantara ini mempunyai nilai sentimental dan ekspresi perasaan gembira kerana misi tercapai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kisah ini dikongsikan oleh adik kepada seorang penghidap kanser (cancer survivor) yang meninggal dunia di bumi Madinah.
Moga perkongsian ini menjadi pedoman. Mulianya pemergian wanita ini. Dapat pula disemadikan di Baqi’ Madinah seperti yang arwah inginkan ketika dia masa masih hidup. Disemadikan di tanah perkuburan Baqi’ yang asal digelar Ahlul Bait.
PERGINYA DIRIMU DI BULAN REJAB MULIA, DI BUMI MADINAH.. ALLAH MAKBULKAN PERMINTAANMU
Zawani Mohd Fazi dilahirkan pd 13 Januari 1984, anak sulung kepada kami 11 beradik.. Dia umpama Mak kepada kami adik-adik semua…
Dia disahkan menghidap Kanser Payudara Tahap 3 akhir 2015, menjalani kimoterapi dan rawatan 2016 dan alhamdulillah Allah beri dia kesembuhan sehingga 2018..
Dia ingin membuat rawatan IVF ikhtiar mendapatkan zuriat, tapi Allah lebih mengetahui…
Nak jadi permulaan kisahnya melawan kansernya, dia jatuh banana boat ketika bercuti di Pangkor..peristiwa bercuti ni Sya masih ingat, ayah teringin ke sana dan kami adik beradik usahakan.. but masa tu Sya x ikut sebab baru lepas minor operation (MOS) dan berehat di Gerik..
KANSER TAHAP EMPAT
Lepas peristiwa tu, beliau kerap sakit, demam on off, sakit tulang belakang… panjang ceritanya.. tapi hanya tahu tentang kansernya telah merebak ke Tahap 4 pada hari lahir Mak, 10 Disember 2018…
I’m the one yang jawab call masa dapat keputusan CT Scan.. pagi tu, she said to my Ayah:
Then my Ayah cried… cried… mula pada saat itu memang Ayah minta keluarga bacakan Yaasin, solat hajat utk mendoakan kesihatan beliau.. sangat cepat sel kansernya merebak. ???
Dan kami semua adik beradik sedaya upaya memenuhi semua hajatnya, betapa kuat suaminya, Abg Nasir disisinya… dan alhamdulillah adik beradik semua dapat jaga Kak Long masa masih hidup…korbankan masa tenaga dan beri sokongan pada Kak Long… dan part paling hiba bila Kak Long sebut nak tunaikan umrah.. Kak long takut xsempat..
Jadi kakak2 Sya dan abg2 ipar usahakan utk bawa dan teman arwah bersama2 ke sana.. Allah Maha Kuasa..Allah mudahkan semuanya.. ??? Depan semua sahabat dan keluarga, dia mmg x tunjuk kesakitannya.. yang menjaga sahaja yang tahu dan lihat keperitannya melawan kanser..
Badannya susut, fizikalnya berubah..mata menguning..lebam2 sana sini.. I can’t feel her backbone masa jaga Kak Long… Allah saja yg tahu betapa hibanya tgk Kak Long.. tapi Kak long kuat.. Kak Long baik..
Masa warded di hospital dua minggu, doktor mmg tidak sarankan Kak Long ke sana, tapi Kak Long berkeras nak ke sana (Umrah) dan Kak Long cakap ‘biarlah pengakhirannya di sana’ ???
MOHON MAAF PADA SEMUA
Dan ayatnya tidak mahu susahkan adik2 masa Umrah.. Kak Long seakan tahu.. Kak Long mohon maaf pada smua.. berangkatnya Kak Long dgn Abg Nasir, Zaiematun Mohd Fazi, Haziatun Mohd Fazi, Hamizatun Mohd Fazi Mohd Zulwafi Bahaudin, dengan tangisan kami semua.. mendoakan agar Kak Long dapat tunaikan umrah dengan sempurna dan kembali ke sini bersama yang lain..berangkat ke sana 7hb Mac 2019 jam 6.00 ptg…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allah beri kekuatan pada Kak Long sehingga sampai di Bumi Madinah.. Dan ya.. belum sempat adik2 jaga Kak Long seperti yg diplan di sana, Kak Long pergi menghadap Ilahi dengan tenangnya.. Ayah dan Mak merelakan kepergian Kak Long.. Kami lepaskan Kak Long sebab itu yg terbaik untuk Kak Long..
Alhamdulillah sempat menatap wajah Kak Long yg bersih, suci di saat akhir.. Allah sangat sayang Kak Long… adik2 di sana di sisi Kaklong menyaksikan pemergian Kak Long..Dengan izinnya inshaAllah Kak Long akan disembahyangkan di Masjid Nabawi, inshaaAllah dikebumikan di Baqi’ Madinah..tempat para solihin berdekatan Makam Nabi.. di bulan REJAB…
Dan last word from you is ‘ALLAH’…kebaikanmu di dunia hanya Allah sahaja yang tahu..betapa ramai yang mendoakanmu.. Sungguh kami sangat merasai kehilanganmu tapi kami redha dan gembira dengan pengakhiranmu yang sangat indah di sana..
KAKLONG, SEMEMANGNYA KAKLONG ADALAH INSAN YANG DIPILIH OLEH-NYA..
(catatan 9 Mac 2019 4.00 pm)
Kisah perjuanganmu sehingga nafas terakhir memberi ibrah kepada kami yang masih hidup. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Agung, memberi kesakitan dan Subhanallah, Allah jua memberi nikmat besar kepadamu Kak Long.
Al-Fatihah....
NOTA: Kak Long telah selamat dikebumikan di Baqi’ usai subuh 9 Mac 2019. Allah lebih sayangkan kak Long. Kak Long tidak sempat menjejakkan kaki ke tanah barakah ini, tetapi seluruh tubuhnya disemadikan di sini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kematian akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun:
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Mak apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”( Al-A’raf: 34).
Tiada daya upaya kita untuk menolak hak yang satu ini kerana semuanya adalah ketentuan Allah taala.
Pemergian secara mengejut pengantin baru, Allahyarham Andika bin Jamal yang baru mendirikan rumahtangga pada 14 Januari lalu cukup meruntun jiwa seluruh ahli keluarganya.
Dari satu perkongsian Tik Tok, @nia mieka dari keluarga sebelah pengantin perempuan memaklumkan, pasangan ini baru mendirkan rumahtangga pada 14 Januari lalu dan tanggal 20 Januari, arwah disahkan meninggal secara mengejut.
Tidak menyatakan secara jelas punca kematian ini, namun segala-galanya masih baru buat pasangan pengantin ini.
Dalam pada itu, @nia mieka memaklumkan, sebelum meningggal itu, arwah sempat jadi imam solat Maghrib sebelum rebah.
“Doktor mengesahkan tiada sakit apa-apa, punca kematian mengejut,”katanya sambil memaklumkan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan arwah.
Dari ucapan takziah dari individu yang mengenali arwah selepas video ini dikongsi, dimaklumkan arwah sangat baik orangnya.
“Kenal dah dua tahun dengan arwah. Baik sangat orangnya, sopan dengan orang tua. Selalu berbagi rezeki, semua rakan-rakan seakan tak percaya mendengar berita dirinya sudah tiada.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian di fb atas nama Zhifa Putri Astofina turut memaklumkan berita sedih ini.
Baru kelmarin kami merasakan khabar bahagiamu dan kini kamu memberi khabar dukamu.
Kelmarin kami mengucapkan selamat menempuh hidup baru dan kini kami mengucapkan semoga engkau tenang di pangkuan-Nya.
Kami semua menyayangimu tapi Allah lebih sayang padamu. Semoga engkau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga husnul khatimah. Aamiin.