Buat masa banyak kisah inspirasi yang kita baca membabitkan apa saja berkenaan COVID-19.
Terbaru pelakon, pengacara Alif Satar yang berkongsi di laman Instagramnya kisah yang cukup memberi inspirasi.
Menurutnya dalam perkongsian itu menceritakan kisah daripada seorang doktor Perubatan yang dikenali dengan nama Dr Wilson Tiang sewaktu sedang melakukan pemeriksaan di wad sekitar jam 5 pagi, dia melihat seorang lelaki tua sedang bersedia untuk melakukan solat Subuh.
Sebaik solat doktor tersebut memeriksa nadi dan bertanya perihal kesihatannya, namun lelaki tua itu kemudian memegang tangannya dan berdoa “Ya Allah lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini”. Dan itu cukup membuatkan perjuangannya berbaloi.
Tambah Alif lagi, kisah begini yang orang mahu baca. Sesuatu yang memberikan aura positif, kasih sayang, tidak membenci dan menyalahkan satu sama lain.
Ads
Dia juga turut memberitahu bahawa doktor berkenaan serta frontliner yang lain inilah boleh kita panggil hero sebenar.
Dan seperti biasa, netizen turut memberi respon serta menitipkan doa kepada barisan hadapan serta mengharapkan wabak ini dapat diatasi segera.
yanamira_shoppe Terharunya baca. Jom kita sama2 juga doakan frontliner semua sentiasa sihat, pesakit semua sembuh dan kita semua dilindungiNya selalu. Jangan degil. Duduk rumah diam2.
ahmdzlkhri_semoga barisan hadapan negara skrg ni terus kuatkan semangat untuk berjuang hanya Tuhan sahaja dapat membalas nya
zaff_serunding Semoga Allah lindungi dan jauhkan kita semua dr virus nie dan perkara2 yg x diingini.. Terima kasih para doktor, nurse, semua frontliners utk pengorbanan mereka.. Semoga semua nie cepat2 reda.. Aamiin
Setiap wanita pastinya suka pada kecantikan. Pantang mendengar cara atau petua paling mudah menjaga kecantikan, pasti akan cuba diikuti.
Sebenarnya tidak perlu keluarkan bajet mahal, sebaliknya dengan kos hanya bawah RM10 juga mampu membuatkan wajah anda jadi lebih cantik dan sihat.
Perkongsian wanita ini Nurtieja di laman sosial Facebook, yang memberitahu petua bagaimana dia mencantikkan wajah hanya dengan menggunakan yang bahan halal dan confirm selamat.
Menggunakan buah-buahan yang dipotong kecil dan dibuat ais kiub. Hasilnya kulit jadi lebih sihat, berseri dan tidak kusam lagi.
Malah kulit juga menjadi tidak berminyak walaupun setelah beberapa jam penggunaannya. Dia turut berkongsi khasiat setiap buah yang digunakan untuk membuat cube ice ini.
AIS KIUb GULA PASIR + BUAH BUAHAN KESUKAAN KORANG.
Tieja suka beli buah potong banyak banyak. yang 5 paket RM8 gitu.. sebab boleh merasa banyak jenis buah. tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih.. tu kadang sayang buah buah potong ni cepat buruk. tak sempat nak makan banyak banyak gitu.
jadi dari membazir tieja buat cube ice. siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja.. memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.
tapi kali ni ubah sikit citarasa. buat lebih aummmmm khasiat die.
Bahan korang perlu ada :
GULA PASIR (Jadikan seperti air gula) ⁃ melembapkan kulit ⁃ kulit sihat dan cerah ⁃ kecilkan pori ⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah ⁃ singkirkan kulit kering
buah buahan yang korang ada, atau suka. tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. so apa salahnya potong buat warna warni. kelebihan setiap buah ni banyak. boleh google.. tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni
✅ OREN : mencerahkan
✅ ANGGUR HIJAU : kulit lebih berkilau
✅ EPAL MERAH : membantutkan pertumbuhan jerawat
✅ LEMON : kurangkan minyak muka
✅ KENTANG : ini tieja buat khas untuk mata
✅ TOMATO : melembapkan
✅ PEACH : anti penuaan/anjal kan kulit
✅ TIMUN : : kecilkan pori
✅ KUNYIT HIDUP : kecutkan jerawat
andai korang pakai buah lain, sila sila la goolge yee.. macam labu boleh, lobak, bayam, aihhhhh banyak la boleh korang cuba.
cara buat boleh refer video ok.
sehari satu AIS KIUB . aduhhhhh bapak gilerr best weyyy
tegang habis muka..
“dah buat video baru rasa ade yang pelik, ‘ICE CUBE’ padahal ‘CUBE ICE’ ” – maaf kan kesilapan itu yee
dah try buat nanti share la yee dekat komen. AIS KIUB WARNA WARNI korang dekat tieja.
selamat mencuba.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Seperti yang kita tahu, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan hingga 28 April dan ramai di kalangan kita membuat aktiviti bersama yang boleh dimanfaat bersama.
Salan satunya adalah bersiaran secara live di Instagram dan ramai selebriti untuk melakukannya dengan mengundang tokoh atau juga pendakwah yang bijak membicarakan suatu topik.
Paling menarik perhatian apabila pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa mengundang Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam IG live miliknya dalam #BerseorangBersama.
Dalam perkongsian itu, Neeofa meminta pandangan pendakwah itu bagaimana seharusnya cara yang betul untuk berubah ke arah kebaikan.
Jelas ustaz Ahmad Dusuki, persoalan pertama yang harus ditanya setiap hamba Allah, andai ini merupakan malam terakhir untuk hidup, bagaimana nasib diri keesokannya, adakah kita akan berada di syurga atau neraka.
Kenang kembali setiap kesalahan yang pernah dilakukan dan mula belajar ilmu agama Islam, mendekatkan diri dengan sahabat yang baik dan berdoa kepada Allah supaya sayangi diri kita walau seburuk mana pun dosa yang pernah dilakukan dengan doa ‘pandanglah aku dengan RahmatMu Ya Allah’ kerana Allah tidak pernah berputus asa dalam mengampunkan dosa hambaNya.
Tegasnya lagi, manusia tidak pernah terlambat memohon keampunan Allah selagi masih bernafas di muka bumi.
Kongsinya lagi, setiap manusia yang masih hidup di muka bumi ini harus memperbanyakkan bersedekah kerana amalan itulah yang akan membantu di akhirat kelak.
Setiap sedekah yang dihulurkan akan bertemu kembali dengan empunya diri dan memudahkan perjalanan di Padang Masyar dan syurga Allah.
Selain itu, jelas ustaz Ahmad Dusuki, teruskan istiqamah walaupun melakukan perkara yang kecil antaranya berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana ganjarannya sangat besar.
Malah Allah SWT dan malaikat turut sama berselawat saat ianya diucapkan hambaNya. Tambahnya, istiqamah dalam berselawat membolehkan setiap hambaNya merasai nikmat beriman.
Neelofa turut meminta penerangan pendakwah tersebut bagaimana untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia.
Ulas ustaz Ahmad Dusuki, antara perkara utama yang boleh dilakukan ialah dengan menyambung silaturahim dengan teman-teman arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia.
Dia turut meminta untuk anak-anak bersedekah di atas nama kedua arwah ibu bapa dan berniat kepada Allah agar pahala sampai kepada mereka. Tegasnya lagi, jangan sesekali tertinggal doa untuk kedua-duanya di sana.
Neelofa bagaimanapun tidak mampu menahan sebak tatkala Ustaz Ahmad Dusuki memulakan bacaan doa untuk kesejahteraan umat Islam di dunia ini.
Antara kandungan doa ialah mengharapkan agar semua yang menonton dikurniakan ganjaran syurga, dimatikan dengan kalimah Lailahaillah di akhir perjalanan, kerinduan terhadap arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia dan memohon keampunan kepada kedua ibu bapa.
Ternyata tangisan Neelofa menyebabkan ramai yang turut bersedih dengan bacaan doa dibacana Ustaz Ahnad Dusuki.
Ternyata bacaan berkenaan sampai di hati kita yang turut mengaminkan doa dibacakan oleh pendakwah ini.
Rata-rata warganet yang turut melihat perkongsian video ini juga turut terkesan dengan doa dibacakan dan berterima kasih kepada Neelofa atas perkongsian yang amat berguna ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Peranan wanita sangat penting dalam sebuah rumahtangga. Seorang ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya dan kerana itulah seorang wanita Muslimah harus banyak belajar untuk mempersiapkan diri menjadi seorang guru kepada anak-anaknya.
Bahkan seorang ibu juga harus menasihati anak-anak perempuan khususnya untuk menutup aurat selain menasihati anak lelaki agar sentiasa menghormati perempuan. Peranan wanita sangat besar baik kepada rumahtangganya mahupun masyarakat.
Di dalam Islam, dikongsikan 9 wanita dijamin masuk syurga. Siapakah insan bertuah di zaman Rasulullah ini yang tempat mereka sudah tersedia di syurga nan indah.
1.Siti Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah :- Merupakan isteri pertama Rasulullah dan digelar Ummul Mukminin. Bahkan juga sebagai ahli perniagaan yang ulung. Dari rahimnya lahir enam anak pewaris Nabi, seorang yang sangat setia dan pendokong kuat Rasulullah walau ditentang hebat oleh orang-orang kafir musyrik. Ketika Nabi beribadat di Gua Hira’, dirinya menghantar makanan. Turut digelar At-Tahirah (perempuan yang suci) dan namanya selalu disebut-sebut oleh Rasulullah di hadapan isteri-isteri yang lain walau selepas kewafatannya.
2. Siti Fatimah Puteri Rasulullah :- Memiliki akhlak dan budi pekerti yang sangat tinggi. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Ali walau Ali miskin. Tidur berbahagi satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah SAW pernah berkata, aku tak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu.
3. Siti Aisyah Abu Bakar :- Merupakan isteri Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang paling romantis. Dilahirkan awal tahun ke-4 Hijriyah setelah Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul. Aisyah yang juga puteri sahabat mulia Abu Bakar dinikahi Rasulullah 10 tahun kemudian, saat Aisyah berusia tujuh tahun. Namun Nabi baru mengajak Aisyah hidup bersama setelah usia Aisyah 9 tahun. Aisyah memiliki keistimewaan dibandingkan isteri-isteri Rasulullah yang lain dalam hal keluasan ilmu termasuk tentang Al-Qur’an, tafsir, Hadis dan fiqh.
Kecerdasan Aisyah yang dibimbing langsung oleh Rasulullah membuatnya mampu menyerap ribuan hadith lebih dari Rasulullah dan meriwayatkannya dengan penuh ketelitian. Susuk Ummul Mukminin ini terkenal dengan keperibadian yang sangat mulia.
Beliau seorang jujur, tekun beribadah dan rajin bertahajjud. Beliau selalu melaksanakan puasa. Dikenal qana’ah dan zuhud terhadap dunia. Sayyidah Aisyah juga seorang yang dermawan dan banyak bersedekah, sampaikan saudaranya, Urwah bin az-Zubair, pernah melihat pada suatu hari beliau bersedekah sebanyak 70.000 dirham pada hal ia menampal sendiri bajunya.
Masa yang sama, Aisyah juga sangat manja. Di mana dirinya sanggup berbahagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi Shalallahu alaihi wa sallam minum di situ dirinya akan minum menggunakan bekas yang sama.
4. Siti Hajar :- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan agama. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.
5. Siti Maryam :- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa Alaihi salam.
6. Siti Asiah :- isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7. Siti Aminah binti Wahab :- Ibu kandung Rasullullah Shalallahu alaihi wa sallam. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8. Siti Muti’ah :- Suatu ketika, Siti Fatimah bertanya kepada Rasulullah. Ya Rasulullah siapakah perempuan yang kelak pertama kali masuk syurga? Rasulullah menjawab: “Dia adalah seorang wanita yang bernama Muti’ah”. Beliau adalah contoh isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.
9. Siti Zubaidah :- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah Subhanahu Wa Ta’alaa. Sumber Kalam Sindownes.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?