Peranan wanita sangat penting dalam sebuah rumahtangga. Seorang ibu adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya dan kerana itulah seorang wanita Muslimah harus banyak belajar untuk mempersiapkan diri menjadi seorang guru kepada anak-anaknya.

Bahkan seorang ibu juga harus menasihati anak-anak perempuan khususnya untuk menutup aurat selain menasihati anak lelaki agar sentiasa menghormati perempuan. Peranan wanita sangat besar baik kepada rumahtangganya mahupun masyarakat.

Di dalam Islam, dikongsikan 9 wanita dijamin masuk syurga. Siapakah insan bertuah di zaman Rasulullah ini yang tempat mereka sudah tersedia di syurga nan indah.

1.Siti Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah :- Merupakan isteri pertama Rasulullah dan digelar Ummul Mukminin. Bahkan juga sebagai ahli perniagaan yang ulung. Dari rahimnya lahir enam anak pewaris Nabi, seorang yang sangat setia dan pendokong kuat Rasulullah walau ditentang hebat oleh orang-orang kafir musyrik. Ketika Nabi beribadat di Gua Hira’, dirinya menghantar makanan. Turut digelar At-Tahirah (perempuan yang suci) dan namanya selalu disebut-sebut oleh Rasulullah di hadapan isteri-isteri yang lain walau selepas kewafatannya.

2. Siti Fatimah Puteri Rasulullah :- Memiliki akhlak dan budi pekerti yang sangat tinggi. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Ali walau Ali miskin. Tidur berbahagi satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah SAW pernah berkata, aku tak akan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu.

3. Siti Aisyah Abu Bakar :- Merupakan isteri Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang paling romantis. Dilahirkan awal tahun ke-4 Hijriyah setelah Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul. Aisyah yang juga puteri sahabat mulia Abu Bakar dinikahi Rasulullah 10 tahun kemudian, saat Aisyah berusia tujuh tahun. Namun Nabi baru mengajak Aisyah hidup bersama setelah usia Aisyah 9 tahun. Aisyah memiliki keistimewaan dibandingkan isteri-isteri Rasulullah yang lain dalam hal keluasan ilmu termasuk tentang Al-Qur’an, tafsir, Hadis dan fiqh.

Kecerdasan Aisyah yang dibimbing langsung oleh Rasulullah membuatnya mampu menyerap ribuan hadith lebih dari Rasulullah dan meriwayatkannya dengan penuh ketelitian. Susuk Ummul Mukminin ini terkenal dengan keperibadian yang sangat mulia.

Beliau seorang jujur, tekun beribadah dan rajin bertahajjud. Beliau selalu melaksanakan puasa. Dikenal qana’ah dan zuhud terhadap dunia. Sayyidah Aisyah juga seorang yang dermawan dan banyak bersedekah, sampaikan saudaranya, Urwah bin az-Zubair, pernah melihat pada suatu hari beliau bersedekah sebanyak 70.000 dirham pada hal ia menampal sendiri bajunya.

Masa yang sama, Aisyah juga sangat manja. Di mana dirinya sanggup berbahagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi Shalallahu alaihi wa sallam minum di situ dirinya akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT. Sanggup ditinggalkan oleh Ibrahim atas suruhan Allah SWT demi kebaikan agama. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.

5. Siti Maryam :- Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa Alaihi salam.

6. Siti Asiah :- isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah binti Wahab :- Ibu kandung Rasullullah Shalallahu alaihi wa sallam. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah :- Suatu ketika, Siti Fatimah bertanya kepada Rasulullah. Ya Rasulullah siapakah perempuan yang kelak pertama kali masuk syurga? Rasulullah menjawab: “Dia adalah seorang wanita yang bernama Muti’ah”. Beliau adalah contoh isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah SWT syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah :- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah Subhanahu Wa Ta’alaa. Sumber Kalam Sindownes.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI