Ads

Mukhriz Dedah Keadaan Tun Mahathir Selepas Pemergian Isteri, Kasih Anak Terhadap Bapa

Mahathir

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali baru-baru ini bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah mengingatkan ramai tentang sebuah perjalanan hidup yang panjang antara suami isteri lebih-lebih lagi suami tercinta, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Puluhan tahun membina rumah tangga, membesarkan anak-anak dan melalui pelbagai fasa kehidupan bersama. Apabila salah seorang pergi terlebih dahulu, kehilangan itu tentunya meninggalkan ruang yang sukar diganti.

Namun dalam kitaran kehidupan, ada satu perkara yang cukup menyentuh hati. Dahulu ibu dan bapa menjadi tempat anak-anak berlindung, kini apabila usia mereka semakin lanjut, anak-anak pula mengambil peranan menjaga dan melindungi ibu bapa.

BACA JUGA: Anak Berlainan Jantina Memandikan Jenazah Ibu Bapa, Boleh Atau Haram?

ANAK-ANAK PULA MENJADI PELINDUNG

Menurut laporan media, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di bawah pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi laporan Sinar Harian berkata, “Pemergian ibu, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah masih memberikan kesan terhadap kehidupan Tun Mahathir, maka berikan beliau masa untuk menerima kenyataan tersebut,”.  

Beliau turut menambah bahawa apa yang berlaku ini memberi kesan ke atas kesihatan dan emosi bapanya.

“Lebih baik bapa untuk ditempatkan di IJN buat sementara waktu sehingga keadaan beliau benar-benar pulih,” tambahnya.

Ads

Selepas sekitar tujuh dekad menjalani kehidupan bersama, sudah tentu banyak sudut di rumah menyimpan kenangan.

Daripada perkara kecil dalam rutin harian sehinggalah ruang yang sering dikongsi bersama, semuanya boleh mengingatkan seseorang kepada insan yang telah pergi.

Dalam keadaan seperti ini, peranan anak-anak bukan hanya memastikan keperluan fizikal ibu atau bapa terjaga. Memberikan ruang, menemani dan membantu mewujudkan suasana yang lebih tenang juga merupakan antara bentuk perhatian keluarga ketika berdepan kehilangan.

DAHULU MEREKA MENJAGA KITA

Begitulah perjalanan kehidupan.

Ketika kecil, ibu bapalah yang menjaga kita ketika sakit, memimpin tangan ketika kita belum mampu berjalan sendiri dan menjadi orang pertama yang berdiri di hadapan apabila kita memerlukan perlindungan.

Ads

Namun apabila mereka semakin berusia, keadaan itu perlahan-lahan berubah.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Surah al-Isra’: 23)

Ayat ini mengingatkan bahawa berbuat baik kepada ibu bapa mempunyai kedudukan yang sangat besar dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila mereka telah lanjut usia dan memerlukan perhatian anak-anak.

Ads

MENJAGA KETENANGAN BAPA

Dalam situasi keluarga Tun Dr Mahathir, anak-anaknya turut dilihat mengambil peranan berhadapan dengan pihak luar dan media.

Mukhriz berkongsi perkembangan bapanya kepada media, manakala ahli keluarga lain termasuk Tan Sri Marina Mahathir turut berada bersama keluarga dalam melalui tempoh kehilangan ini.

Dalam keadaan seseorang sedang berduka, kehadiran keluarga boleh menjadi sokongan yang cukup bermakna.

Tidak semua bentuk bakti perlu hadir dalam perkara besar. Kadangkala ia sekadar menemani, mendengar, menguruskan urusan yang tidak mampu dilakukan sendiri atau memastikan ibu bapa mempunyai ruang untuk berehat.

SELAGI IBU BAPA MASIH ADA, BERBAKTILAH

Kisah sebuah keluarga melalui kehilangan juga boleh menjadi peringatan buat kita semua.

Ada waktunya dahulu ibu bapa sanggup mengetepikan keletihan demi menjaga anak-anak. Apabila usia mereka semakin lanjut, tibalah giliran anak-anak melakukan perkara yang sama.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Suami Isteri Bergaduh Sampai Tak Bertegur? Panduan Penting Islam Untuk Berdamai

Suami isteri bergaduh hingga tidak bertegur beberapa hari? Ketahui pandangan Islam tentang memulau pasangan, talak, nusyuz dan cara berdamai.