--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--
[ramadan_schedule]
Ads

Anak Berlainan Jantina Memandikan Jenazah Ibu Bapa, Boleh Atau Haram?

Sudah tentu menjadi impian setiap anak untuk berbakti kepada ibu bapa hingga ke saat terakhir, termasuk membantu menguruskan jenazah sebelum jasad mereka disemadikan ke liang lahad.

Namun, timbul persoalan sama ada anak yang berlainan jantina dibenarkan memandikan jenazah ibu atau bapa mereka.

Pada asasnya, anak yang berlainan jantina tidak dibenarkan memandikan jenazah ibu atau bapanya. Hal ini kerana antara syarat utama dalam proses memandikan jenazah adalah individu yang menguruskannya hendaklah daripada jantina yang sama.

BACA JUGA: Jika Berlaku Kematian, Apa Perlu Waris Buat? Ini Langkah Penting Urus Jenazah

Perkara ini bertepatan dengan kenyataan Imam al-Nawawi:

Maksudnya: “Sekiranya yang meninggal dunia itu seorang lelaki yang tidak mempunyai isteri, maka orang yang paling utama memandikan jenazahnya ialah bapanya, kemudian datuknya, anak lelakinya, cucu lelakinya, saudara lelakinya, anak saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya sepupu lelaki.

“Ini kerana mereka merupakan golongan yang paling berhak menunaikan solat jenazah ke atasnya. Maka, demikian juga mereka paling berhak memandikan jenazahnya.”

Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Imam al-Nawawi (5/129).

Bagaimanapun, hukum ini berbeza bagi pasangan suami isteri. Terdapat beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa seorang suami dibenarkan memandikan jenazah isterinya dan begitu juga sebaliknya.

Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah RA. Beliau berkata:

Ads

Maksudnya: Rasulullah S.A.W telah pulang daripada al-Baqi’ dan baginda menemui aku dalam keadaan sakit kepala, lalu aku mengatakan: Alangkah sakitnya kepalaku. Maka baginda bersabda: Bahkan aku, alangkah sakit kepalaku wahai A’isyah. Kemudian sabda baginda: Tidak menjadi masalah buatmu, sekiranya kamu mati sebelum aku nescayalah aku sendiri yang akan menguruskan jenazahmu, aku mandikan kamu, kafankan kamu, solatkan ke atas jenazahmu, dan kebumikan kamu

Selain itu, terdapat juga riwayat daripada Abdullah bin Abi Bakr bahawa Asma’ binti ‘Umais telah memandikan jenazah suaminya, Abu Bakr al-Siddiq RA, ketika beliau meninggal dunia.

Rujuk Al-Muwatta’, Malik bin Anas (1/223).

Berdasarkan riwayat-riwayat tersebut, suami atau isteri dibenarkan memandikan jenazah pasangan masing-masing kerana tidak terdapat nas yang melarang perbuatan berkenaan.

Menurut pandangan dalam mazhab al-Syafi‘i, keutamaan individu yang memandikan jenazah lelaki adalah seperti berikut:

Ahli keluarga lelaki, diikuti isterinya, lelaki yang bukan daripada kalangan kerabat dan akhirnya wanita mahram sekiranya tiada lelaki yang boleh menguruskannya.

Bagi jenazah wanita pula, portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan memetik kenyataan Imam al-Shirazi Rahimahullah:

Ads

Maksudnya: Sekiranya seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka yang memandikan jenazahnya adalah orang-orang perempuan. Yang paling utamanya adalah golongan wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram kemudian yang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan selain dari kalangan mahram, kemudian wanita ajnabiyyah (bukan keluarga). Sekiranya tidak ada golongan perempuan, maka jenazah wanita itu dimandikan oleh kaum kerabat yang paling hampir dari kalangan orang lelaki.

Rujuk Al-Muhazzab Fi Al-Fiqh al-Syafi‘i, Imam al-Shirazi (1/238).

Ketetapan syarak ini bertujuan menjaga batas aurat serta memelihara kehormatan jenazah.

Walaupun anak merupakan mahram kepada ibu atau bapanya, terdapat anggota aurat tertentu yang tetap tidak boleh dilihat ketika proses memandikan jenazah.

Oleh itu, anak lelaki tidak boleh mengambil alih tugas utama memandikan jenazah ibunya. Begitu juga anak perempuan tidak boleh memandikan jenazah bapanya.

Namun, ini tidak bermakna anak langsung tidak boleh membantu dalam pengurusan jenazah ibu bapa.

Ads

Anak lelaki yang ingin membantu menguruskan jenazah ibunya boleh menjirus air dari luar atau dari sebalik langsir tanpa melihat aurat, manakala proses utama memandikan jenazah dilakukan oleh kaum wanita.

Bagi anak perempuan pula, mereka boleh membantu menyediakan kelengkapan untuk mengafankan jenazah bapa atau menjirus air dari bahagian atas tanpa melihat aurat, sementara proses memandikan dilakukan oleh waris lelaki.

Jangan bersedih sekiranya anda tidak berpeluang memandikan jenazah ibu atau bapa kerana perbezaan jantina.

Bakti seorang anak kepada ibu bapanya tidak hanya terbatas ketika proses pengurusan jenazah. Anak masih boleh membantu menyediakan keperluan jenazah, menyertai solat jenazah, mengiringi pengebumian dan mendoakan keampunan buat mereka.

Malah, antara bentuk bakti yang paling besar ialah doa berterusan daripada anak yang soleh dan solehah.

Kesimpulannya, anak yang berlainan jantina tidak dibenarkan memandikan jenazah ibu atau bapanya secara langsung kerana syarak amat menitikberatkan penjagaan aurat serta kehormatan jenazah.

Namun, anak masih boleh membantu dalam urusan lain yang bersesuaian. Ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa tidak terputus dengan kematian. Selagi doa terus dipanjatkan, selagi itulah bakti seorang anak kepada ibu bapanya tetap mengalir.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Kirim Doa Kepada Jemaah Umrah atau Haji, Harus Atau Membebankan Jemaah?

Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.