Warna hitam sinonim dengan warna kematian tapi buat kita umat Islam jangan terikut dengan etika pemakaian ini.

Malah adalah salah sekiranya kita dengan sengaja memilih mengenakan warna ini untuk menziarah kematian.

Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus melalui satu sesi soal jawab dalam ceramah beliau.

“Jika kita pada hari itu memakai baju hitam dan bila ada kematian maka pakailah baju tersebut untuk menziarah, tiada masalah.

“Tapi jadi tak betul adalah bila pada hari itu kita pakai baju kuning, coklat dan sebagainya tiba-tiba ada kematian kita balik dan tukar baju pakai warna hitam.

IKLAN

“Itu salah! Terutama kerana mengikut orang bukan Islam bila ada kematian pakai hitam,”tegas Ustaz Azhar Idrus.

Hukum meniru budaya orang kafir pakai hitam di hari kematian

Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadith
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya “ Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka “

IKLAN

Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.

Imam Ghozali menyebut di dalam Ihya ‘Ulumuddin bahwa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram kerana termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian orang-orang kafir.

IKLAN

Oleh itu jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian samada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.

Tetapi jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian maka hukumnya adalah haram.

Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI