Ads

Tragedi Di Dewan Sekolah, Mengapa Keganasan Pelajar Perlu Dihentikan Segera

Khabar duka yang menyelubungi masyarakat baru-baru ini menyiat hati sesiapa sahaja yang membacanya. Kejadian tragis yang menimpa seorang pelajar perempuan iaitu seorang anak yang penuh dengan cita-cita murni untuk menjadi seorang doktor menemui ajal secara tragis di dalam dewan sekolahnya sendiri akibat keganasan di sekolah.

Di saat-saat akhir hayat mangsa, kehadiran nenek mangsa yang sempat membimbing dan mengajar kalimat tauhid (Lā ilāha illallāh) menyentuh sanubari ramai. 

Detik hiba itu menjadi lambang kasih sayang dan empati antara ahli keluarga di tengah-tengah musibah yang amat berat.

BACA JUGA:  Buli Dalam Islam, Jangan Anggap Sekadar Gurauan, Setiap Perbuatan Akan Dihitung

Namun, di sebalik kesedihan yang melanda, peristiwa ini membuka mata kita semua terhadap satu hakikat yang pahit iaitu kegansan dalam kalangan remaja sekolah tidak boleh dibiarkan berakar.

Sekolah Sepatutnya Jadi ‘Zon Selamat’ buat Anak-Anak Bukannya Tempat Keganasan

Bagi setiap ibu bapa, sekolah adalah sebuah tempat yang paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu, membina sahsiah dan mengejar impian. 

Ads

Setiap kali melangkah keluar dari rumah dengan menggalas beg sekolah, doa dan harapan mengiringi perjalanan mereka.

Apabila insiden keganasan berlaku di kawasan sekolah di tempat yang sepatutnya dipenuhi dengan nilai ilmu dan kasih sayang, ia mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan masyarakat. 

Mengapa persekitaran yang sepatutnya menjadi perlindungan kini terdedah kepada ancaman sebegini?

Ads

Isu keselamatan fizikal, pengawasan persekitaran sekolah, serta SOP pemantauan kawasan berisiko perlu diberi perhatian serius agar tiada lagi anak-anak yang menjadi mangsa.

Mendidik Emosi & Kawalan Kemarahan Sejak Awal

Keganasan jarang sekali berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab. Selalunya, tindakan agresif berpunca daripada konflik yang tidak dibendung, kemarahan yang membara atau tekanan emosi yang gagal dikawal.

Dalam Islam, kawalan emosi dan sifat sabar amat dituntut. 

Ads

Pencegahan keganasan mesti bermula dari rumah dan peringkat awal persekolahan:

  1. Pendidikan Pengurusan Emosi (Anger Management): Anak-anak perlu diajar cara menyalurkan kemarahan atau ketidakpuasan hati secara sihat, bukannya melalui tindakan fizikal atau kekerasan.
  2. Memupuk Empati & Kasih Sayang: Mendidik generasi muda untuk menghormati hak dan nyawa insan lain, serta memahami bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian tanpa perlu mengangkat tangan atau senjata.

Bagi memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat dan harmoni, peranan pelbagai pihak amat diperlukan:

  • Budaya Bersuara (Whistleblowing): Galakkan pelajar bersuara dan melaporkan sekiranya mereka melihat tanda-tanda ugutan, buli atau tingkah laku mencurigakan di kalangan rakan sekolah.
  • Peranan Guru Kaunseling & Sokongan Mental: Mengenalpasti pelajar yang menunjukkan simptom tekanan emosi atau sifat agresif lebih awal untuk diberikan bimbingan serta kaunseling.
  • Pengawasan Persekitaran Sekolah: Memastikan kawasan sunyi seperti dewan terbiar, bilik khas, atau sudut persekolahan sentiasa dalam pemantauan rapi serta mempunyai kawalan pergerakan yang jelas.

Cita-cita murni seorang anak untuk bergelar doktor dan berbakti kepada masyarakat kini terhenti di dewan sekolah. Pengorbanan dan tragedi ini seharusnya menjadi ikhtibar (lesson learned) terbesar buat kita semua untuk tidak mengambil leka isu kesihatan emosi, kawalan keselamatan, dan bahaya keganasan.

Sama-sama kita mendoakan agar roh mangsa dicuduri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman. Buat keluarga mangsa, semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan yang tinggi dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Teringat Orang Yang Dah Meninggal? Ini Penjelasan Penting Yang Ramai Keliru

Pernah tak ketika sedang sibuk melakukan sesuatu, tiba-tiba wajah seseorang yang sudah meninggal dunia muncul dalam ingatan? Mungkin arwah ibu atau ayah, datuk dan nenek,...