Nelydia mohon maaf, akui masih baru berhijrah. “Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab.’ Itulah luahan hati Nelydia Senrose yang mengakui dirinya yang masih baru dalam penghijrahan seterusnya memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.
Benarlah hati manusia berubah-rubah, begitu juga dengan figura ini. Dirinya juga tak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidupnya seperti orang lain. Manusia mana yang sempurna, begitu juga dia.
Doakan Saya, Agar Diberikan Iman Yang Kuat Untuk Kekal Berhijab
“Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.
“Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik. Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari,” ungkapnya.
Tak pernah rasa terbeban dan anggap seperti anak sendiri. ‘Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan.’ Biarpun perit kehilangan dua insan tersayang, namun kehidupan perlu diteruskan.
Wanita ini bukan saja kehilangan abang sulungnya, malah dia turut kehilangan kakak ipar yang juga sahabat baiknya selepas dua insan kesayangan itu meninggal dunia dalam kemalangan, tahun lalu.
Sejak tragedi itu, Norhaziantie Zailani, 33, mengambil alih tugas dan tanggungjawab menjaga tiga anak pasangan itu yang kini meneruskan kehidupan dengan kasih sayang dan perhatiannya serta keluarga.
Mengimbas tragedi hitam itu, abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan, Daryan Marwa meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di sini, 19 November tahun lalu.
Manakala, tiga anak mereka yang selamat dalam kejadian itu ialah Mohamad Danish Uqasha, 10, Dhia Medina, 6, serta Damiaa Melissa, 3.
Jelas Norhaziantie, hubungannya dengan abang, Mohamad Shafiq yang dipanggil Along memang sangat rapat selain kakak ipar, Faeiznoor adalah sahabat baiknya, malah mereka juga tinggal di kawasan perumahan sama dan bersebelahan.
Menurutnya, sejak pemergian dua insan tersayang itu dia mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudara dengan kerelaan diri sendiri dengan persetujuan suami Khairul Haznizam Roslan, 37.
“Suami juga mahu menjaga semua anak Along, malah dia juga sahabat baik Along sejak dari dulu dan selalu menghabiskan masa bersama.
“Mereka juga selalu meminta kami menjaga semua anaknya dan tak sangka apa yang selalu dikatakan itu akhirnya terjadi juga.
“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak Along berada dalam keadaan baik dan mereka menerima kehilangan ibu bapa biarpun perit, namun kehilangan itu bukan saja dirasai mereka tetapi seluruh keluarga kedua pihak,” katanya tinggal di Bukit Sagu 2, Kuantan, Pahang.
Di samping itu, anak sulung abangnya, Mohamad Danish Uqasha adalah anak susuannya dan kanak-kanak itu bersama dua lagi adiknya memang memanggil dirinya dan suami dengan panggilan ibu dan papa.
“Saya menjaga mereka dengan ikhlas dan tidak pernah berasa terbeban langsung, malah memang menganggap mereka seperti anak sendiri sejak Along dan Kak Long masih ada lagi. Saya layan anak mereka sama seperti anak kandung, tiada beza.
“Saya masih ingat pada hari pertama along dan isterinya meninggal dunia, acah (nama panggilan untuk anak sulung) cakap ‘abah dan mama sudah tiada. Acah tahu ibu sayang acah, boleh tak sayang adik macam acah?’. Itu memang menyedihkan saya kerana saya sayang mereka semua tiada beza.
“Kami akan jaga amanah yang ditinggalkan Along dan isterinya dengan baik dan akan cuba berikan pendidikan dunia dan akhirat yang lengkap untuk mereka sama seperti tiga anak kami,” katanya yang berniaga dalam talian dan menjahit barangan kanak-kanak seperti bantal dan tilam kekabu.
Norhaziantie yang kini mendapat hak penjagaan sepenuhnya tiga anak saudaranya itu mengakui tahun pertama Aidilfitri tanpa dua insan tersayang itu sangat berbeza terutama kepada anak arwah.
“Tahun pertama tanpa along sangat berbeza untuk keluarga kami. Kakak ipar pandai memasak, dia boleh dianggap ketua tukang masak keluarga. Along pula seorang yang manja, ceria dan suka berkongsi cerita dengan adiknya dan rakan.
“Kami sekeluarga sedih tetapi kami sepakat tidak menunjukkan perasaan itu di depan anak Along sebab kami tak mahu mereka juga berasa sedih dan merasai kekosongan itu,” katanya.
Manakala di akaun Facebooknya, Haziantie meluahkan rasa hatinya:
Raya penuh makna yang sangat dalam buat kami tahun ini.
Terima kasih Along membahagiakan adik dengan meninggalkan anak anak Along bersama adik untuk adik terus perjuangkan rasa sayang kita yang tak kan pernah putus.
Walaupun anak-anak Along kehilangan Along ,Paih dan Dayyan adik cuba sedaya upaya adik bahagiakan mereka sama macam adanya abah dan mamanya,sehingga tiada rasa kurang yang dalam buat mereka.
Kami bahagia berlapan long..kami happy sangat. Along berbahagialah bersama isteri dan anak Along di sana seperti kami di sini.
Kita pasti berjumpa nanti, kita hanya berubah Alam tapi kita tetap ada. Al-fatihah.
Kashoorga : Peritnya menerima kehilangan ibu dan ayah, apa lagi anak-anak ini masih kecil. Semoga terus kuat menghadapi hidup wahai anak-anak.
Hidup sebagai pasangan suami isteri, memang perlu saling hormat menghormati supaya rumah tangga dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun ada juga segelintir para suami yang tidak hormatkan isteri. Sanggup lakukan isteri seperti orang gaji padahal insan ini perlu dimuliakan sebaik mungkin.
Menyedari perkara ini menjadi amalan normal dalam masayarakat kita, pemilik akaun Facebook Akhtar Syamir menyatakan 20 ciri suami yang tidak menghormati isteri untuk
dijadikan panduan agar perkara seumpama ini tidak terus berlaku.
Apa guna jika hidup bertahun lamanya tetapi sebenarnya batin isteri tersiksa diperlakukan seperti hamba oleh suami sendiri.
Ayuh kita selidiki ciri-ciri suami yang tidak hormatkan isteri untuk dijadikan panduan.
1. Tidak memberi kuasa kepada isteri di depan anak. – Ramai yang buat perkara ini tanpa sedar. Bila kita membangkang keputusan yang dibuat si ibu di hadapan anak, secara automatiknya anak akan menjadi kurang hormat kepada isteri.
2. Tidak jujur dan berterus-terang. – Isteri berhak tahu kebenaran tentang semua perkara dari suami. Menyembunyikan sesuatu perkara boleh dikategorikan sebagai penipuan terutamanya jika ia melibatkan isteri dan perhubungan.
3. Tidak mendengar dan mempedulikan pendapat. – Saya, saya, saya. Pendapat isteri diperlekehkan dan dipandang rendah.
5. Sentiasa membandingkan isteri dengan wanita lain. – Antara perbuatan yang paling memberi kesan yang mendalam.
6. Sentiasa membandingkan diri dengan isteri. – Membandingkan sumbangan kepada keluarga, membandingkan gaji, membandingkan kerja, tahap pendidikan dan sebagainya.
7. Memaksa isteri untuk berubah mengikut standard suami. – Tidak semua perkara boleh jadi apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, tidak semua isteri pandai memasak, tidak semua isteri suka aktiviti luar, tak semua isteri suka main game, tak semua isteri mampu menjadi jelita seperti artis. Ini standard yang kadang-kala tidak mampu dicapai tetapi tetap dipaksa.
9. Tidak rasa keperluan untuk membela dan melindungi isteri. – Isteri mengadu diganggu, biarkan. Isteri kena raba, biarkan. Isteri takut, dibiarkan.
10. Keperluan isteri tidak terjaga. – Keperluan asas contohnya pencuci muka, syampu, sabun, alat solek biasa tidak diambil peduli. Keperluan masa isteri dengan suami pun tidak diendahkan.
12. Tidak mahu membantu. – Semua kerja di rumah dilepaskan kepada isteri. Tidak memainkan peranan membantu mana yang patut.
13. Menganggap keluarga isteri tidak penting. – Menganggap apabila isteri sudah berkahwin, keluarga isteri tidak perlu penting. Hubungan antara isteri dan keluarganya sendiri dijauhkan.
14. Tidak peduli jika isteri tiada mood atau terlalu penat untuk hubungan seks. – Apa salahnya jika bertanya dahulu supaya kedua-duanya akan boleh menikmatinya bersama? Perhubungan ini bukan 1 hala sahaja.
16. Tidak mengambil tahu masa rehat isteri. – Hanya fokus pada diri sendiri. Tidak fikir sama ada isteri penat atau tidak. Perkara ini asas sahaja sebenarnya. Manusia ada tahap tenaga dan kemampuannya.
17. Selalu mengingatkan yang tiada orang lain yang mahukan isteri selain dia. – Ego dan “gaslight”. Selalu cuba meyakinkan yang isteri itu tidak berguna tanpa dia.
18. Membuat keputusan tanpa persetujuan atau pandangan isteri. – Tidak kira dari segi pelaburan, pembelian dan apa juga keputusan yang melibatkan isteri, keluarga dan masa depan, perlu dapatkan pandangan isteri juga.
20. Sentiasa memuji wanita lain di hadapan isteri. – Memuji wanita lain di hadapan isteri umpama merendah-rendahkan isteri. Ada yang boleh terima, tetapi ada yang sengaja berbuat demikian untuk membuat isteri terasa. Namun ada juga yang tidak rasa perbuatan itu memberi kesan kepada isteri.
Ambil positif ciri-ciri ini. Jauhkan diri dari melakukan perbuatan yang menjadikan anda tidak hormat kepada isteri. Mereka layak dihormati seperti mana anda sebagai suami layak dihormati isteri.
Saya akan tulis mengenai ciri-ciri isteri yang tidak menghormati suami pula selepas ini supaya sama-sama kita boleh ambil iktibar dan berusaha ke arah suasana hubungan dan keluarga yang bahagia. In Shaa Allah.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua. Jadilah sebahagian dari punca sesuatu keluarga menjadi bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Karektor individu ditentukan oleh bulan kelahirannya. Walau tidak seratus peratus tepat tetapi ia masih ada kena mengena.
Rahsia bulan kelahiran ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka. Dan kajian ini adalah untuk individu lahir bulan Jun.
Dan ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Menurut kajian ini dikatakan individu yang lahir bulan Jun disifatkan sebagai seorang yang berfikiran jauh dan berwawasan. Malah mereka juga dikatakan seorang yang sikapnya mudah ditawan kerana bersikap baik.
Mempunyai perangai yang lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan juga mood. paling bagus, mereka ini mempunyai idea yang banyak, tetapi hati-hati kerana seorang yang sensitif.
Mereka juga senang didekati kerana insan yang pandai membuat lawak, bergurau, senang untuk dibuat kawan dan pandai berkawan.
Tetapi awas ada juga sikap buruk mereka, antaranya cepat marah, mudah kecil hati dan juga seorang yang degil.
Lihat beberapa lagi sikap individu yang lahir bulan Jun ini mengikut kajian Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Antara selebriti yang lahir pada bulan Jun adalah Wardina Safiyyah, Intan Ladyana, Johan Raja Lawak, Ning Baizura, Haqiem Rusli dan Aiman Tino.
JUN # berfikiran jauh & berwawasan # mudah ditawan krn sikap baik # berperangai yg lemah lembut # mudah berubah sikap,perangai,idea @mood # idea yg terlalu banyak dikepala # bersikap sensitif # otaknya aktif (sentiasa berfikir) # sukar melakukan sesuatu dgn segera # bersikap suka menangguh-nangguh # bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik # cepat marah & cepat sejuk # suka bercakap & berdebat # suka buat lawak & bergurau # otaknya cerdas berangan-angan # mudah berkawan & pandai berkawan # org yg sangat tertib # pandai mempamerkan sikap # mudah kecil hati # mudah kena selsema # suka berkemas # cepat rasa bosan # sikap terlalu memilih & cerewet # kurang mempamerkan perasaan # lambat nak sembuh apabila terluka hati # suka kepada barang yang berjenama # mudah menjadi eksekutif # kedegilan yg tidak terkawal # sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?