Menurutnya dia berkongsi perkara itu secara perlahan-lahan kerana bimbang penghijrahannya itu akan terjejas.
Selain itu pemilik nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 31 tahun ini juga berharap tindakan itu akan membawanya ke jalan yang lebih baik dan menjadi isteri serta ibu yang sempurna.
“Sejujurnya saya memang dah lama berniat untuk berhijrah, tetapi hati berbolak-balik dan saya dah cuba banyak kali pakai tudung, cuma saya rasa mata tu banyak fikir duniawi dan karier saya.
“Tapi bila sekarang di usia 31 tahun, saya dah dapat apa yang saya nak walaupun kehidupan sangat sederhana, bagi saya Allah dah bagi semua yang saya minta.
“Masa bujang dulu saya nak sangat kahwin dan Allah hadirkan suami dan selepas kahwin dalam masa tiga tahun saya doa sangat nak anak.
“Allah kurniakan saya zuriat masa itu saya teretik apa saya nak semua dapat, tetapi saya tak sempurna menutup aurat dan sebagainya,” katanya kepada Mstar.
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga. Hanya Allah sahaja tahu siapa yang menerima hidayah dariNya dan insan ini memang cukup bertuah. Tanggal 25 September menyaksikan seorang Youtuber Korea terkenal, Jay Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han bergelar seorang Muslim.
Video bagaimana perjalanannnya mengucapkan dua khalimah syahadah di hadapan imam Masjid di Seoul juga viral di laman youtube semalam. Memilih nama Daud Kim kerana mirip namanya dalam Khatoilknya, David.
Dalam satu posting di laman instagamnya, dia yang sebelum ini beragama Khatolik berkata sejak tertarik dengan Islam, banyak perkara dalam hidupnya telah berubah.
Menurutnya dia belum bersedia tetapi dia akan sentiasa berusaha untk menjadi seorang Muslim yang baik. Dia juga memberitahu ingin bertaubat atas dosa dilakukan dan berserah semuanya pada Allah SWT.
Walaupun dilahirkan bukan sebagai Muslim, tetapi dia tahu Allah sentiasa bersamanya dan memberikan petunjuk dan membantu untuk mengenali Allah dengan lebih dekat.
Dia yang mempunyai subcriber lebih dari 500K merupakan antara youtuber terkenal Korea walaupun sebelum ini pernah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu.
Perkhabaran berita pengislamannya ini mendapat reaksi positf dari followernya dan menzahirkan rasa syukur. Malah ramai sebenarnya sudah menjangkakan dia akan memeluk Islam kerana selalu muat naik video pencariannya tentang Islam.
Bukan itu sahaja, dia juga sering muat naik video yang membawa informasi tentang budaya Islam di Korea dan interaksinya bersama penganut Islam di sini.
Sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memeluk Islam kepada ibunya, tetapi ditentang kerana golongan Muslim di Korea adalah minoriti.
Semoga Jay Kim atau Daud Kim kekal istiqamah dengan agama barunya dan terus membuat video berkaitan Islam dengan lebih banyak agi.
Dia yang muat naik posting di laman sosial Instagram memberitahu bahawa dirinya bersyukur kerana dipilih oleh Allah untuk menyambut kelahiran anak keduanya yang dilahirkan dalam kereta.
Menurutnya, betapa sebagai ayah dia begitu menyayangi anak perempuannya ini, Marissa Dania Hakim yang kini sudah beusia 15 tahun.
Tidak kisah bagaimana sejarah kelahirannya kelahirannya tetapi hasil didikan kedua ibu bapanya, Marissa dilihat bukan sahaja dikurniakan wajah yang cantik tetapi membesar sebagai seorang anak yang mempunyai sikap anak yang baik, menurut kata ibu dan ayahnya dan begitu menyenangkan orang di sekelilingnya.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek)
Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni…
Posting ini turut mendapat reaksi warganet. Masing-masing mendoakan anak gadisnya dipanjangkan umur dan menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
“Allah uji saya, tak boleh tidur sampai kurus’. Lima bulan tak boleh lena, titik tolak faizal ismail pilih berhijrah ke jalan Allah.
Tak dapat bayangkan tak dapat tidur lima bulan, sehari pun tak tentu arah hidup. Benarlah setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkongsi titik tolak hijrah Faizal Ismail.
Kisah itu dikongsikan beliau ketika mengikuti program Jom Cuci Masjid (JCM) siri ke 39 di Kampung Tok Muda, Kapar Klang. Apa yang menarik, program tersebut turut disertai oleh seorang personaliti radio dan pengacara TV iaitu Faizal Ismail (FBI).
Menerusi sesi perkongsian, Faizal telah mengambil peluang bercerita tentang pengalaman hijrah yang beliau lalui. Moga kisah yang dikongsikan oleh Faizal ini menjadi panduan dan teladan bersama.
“Ceritanya bermula semasa Covid-19 melanda negara, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu itu allah tarik satu nikmat dari hidup saya, nikmat tidak boleh tidur.
‘Kalau difikirkan, tidak ada masalah apa sangat pun cuma tidak boleh tidur sahaja. Orang lain diuji dengan macam-macam penyakit kanser dan sebagainya. Saya cuma tidak boleh tidur,” kata Faizal.
Menurut Faizal, masalah sukar tidur yang dialaminya bukan hanya sehari dua tetapi sehingga lima bulan. Beliau juga sudah berjumpa ramai doktor dan buat pemeriksaan namun kata doktor tiada apa-apa masalah kesihatan. Mungkin terlalu runsing memikirkan PKP dan Covid-19.
“Cuba bayangkan. Saya sudah cuba tidur pagi, petang, siang dan malam tapi tetap terjaga. Saya jadi pening, serabut, lemah, hidup tidak tentu arah sampai kurus. Macam-macam orang bagi pendapat. Ada yang cakap kena sihir, gangguan jin dan sebagainya,” kata Faizal.
Selepas itu Faizal berjumpa pula dengan ustaz-ustaz. Mereka menasihatkan Faizal jangan terlalu memikirkan ada gangguan syaitan, sihir atau seangkatan dengannya. Fikir apa yang Allah hendak bagi pada beliau.
Menurut Ustaz Hanafi pula, beliau rasa tersentuh dengan perkongsian Faizal. Di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang ALLAH hendak bagi. Itu kata-kata yang diucapkan oleh ustaz-ustaz yang ditemui oleh Faizal.
‘LUAHAN FAIZAL. BETUL. ALLAH UJI MANUSIA DENGAN BERMACAM-MACAM CARA. SAYA SENDIRI DIUJI DENGAN KANSER. ADA ORANG DIUJI DENGAN HARTA, KONFLIK SAUDARA DAN SEBAGAINYA,” JELAS USTAZ HANAFI
Berbalik semula pada perkongsian Faizal, semasa mendengar ustaz-ustaz berbicara tentang ujian dan rahmat Allah, Faizal mengakui dia tidak ada rasa apa-apa. Mungkin sebab beliau tidak memahami maksud yang ustaz-ustaz ini cuba sampaikan.
“Saya berfikir, macam mana ALLAH sayang saya. ALLAH hendak bagi rahmat macam mana. Sedangkan saya pening. Saya lemah. Tidak terurus. Saya tidak faham macam mana ALLAH sayang saya dalam keadaan saya menderita dengan keadaan itu.
“Lima bulan dalam keadaan tidak tentu arah, saya hanya duduk di atas katil. Waktu itu saya hanya tahu mengadu pada ALLAH. Akhirnya saya sedar bahawa yang memiliki segala-galanya adalah ALLAH.
‘Hatta tidur saya sekali pun milik ALLAH. Kalau ALLAH tidak izinkan kita tidur, jangan harap kita dapat tidur walau sekejap sekalipun,” ujar Faizal.
Faizal mengakui betapa besarnya kuasa dan nikmat ALLAH. Selepas mula mendapat kesedaran terhadap apa yang dilaluinya, Faizal mula bermuhasabah tentang kehidupannya sebelum itu. Sibuk dengan bermacam-macam urusan. Tidak sempat hendak solat berjemaah dan membaca al-Quran.
“Saya langsung tidak berkesempatan hendak menyertai program-program mencuci masjid seperti yang saya sertai ini. Jadual sangat padat, tidak sempat hendak fikir soal akhirat,” jelas Faizal.
Selepas pengalaman yang dilaluinya, Faizal mula mencari orang-orang alim serta mengikut mereka, dapatkan nasihat dan ilmu agama dan memilih jalan hidup yang lebih sempurna. Begitulah cerita tentang penghijrahan Faizal seperti yang diulas oleh Ustaz Hanafi.
Jelas Ustaz Hanafi, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Tidak kira rezeki itu besar atau kecil, kita suka atau tidak suka. Mesti bersyukur. Syukur ini bukan setakat ucap terima kasih di mulut.
Bukan setakat lafaz Alhamdulillah sahaja tetapi menggunakan segala nikmat yang ALLAH bagi mengikut apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang.
“ALLAH SURUH KITA SOLAT, MASUK WAKTU, MESTI SOLAT. ALLAH SURUH BUKAN PAKSA. BULAN RAMADAN ALLAH SURUH PUASA KITA PUASA. ALLAH BAGI MATA SURUH KITA TENGOK BENDA BAIK-BAIK. JAGA MATA KITA HANYA UNTUK PANDANG YANG BAIK-BAIK.
“ALLAH bagi kita mulut supaya kita makan makanan yang halal. Jaga percakapan kita dari menyakiti hati orang. ALLAH bagi rezeki wang ringgit yang banyak maka keluarkan zakat, banyakkan infaq dan sedekah,” kata Ustaz Hanafi.
Ternyata, bermacam nikmat yang ALLAH beri, banyaknya tidak terkira. Dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita hendak tulis nikmat yang ALLAH bagi pada kita dengan seluruh lautan yang ada di muka bumi ini pun, tidak mampu kita hendak tuliskannya.
Kashoorga: Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, cuma kadang-kadang kita terleka.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.