Hukum hentikan solat untuk jawab panggilan telefon penting
Situasi hari ini kebanyakan dari kita seakan tidak boleh ‘berpisah’ dengan telefon bimbit. Ia sentiasa dibawa ke mana-mana termasuklah ketika hendak solat hingga mengganggu tumpuan sewaktu menghadap Allah.
Malah ada yang sanggup menghentikan solat kerana mahu menjawab panggilan daripada orang yang penting tanpa rasa bersalah, sedangkan perbuatan ini dilarang oleh Allah SWT.
Allah SWT melarang umat Islam untuk sengaja membatalkan amalannya dengan sengaja tanpa apa-apa sebab yang mengharuskannya untuk melakukan demikian. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!(Surah Muhammad: 33)
Ads
Dalam hal ini, para ulama’ membezakan hal keadaan orang yang ingin menghentikan solat dengan melihat dari sudut sama ada solat tersebut merupakan solat fardhu ataupun solat sunat, serta sama ada ia disebabkan oleh uzur syar’ie ataupun bukan.
Jika sekiranya solat tersebut merupakan solat fardhu, maka haram hukumnya bagi seseorang tersebut dengan tanpa uzur syar’ie yang membolehkannya membatalkan solatnya tersebut berdasarkan ayat yang disebutkan di atas.
Maksudnya: Membatalkan ibadah yang wajib setelah memulakannya tanpa sebab yang membolehkannya melakukan demikian adalah tidak harus dengan sepakat para fuqaha’. Hal ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34:51)
Diharus hanya jika keadaan yang mendesak dan kecemasan
Walau bagaimanapun jika disebabkan oleh sebab yang dibolehkan oleh syarak dan keadaan yang mendesak dan kecemasan seperti menyelamatkan diri sendiri atau orang lain daripada bahaya contohnya, maka ia diharuskan berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa:
الضَّرُورَةُ تُبِيحُ االمَحْظُورَاتِ
Maksudnya: Keadaan yang darurat itu mengharuskan perbuatan-perbuatan yang haram.
Ads
Manakala, jika sekiranya seseorang itu sedang mendirikan solat sunat, maka hal keadaan ini adalah lebih ringan berbanding solat fardhu, sama seperti jika seseorang itu berpuasa sunat.
Para ulama’ memberikan kelonggaran dalam keadaan seperti ini dengan mengharuskan untuk seseorang itu membatalkan solat atau puasanya disebabkan oleh keperluan. Perkara ini disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj, bahawa:
Maksudnya: Barangsiapa melaksanakan puasa sunat atau solat sunat dan seumpamanya daripada amalan sunat kecuali haji, maka dia boleh membatalkannya bersandarkan kepada hadith sahih, “Seorang yang berpuasa sunat berkuasa terhadap dirinya sendiri, jika sekiranya dia ingin terus berpuasa atau berbuka puasa, maka dia boleh melakukan demikian.” Justeru itu, diqiaskan hal ini kepada solat dan seumpamanya. Oleh itu, firman Allah SWT, Dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu, merujuk kepada ibadah yang fardhu. (Rujuk Tuhfat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 3:459-460)
Ads
Di samping itu juga, Rasulullah SAW menyuruh umatnya untuk mendirikan solat dalam keadaan khusyuk dan tenang. Allah SWT berfirman:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.(Surah al-Mu’minun: 1-2)
Justeru dapatlah difahami bahawa kita dituntut untuk khusyuk di dalam solat dengan cara memberi fokus kepada solat tersebut dan tidak mencampur-adukkannya dengan urusan lain dari hal keduniaan.
Justeru, kita hendaklah memberikan fokus dan tumpuan yang sepenuhnya ketika menunaikan solat dan menghindarkan segala gangguan yang boleh menyebabkan konsentrasi terganggu seperti bunyi telefon, televisyen dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika seseorang itu sedang mendirikan solat fardhu, maka tidak boleh untuk dia membatalkan solatnya kecuali jika terdapat hal kecemasan dan darurat seperti menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya atau harta benda yang berharga.
Oleh itu, dalam hal ini, sekiranya panggilan telefon yang diterima tersebut dirasakan merupakan sesuatu kecemasan dan darurat, maka dibolehkan untuk membatalkan solat untuk menjawabnya.
Walau bagaimanapun, jika sekiranya seseorang mendirikan solat sunat, maka boleh untuk dia menghentikan solatnya untuk perkara-perkara yang penting. Namun, adalah sebaik-baiknya menyempurnakan solat tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan pekerjaan penting tersebut supaya dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekarang ini ramai yang mula bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang dikatakan semakin ramai yang didapati positif selepas pemeriksaan dibuat.
Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu bagaimana mereka ini dikatakan terkena jangkitan virus COVID-19 yang telah membunuh ribuan orang di seluruh dunia.
Wabak yang sangat menakutkan.
Dalam satu perkongsian memberitahu ada juga simptom yang akan keluar selepas 24 hari. Ayuh, ikuti perkongsian ini.
Covid 19 yang terbaru mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan selama beberapa hari, ada yang simptomnya keluar selepas 24 hari..
Jadi, bagaimana mungkin seseorang tahu jika dia telah dijangkiti?
Pada mereka yang mempunyai demam dan/atau batuk dan pergi ke hospital, paru-paru biasanya telah 50% dijangkiti (Fibrosis) dan ketika ini sudah terlambat!
Pakar Taiwan menyediakan kaedah pemeriksaan sendiri yang boleh kita lakukan pada setiap pagi:
1. Sedut nafas panjang sedalamnya dan tahan nafas anda selama lebih daripada 10 saat… Sekiranya anda berjaya melakukannya tanpa batuk, ketegangan atau ketidakselesaan dan sebagainya, ia membuktikan tiada fibrosis dalam paru-paru, yang pada asasnya tidak menunjukkan sebarang jangkitan.
2. Pada masa kritikal, sila lakukan sendiri ujian ini setiap pagi dalam persekitaran udara yang bersih!
SARANAN YANG SANGAT BAIK oleh doktor Jepun yang merawat kes-kes COVID-19.
1. Setiap orang harus memastikan mulut & kerongkong anda lembap dan tidak pernah KERING!
2. Teguk sedikit air setiap 15 minit sekurang- kurangnya.
MENGAPA? Walaupun virus masuk ke dalam mulut anda … air minum atau cecair lain akan MELALUKAN mereka melalui kerongkong ke dalam perut.
Setelah berada di perut yang mempunyai ACID, ia akan membunuh semua virus yang masuk ke dalamnya.
Sekiranya anda kurang minum air secara lebih kerap, virus boleh mula menjangkiti ke paru-paru anda. Di mana keadaan ini sangat berbahaya!
Perlu kerap minum air.
Tolong sebarkan kepada keluarga, kawan dan semua orang tentang ini!
Berdoalah semoga dunia pulih daripada virus Covid 19 sesegera mungkin..
Allahumma amin..
Sayang semua…
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Akan faham kenapa populariti itu sementara. Satu hari nanti akan faham. Bahawasanya semua benda yang dia buat atas tujuan marketing ini hanya akan berakhir di dunia.
Da’i Wan Sedih
Sayang. Seribu kali sayang. Kerana nasihat tak pernah berhasil. Kita nasihat sebab kita sayang. Kita marah sebab kita prihatin.
‘Ya Allah, apa yang telah aku buat di dunia selama ini, aku tersalah mencipta rantaian dosa yang berbahaya. Ampunkan aku dan pulangkan aku ke dunia. Ketika itu, tiada lagi peluang untuk mu. Bukankah kekesalan itu tiada gunanya.”
Sudahlah saudara seislamku, berhentilah. Buatlah sesuatu yang memberi makna pada kehidupan ini dan berfikirlah untuk akhirat mu sama. Ketika masih punya waktu. Janganlah sia-siakan ia dengan berjoget dan menyanyi semata-mata.
Ikhlas dari insan yang telah lama menyepi dari teguran terbuka dan mungkin kini akan kembali semula bila hati tak keruan melihat pelbagai jenis maksiat moden bermaharaja lela hari ini.
Berkali Tak Berhasil
Berhentilah. Mungkin sudah sampai waktunya. Kerana kematian itu tak pernah terlambat, tak pernah cepat sesaat.
Pemergian suami sebagai ketua keluarga apatah lagi dalam keadaan mengejut bukan saja memberi kesedihan tapi juga kebimbangan pada sang isteri. Terutama memikirkan tentang masa depan diri dan anak.
Meskipun ada hak yang telah ditetapkan buat isteri setelah suami meninggal dunia akan tapi sering kali juga berlaku kekeliruan malah konflik terutama berkaitan harta yang ditinggal.
Supaya kaum wanita dan juga masyarakat sedar tentang hak isteri selepas kematian suami perkongsian info dari Majlis Agama Islam Selangor tentang perkara tersebut.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semuaharta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...