--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Keluar Rumah Tanpa Izin Suami, Bilakah Isteri Tidak Dianggap Nusyuz?

Kehidupan berumah tangga menuntut suami dan isteri memahami hak serta tanggungjawab masing-masing. Antaranya, seorang isteri disarankan untuk memaklumkan dan mendapatkan keizinan suami sebelum keluar dari rumah.

Namun, dalam kehidupan seharian, ada kalanya isteri perlu keluar untuk bekerja, membeli barangan keperluan, mendapatkan rawatan atau menguruskan urusan penting. Jika keizinan perlu diminta setiap kali, keadaan ini mungkin dilihat membataskan pergerakan isteri.

Persoalannya, apakah hukum jika seorang isteri keluar rumah tanpa mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu?

Secara asasnya, mendapatkan keizinan suami sebelum keluar rumah merupakan antara tanggungjawab seorang isteri dalam rumah tangga.

Sekiranya isteri keluar tanpa izin suami dan tanpa sebarang keuzuran yang diiktiraf syarak, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai tidak mentaati suami. Dalam keadaan tertentu, ia juga boleh termasuk dalam perbuatan nusyuz.

BACA JUGA: Suami Tetap Wajib Beri Nafkah Walaupun Isteri Bekerja. Jangan Ambil Mudah Hal Ini

Kesannya, jatuhnya hukum haram dan berdosa besar kerana tidak mentaati perintah suami sedangkan ia merupakan tanggungjawab seorang isteri. 

Daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda mengenai hak suami ke atas isterinya yang bermaksud:

“Hak suami ke atas isterinya ialah dia tidak boleh keluar dari rumahnya melainkan dengan izinnya. Sekiranya dia melakukannya, dia akan dilaknat oleh malaikat rahmat dan malaikat kemurkaan sehingga dia bertaubat.”

Hadis ini menjadi peringatan tentang pentingnya seorang isteri menjaga adab dan menghormati suami dalam urusan keluar rumah.

Namun begitu, ketaatan kepada suami hanya diwajibkan dalam perkara yang makruf dan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Ads

Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan beberapa pandangan ulama, terdapat keadaan tertentu yang membolehkan seorang isteri keluar rumah tanpa keizinan suami.

1. Menghadapi Ancaman Bahaya Atau Kezaliman

Sekiranya isteri berdepan ancaman terhadap keselamatan, nyawa, maruah atau agamanya, dia dibenarkan keluar untuk menyelamatkan diri.

Contohnya, isteri yang menjadi mangsa penderaan rumah tangga boleh keluar dari rumah bagi mendapatkan perlindungan, rawatan atau bantuan daripada pihak berkuasa.

Dalam keadaan sebegini, keselamatan diri perlu didahulukan dan isteri tidak dianggap berdosa kerana keluar tanpa izin suami.

2. Menuntut Hak Di Mahkamah

Isteri juga dibenarkan keluar untuk berjumpa hakim, pihak berkuasa agama atau mendapatkan khidmat guaman bagi menuntut haknya.

Hal ini termasuklah membuat aduan berkaitan pengabaian nafkah, penderaan, kezaliman atau perkara lain yang melibatkan hak isteri dan anak-anak.

Suami tidak boleh menggunakan alasan ketaatan untuk menghalang isteri daripada mendapatkan keadilan.

Ads

3. Suami Gagal Menyediakan Nafkah

Sekiranya suami gagal atau enggan menyediakan nafkah yang mencukupi, isteri dibolehkan keluar untuk bekerja dan mencari pendapatan bagi memenuhi keperluan diri serta anak-anak.

Bagaimanapun, urusan tersebut sebaiknya dibincangkan dengan baik agar tidak menimbulkan konflik atau salah faham yang lebih besar dalam rumah tangga.

4. Menuntut Ilmu Atau Mendapatkan Fatwa

Isteri juga dibenarkan keluar untuk mempelajari ilmu agama yang wajib diketahuinya sekiranya suami tidak mampu mengajar atau menyediakan ruang untuknya mendapatkan ilmu tersebut.

Begitu juga sekiranya isteri perlu mendapatkan penjelasan hukum daripada pihak yang berautoriti berkaitan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

Memohon keizinan suami tidak semestinya perlu dilakukan secara bersemuka setiap kali isteri ingin keluar.

Dengan kemudahan teknologi, isteri boleh memaklumkan melalui panggilan telefon, mesej atau aplikasi komunikasi.

Ads

Pasangan juga boleh membuat persetujuan umum, contohnya suami memberi keizinan kepada isteri untuk keluar bekerja, membeli keperluan harian, menghantar anak ke sekolah atau menziarahi ibu bapa tanpa perlu meminta izin berulang kali.

Persetujuan seperti ini dapat memudahkan urusan harian serta mengelakkan isteri berasa terlalu dikongkong.

Selepas berkahwin, ibu bapa isteri juga tidak sepatutnya memaksa anak perempuan mereka keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau keizinan suaminya.

Namun, perkara ini tidak bermaksud hubungan isteri dengan ibu bapanya perlu diputuskan. Suami hendaklah bersikap baik dan tidak menghalang isteri daripada menziarahi, menjaga atau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya tanpa alasan yang munasabah.

Keizinan keluar rumah bukanlah bertujuan untuk merendahkan atau mengawal isteri secara berlebihan. Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada adab, penghormatan dan tanggungjawab bersama dalam rumah tangga.

Pada masa yang sama, suami tidak seharusnya menggunakan kedudukannya untuk mengongkong, menzalimi atau menyukarkan urusan isteri.

Komunikasi, kepercayaan dan toleransi antara pasangan sangat penting. Suami dan isteri boleh berbincang serta menetapkan bentuk keizinan yang sesuai dengan rutin keluarga masing-masing.

Kesimpulannya, isteri perlu mendapatkan keizinan suami sebelum keluar rumah. Namun, terdapat beberapa keadaan darurat dan keperluan syarie yang membolehkan isteri keluar tanpa izin.

Ketaatan kepada suami perlu dilaksanakan dalam perkara yang makruf, manakala suami pula wajib memimpin keluarga dengan penuh hikmah, kasih sayang dan ihsan.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Anggota Badan Berbalut Atau Bersimen, Ini Cara Wuduk Yang Betul

Wuduk anggota badan berbalut perlu dilakukan mengikut keadaan kecederaan. Ketahui cara berwuduk yang betul, hukum tayamum dan panduan sah solat menurut Islam.