Ads

Boleh Ke Melambat-lambatkan Solat Sampai Hujung Waktu? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Sebagai seorang Muslim, kita sedia maklum bahawa solat fardu itu adalah tiang agama. Namun demikian, dalam kesibukan urusan seharian sama ada sibuk di pejabat, tersekat dalam kesesakan jalan raya atau leka melayan media sosial, tanpa sedar kita sering menangguhkan solat sehingga ke ‘saat-saat akhir’ sebelum masuk waktu seterusnya.

BACA JUGA: Menangis Ketika Solat Sampai Keluar Suara? Penjelasan Penting Elak Waswas

Persoalannya, apakah hukum sengaja melambat-lambatkan solat di hujung waktu? Adakah solat kita masih sah dan apakah pandangan Islam mengenai perbuatan ini?

Hukum Melambat-lambatkan Solat

Secara umumnya, mengerjakan solat di dalam waktunya sama ada di awal, pertengahan atau hujung waktu adalah sah dari sudut fikah. Namun, terdapat perbezaan hukum mengikut niat dan keadaan:

  1. Harus: Jika ditangguhkan kerana ada keuzuran atau urusan penting yang tidak dapat dielakkan, dengan syarat solat tersebut sempat disempurnakan (sekurang-kurangnya mendapat satu rakaat) sebelum keluar waktunya.
  2. Makruh: Sengaja melambat-lambatkan solat tanpa sebarang alasan atau keuzuran yang sah, sehingga waktu solat sudah terlalu hampir tamat.
  3. Haram & Berdosa Besar: Sengaja menangguhkan solat sehingga waktunya terlalu sempit hingga tidak sempat menyempurnakan keseluruhan solat atau sehingga terkeluar dari waktu solat itu.

Amaran Al-Quran: Awas Golongan yang Lalai!

Allah SWT memberikan peringatan tegas menerusi Surah al-Ma’un berkenaan orang yang mengambil mudah dan melalaikan solat mereka:

Maksudnya: (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (4)

Ads

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

(Surah al-Ma’un: 4-5)

Para ulama menjelaskan bahawa perkataan ‘sahun’ (lalai) dalam ayat ini termasuklah mereka yang sengaja menangguh-nangguhkan solat sehingga keluar atau hampir keluar daripada waktunya tanpa sebarang keuzuran.

Ads

Menunaikan solat pada awal waktu merupakan antara amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT.

Manakala dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW pernah menyifatkan perbuatan sengaja melambat-lambatkan solat sehingga hujung waktu sebagai solat orang munafik:

Maksudnya: Itulah solat golongan munafik, (iaitu) apabila seseorang duduk menunggu terbenamnya matahari. Apabila matahari berada di antara dua tanduk syaitan, dia bangun (mengerjakan solat) sebanyak empat rakaat seperti burung mematuk makanan, dia tidak mengingati Allah di dalamnya melainkan sedikit sahaja. (Hadis Riwayat Muslim)

Ads

Malah, menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika seseorang itu sempat melakukan satu rakaat solat di dalam waktunya, maka solatnya sah dan dianggap sebagai menunaikan solat dalam waktu (adaa’) dan perlu diteruskan. 

Sekiranya tidak sempat mencapai satu rakaat, maka dia dikira sebagai qadha’. Kami nyatakan bahawa solat itu tetap diteruskan dan perlu untuk dirinya berisitighfar dan memperbanyakkan taubat atas kelalaiannya melewatkan solat sehingga hampir tamat waktunya. 

Tip Untuk Sentiasa Solat Di Awal Waktu

  1. Setkan Reminder Azan: Gunakan aplikasi waktu solat di telefon bimbit supaya kita sentiasa peka apabila masuk waktu.
  2. Rancang Jadual Harian: Elakkan mulakan mesyuarat, perjalanan jauh atau urusan penting yang berdekatan dengan waktu solat.
  3. Utamakan Yang Wajib: Ingatlah bahawa rezeki, masa dan urusan kita dipegang oleh Allah. Mendahulukan panggilan Allah akan membawa keberkatan dalam setiap urusan harian kita.

Oleh itu, elakkan diri kita dari tergolong dalam kalangan orang yang ‘mencuri’ masa solat sendiri. Marilah kita berusaha mendisiplinkan diri untuk menunaikan solat di awal waktu demi meraih keredaan dan keberkatan hidup daripada Allah SWT.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

kekurangan diri

3 Jam Sehari Menyulam, Nadzirah Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Cari...

Bakat menyulam Nadzirah menjadi inspirasi bahawa kekurangan diri bukan penghalang apabila kemahiran yang diasah selama enam tahun membantunya menjana pendapatan menerusi hasil kraftangan.