
Setiap ketua keluarga pasti sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kelangsungan hidup insan-insan tersayang. Begitu jugalah pengorbanan bapa dalam setiap keadaan.
Begitulah kisah ketabahan seorang bapa kepada empat orang anak, Mohamad Haffiez Mansor Taridi, yang menetap di Setia Alam, Selangor.
Walau diuji dengan kekangan kesihatan fizikal, beliau terus mengagahi diri mengusahakan perniagaan kek lapis demi menyara keluarga dan mencari dana pembedahan anak sulungnya.
Alami Kesukaran Bergerak, Mengagahi Diri Pelajari Perniagaan DalamTalian

Kredit Foto: haffiez4184 / TikTok
Mohamad Haffiez disahkan menghidap Haglund Deformity, iaitu satu kondisi ketumbuhan tulang berlebihan di bahagian belakang tumit yang menimbulkan kesakitan teruk. Keadaan fizikal ini mengehadkan ruang geraknya untuk bekerja seperti biasa.
Menurutnya, beliau mempunyai kesukaran untuk bergerak dan memandu bagi tempoh yang lama. Keadaan tersebut memaksa beliau beralih arah kepada perniagaan atas talian dengan menjual kek lapis dari rumah menunujukkan pergorbanan bapa.
Meskipun dunia digital dan platform e-dagang sesuatu yang asing baginya, beliau enggan menyerah kalah sebelum mencuba.
“Bila saya nak mula meniaga kek lapis, saya tidak tahu berkaitan TikTok, Shopee, tetapi saya lawan. Jika sebagai ketua keluarga saya tak buat, benda tu suatu yang mustahil. Shopee dan TikTok bukan zaman saya,” katanya.
Anak Sulung Perlukan Dana Pembedahan Jantung RM60,000
Di sebalik kegigihannya menyiapkan tempahan kek lapis setiap hari, tersembunyi duka yang mendalam.
Anak sulung beliau menghidap penyakit jantung kronik dan kini memerlukan pembedahan kritikal untuk menukar injap jantung yang dijadualkan pada Mac tahun depan.
Anggaran kos pembedahan tersebut dijangka mencecah RM60,000 iaitu satu angka yang amat besar buat sebuah keluarga yang bergantung kepada jualan harian yang tidak menentu.
BACA JUGA: Anak Yatim Piatu Raih Anugerah Pengetua MRSM, Tiga Kakak Rentas Negeri Beri Sokongan
Sokongan Netizen Beri Sinar Harapan, Tak Mahu Selamanya Bergantung Bantuan

Walaupun hasil jualan kek lapis ada naik turunnya, Mohamad Haffiez menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan dan dorongan positif yang diberikan oleh masyarakat serta netizen di platform media sosial.
Namun begitu, jauh di sudut hati, beliau memendam impian untuk berdikari sepenuhnya melalui perniagaan kek lapis ini agar bantuan kewangan yang diterimanya sebelum ini dapat disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Kalau ikutkan saya mengharapkan saya tidak memerlukan lagi bulanan sebab nak bagi peluang untuk mereka yang layak.
Tapi dalam keadaan saya yang struggle, saya mengharapkan ada pihak di luar sana yang support business saya.”
“Terima Kasih Papa Banyak Korban Untuk Kakak…”
Segala penat lelah dan kesakitan fizikal yang ditanggung seakan hilang apabila mengenangkan kasih sayang anak-anak.
Ucapan polos daripada anak sulungnya yang menyentuh hati menjadi sumber kekuatan utama untuknya terus melangkah:
“Terima kasih papa banyak korban untuk kakak, sayang papa.”
Kisah pengorbanan bapa, Mohamad Haffiez bukan sahaja membuktikan kecekalan seorang ayah, malah membakar semangat sesiapa sahaja yang sedang berdepan ujian hidup.
Bagi orang ramai yang mahu meringankan beban serta memberikan sokongan moral kepada keluarga ini, anda boleh menyokong perniagaan kek lapis beliau menerusi akaun platform jualan atas talian milik beliau.
Sumber: TV9 / Youtube
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

sekarang ya?

