Bagaimana sayangnya kita kepada ibu bapa tapi akan sampai masa mereka akan pergi jua. Dengan pemergian mereka, maka segala perkara atau amalannya ketika di dunia jua akan terputus melainkan tiga perkara.
Tiga perkara tersebut adalah sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan serta anak soleh yang mendoakan ibu pa mereka. Ia berdasarkan sebuah hadith sahih daripada Imam Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]
Sebagai anak memang terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan untuk ibu dan bapa yang terlah meninggal dunia. Berikut dinukilkan beberapa doa yang diajar oleh Allah SWT sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”
Ads
Firman Allah SWT:
رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
Nuh:28
Ads
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”
Doa ini amat mudah dan boleh kita panjatkan setiap kali solat buat ibu dan ayah. Dalam pada itu seorang anak boleh saja berdoa selagi doa atau makna doa itu adalah baik dan tidak bercanggah dengan agama.
Di samping itu juga, doa yang terbaik juga adalah doa yang difahami dan tidak semestinya di dalam bahasa Arab. Ini kerana, jika seseorang itu berdoa dengan apa yang difahami maka itu akan menghadirkan hatinya ketika berdoa.
Kesimpulannya, seseorang itu boleh berdoa dengan apa jua doa sekalipun kepada ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia dengan syarat doa tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan agama serta makna doa itu baik.
Selain itu juga, seseorang itu perlulah meraikan adab-adab ketika berdoa agar ia boleh mendatangkan kekhusyukan ketika berdoa. Semoga roh ibu dan bapa yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman serta dimasukkan ke dalam syurga Firdaus. Amin.
Gaduh sikit merajuk. Gaduh sikit minta pulangkan hadiah yang diberi minggu lepas.
Meminta semula hadiah yang sebelumnya diberikan penuh keikhlasan boleh diibaratkan buruk siku. Tindakan ini seperti tidak matang dan berdasarkan emosi.
Apapun juga, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada jawapannya.
Soalan Assalamualaikum w.b.t Datuk Mufti. Saya ada soalan berkenaan hadiah. Individu A memberikan hadiah kepada individu B. Kemudian, setelah 2 bulan, individu A meminta semula hadiah yang diberikannya kepada individu B.
Jawapan Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala limpahan nikmat dan kurniaNya. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda S.A.W hingga ke Hari Akhirat.
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah S.W.T: فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah al-Nisa’: 4)
Ayat ini menerangkan bahawa apabila seorang isteri memberikan sesuatu dari maharnya kepada suaminya selepas mahar tersebut diserahkan kepadanya (isteri), maka diharuskan bagi suami tersebut untuk menerimanya.
Dan ia adalah perkara yang baik selagimana dalam keredhaan. Justeru, jelas melalui ayat ini, Allah S.W.T telah mensyariatkan hibah dan menyatakan keharusannya.
Ini dikuatkan juga dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W: تهادُوْا تحابُّوا Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594). (Lihat: al-Adab al-Mufrad; muka surat 306), Hadith Shohih, (Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44)
Hadis ini merupakan galakan daripada Nabi Muhammad S.A.W buat umatnya. Maka, sudah jelas terang lagi bersuluh bahawa hibah merupakan sunnah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan juga ijma’ ulama’.
Sebelum diulas lanjut berkenaan hadiah, maka perlu kita bezakan terlebih dahulu pengertian hibah, hadiah dan juga sedekah.
Hibah ialah suatu akad yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.
Pada dasarnya, ia mempunyai persamaan dengan hadiah dan juga sedekah dari sudut pengertian, bahkan ia lebih umum berbanding keduanya. Namun, ia juga mempunyai perbezaan.
Sedekah pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah dan beroleh pahala. Manakala hadiah pula pada zahirnya ialah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi.
Biasanya ia membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima. Justeru itu, ulama’ mengatakan setiap hadiah atau sedekah merupakan hibah, dan bukan semua hibah adalah hadiah ataupun sedekah. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 6/116)
Berbalik kepada soalan yang diajukan, ia berkait rapat dengan rukun-rukun hibah. Rukun-rukun ini ialah:
Pada dasarnya, akad ini tidak sempurna hanya dengan sighah aqad iaitu lafaz ijab dan qabul. Bahkan perlunya kepada penerimaan barangan hibah atau hadiah tersebut.
Ini bermakna, jika seseorang mengucapkan lafaz ingin memberikan hadiah kepada seseorang namun barangan yang ingin dihadiahkannya itu belum lagi diserahkan kepada si penerima, maka pemberi hadiah ini berhak untuk menarik semula keinginannya itu.
Justeru, akad ini akan menjadi sempurna dan berkuatkuasa hanya setelah apabila hadiah tersebut diterima dan memenuhi syarat-syarat bagi hibah atau hadiah, maka sahlah pemilikannya (penerima) ke atas barangan hibah itu.
Asal bagi aqad hadiah mahupun hibah adalah kedua-duanya merupakan akad tabarru’at (kebajikan) dan bukannya akad mu’awadhat (pertukaran). Maka, dalam hal kebajikan, tidak berlakunya pertukaran barangan sepertimana urusan jual beli dan lain-lain.
Seperti yang dibincangkan dalam perihal di atas, asas aqad hibah atau hadiah ini ialah apabila sempurnanya rukun-rukun dan juga syarat-syaratnya, serta telah sempurna penerimaan barangan hadiah/hibah tersebut, maka jelaslah ia merupakan hak milik si penerima, tanpa perlu kepada sebarang pertukaran sepertimana jual beli.
Sehubungan dengan itu, tidak dibenarkan atau tidaklah dibolehkan bagi si pemberi untuk meminta semula hadiah atau hibah yang telah diberikannya melainkan seorang ayah meminta semula harta yang telah diberikan kepada anaknya atau sesorang yang melakukan hibah dengan syarat pertukaran.
Maka, dalil bagi perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi Muhammad S.A.W: «العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya:
“Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya”.
Riwayat al-Bukhari (2621)
Atau dalam riwayat yang lain: «لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السَّوْءِ، الَّذِي يَعُودُ فِي هِبَتِهِ كَالكَلْبِ يَرْجِعُ فِي قَيْئِهِ» Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu orang yang meminta semula anugerah (hibah) mereka samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.” Riwayat al-Bukhari (2622)
Justeru itu, melalui kedua-dua hadith ini, jelas menunjukkan larangan dan juga betapa buruknya sikap mereka yang meminta semula pemberian itu.
Maka, Dr.Wahbah al-Zuhaili berkata: فالرجوع في القيء حرام، فكذلك الرجوع في الهبة، وأن ذلك مثل السوء الذي يتنافى مع أخلاق المسلم Maksudnya: Maka menelan semula muntah adalah haram. Begitu juga meminta semula hibah atau hadiah yang telah diberikan. Dan sesungguhnya ia adalah perbuatan dan juga sikap yang buruk, lantas ia bukanlah akhlak seorang Muslim.
Penutup Kesimpulannya, hukum meminta semula hadiah yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan tuntutan semula seorang ayah terhadap anaknya dan juga hibah yang diberikan berserta syarat pertukaran.
Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari bersikap dengan perbuatan ini iaitu meminta semula hadiah, kerana ia merupakan perbuatan yang buruk dan tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
Semoga Allah S.W.T meletakkan keikhlasan dalam diri kita dalam hal kebajikan, murahkan rezeki kita agar dapat perbanyakkan diri dengan amalan-amalan kebajikan.
Semoga Allah S.W.T memberkati segala amal kebajikan kita semua.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tak halalkan sedekah yang pernah diberi satu ketika dulu puncanya disebabkan berlakunya konflik antara kedua pihak.
Dari sudut hukum adakah perkara ini dibolehkan? Atau dalam hal ini perlu penerima wang membayar balik sedekah yang diterima satu etika dulu dan adakah makan minum yang digunakan dari wang tersebut jadi haram?
Dilema ini dihadapi oleh seorang lelaki yang kemudian mengajukan pertanyaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan dan berikut adalah penjelasan yang diberi dalam Irsyad Hukum Siri 897: Bolehkah Tidak Menghalalkan Pemberian Yang Sudah Diberi.
Pada asasnya, apabila suatu sedekah atau hibah telah diambil oleh penerima, ia telah menjadi hak milik penerima tersebut sepenuhnya dan dia boleh menggunakan harta itu sebagaimana yang dia mahu.
Pemberi pula sudah hilang hak pemilikannya terhadap wang yang diberi tersebut. Oleh itu, pemberi itu tiada kuasa untuk tidak menghalalkan pemberian tersebut, bahkan ia boleh dianggap seperti perbuatan meminta semula pemberian yang termasuk dalam sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu, iaitu mereka yang meminta semula pemberian (hibah) samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.”
Dalam hadis lain pula disebut secara jelas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang lelaki memberi sesuatu pemberian kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya. Misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan hingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya itu.” Riwayat Abu Daud (3539) dan al-Tirmizi (2132)
Hadis ini menunjukkan pengharaman meminta semula pemberian sepertimana haram menelan semula minta dan ia merupakan sifat buruk yang bertentangan dengan akhlak seorang muslim
Di samping itu, kata-kata tersebut juga termasuk dalam perbuatan mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti perasaan penerimanya. Perbuatan ini haram dan boleh meluputkan pahala sedekah.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu merosakkan (pahala amalan) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan penerimanya) seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riyak kepada manusia sedangkan dia tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat. Maka orang itu diumpamakan seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian apabilah hujan lebat menimpa batu itu, lalu bersih dan licinlah kembali (tiada lagi tanah di atasnya). Mereka tidak memperoleh sesuatu atas apa-apa yang diusahakan oleh mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 264)
Maksudnya: Sesiapa yang terlupa suatu solat (yang fardu), hendaklah dia mendirikan solat (qada) apabila dia mengingatinya. Tiada kaffarah lain baginya kecuali perkara tersebut. Riwayat al-Bukhari
Bagi pandangan mazhab al-Syafie, wajib bagi seseorang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran syarie untuk segera menggantikan solatnya tersebut.
Justeru, apabila terdapat solat fardu yang ditinggalkan bukan disebabkan keuzuran syarie, maka wajib baginya untuk segera menggantikannya apabila teringat dan tidak boleh melengah-lengahkannya.
Bahkan, dia perlu menggunakan semua waktu yang ada untuk menggantikan semua solat yang ditinggalkannya tersebut sehingga selesai daripada melakukan perkara lain termasuklah ibadah-ibadah sunat, kecuali untuk melakukan perkara-perkara yang penting sahaja.
Ini bermakna seseorang yang mempunyai solat-solat fardu yang pernah ditinggalkannya satu masa dahulu, hendaklah dia menggantikannya terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah-ibadah sunat lain termasuklah solat sunat tarawih.
Ini kerana solat-solat tersebut menjadi hutangnya kepada Allah SWT, maka sepatutnya ia dilunaskan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara tambahan lain seperti solat sunat dan seumpamanya.
Rasulullah SAW bersabda:
فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Maksudnya: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Dalam pada itu menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai persoalan yang sama, ada dua pendapat tentang hal ini.
“Pendapat pertama mengatakan selama kita tidak qada solat yang wajib haram melakukan solat sunat. Jika ada Ustaz yang mengatakan sebegini ia memang betul kerana ada sandarannya.
“Pendapat kedua ini mudah-mudahan menjadi rahmat buat kita. Yakni melakukan kedua-duanya. Sambil kita qada dan sambil kita lakukan solat sunat.
“Jadi siapa yang berhutang solat fardu tapi mahu menunaikan solat tarawih silakan. Tapi dalam masa yang sama perbanyakkan qada solat fardu yang ditinggalkan,”ujarnya.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.