Menjadi kebiasaan wanita memotong rambut di salun dan bila selesai ramai membiarkan saja rambut tersebut diuruskan oleh pihak salun.

Tak ramai yang ambil kisah tentang rambut yang sudahpun dipotong. Hakikatnya rambut wanita yang dipotong itu masih dikira aurat dan tidak boleh terdedah apatah lagi dipegang oleh lelaki ajnabi.

Perkara ini dihuraikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ketika menjawab persoalan berkaitan hukum memegang rambut wanita yang sudah dipotong. Ikuti penjelasan berikut.

SOALAN

Assalammualaikum. Saya menyapu kawasan kaki lima di depan kedai gunting muslimah, pada masa sama saya pegang rambut yang gugur dengan sangkaan yang kuat itu rambut wanita. Adakah termasuk saya memegang aurat wanita? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

JAWAPAN

IKLAN

Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong. Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang dan juga wajib disembunyikan dengan apa-apa cara sekalipun agar tidak terdedah kepada lelaki ajnabi.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

IKLAN

لأَن يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَهُ

Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik baginya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)

IKLAN

Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat. Begitu juga, haram memegang wajah wanita ajnabi secara mutlak walaupun boleh melihat. Bukan sekadar itu sahaja, anggota yang terpisah haram juga dipegang seperti potongan kuku tangan, atau kaki dan rambut wanita. Anggota tersebut juga wajib disembunyikan,[1]

Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi.

Wallahu A’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI